Wednesday, January 02, 2008

Umno Labis "restui" aksi seks Dr Chua

Wajah Menteri Kesihatan Malaysia yang aksi seksnya dengan "perempuan simpanannya" dirakam dan diedarkan untuk tontonan orang-ramai, menguasai akhbar-akhbar tempatan hari ini.

"Im sorry but im not resigning"

demikianlah tajuk akhbar NST.

MCA Pusat dijangka akan mengadakan mesyuarat tergempar dalam waktu yang terdekat berhubung kes yang sangat memalukan negara ini. Saya menjangkakan yang MCA akan mendesak Dr Chua untuk melepaskan jawatannya di kabinet. Tetapi jika tidak, dan beliau terus berkhidmat maka PM Dollah Badawi berkuasa memecatnya. Jika tidak juga maka rakyat Malaysia berhak menyuarakan bahawa kita tidak perlukan pemimpin yang longgar moral dan akhlaknya untuk terus memimpin kita termasuklah pemimpin yang redha dan mendiamkannya.

Saya kira kebanyakkan kita menonton berita TV semalam, yang menyiarkan sidang akhbar Dr Chua di Pejabat MCA Bahagian Labis. Selain Dr Chua kita dapat melihat pimpinan dan penyokong BN bahagian tersebut turut hadir termasuklah Ketua Umno bahagian dan orang-orang kuatnya.





Bagi MCA mungkin seorang lelaki apalagi yang bertaraf pemimpin meniduri seorang wanita yang bukan isterinya sesuatu yang kecil, dan boleh lupus kesalahannya dengan maaf-memaaf begitu sahaja. Tetapi bagi orang-orang Melayu yang berpegang pada agama Islam dan budaya Melayu yang tinggi nilai akhlak dan pekertinya, perlakuan ini, jika terbukti benar adalah sesuatu yang tidak dapat diterima. Barangkali kalau sesama Melayu Islam, sipelaku tadi wajib didakwa menurut hukum yang ada. Pastinya beliau tidak lagi layak memimpin masyarakat.

Begitu juga saya yakin jika pemimpin tadi pemimpin bukan Islam dan bukan Melayu sekali pun, tetapi ia memimpin masyarakat termasuk orang-orang Melayu, maka dia juga jika pun tidak dihukum kerana bukan kesalahan baginya, tetapi wajar dikerah agar berundur dari memimpin. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung, bukankah itu pepatah keramat warisan kita?

Anehnya semalam Ketua Umno bahagian Labis, Sulaiman Taha yang juga ADUN Tenang, memilih untuk melawan arus. Kata beliau dalam sidang akhbar yang sama:

Kes Dr Chua tidak akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap BN. Saya yakin ia tidak akan mengaanggu atau menghalang pengundi Labis untuk terus memberikan sokongan kepada Dr Chua sebagai calon BN pada pilihan raya umum akan datang.

Tambah beliau lagi, beliau kononnya sedih dengan kejadian yang berlaku tetapi melihat pengakuan Dr Chua itu sebagai sesuatu yang ikhlas.

Mana mungkin seorang pemimpin Melayu Islam, merestui perlakuan jijik dan tidak bermoral seperti ini? Benar Umno mungkin rakan MCA dalam BN tetapi ini melibatkan perlakuan yang sumbang dari kacamata agama dan budaya Islam dan Melayu. Sekurang-kurangnya Umno Labis boleh memilih untuk mendiamkan diri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, ini tidak, pemimpinnya hadir dalam sidang akhbar dan mempertahankan pula aksi seks Dr Chua itu!

Bagi saya orang Labis kena membuat pendirian. Bukan hanya Dr Chua dan MCA perlu ditolak malah Sulaiman dan Umno juga perlu ditolak kerana merestui perlakuan yang jelas bertentangan dengan amalan dan budaya kita!

No comments: