Bila pemimpin berbohong
Kalau kita masih ingat ketika Dr Chua Soi Lek meletakkan jawatannya sebagai Menteri Kesihatan baru-baru ini berikutan skandal seksnya dengan "Angelina Yam", tumpuan terus diberikan kepada PM Dollah Badawi untuk mengisi kekosongan kerusi kabinet tersebut. Ada yang membuat spekulasi bahawa Dollah mungkin melantik seorang pemimpin Umno untuk mengisinya, manakala ada juga yang membuat spekulasi berkemungkinan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Abd Latiff, akan diarahkan memangku dahulu jawatan tersebut sehinggalah selesai pilihan raya umum.
Tetapi semuanya meleset.
Apa kata Dollah ketika itu, beliau akan berunding dengan Presiden MCA kerana ianya kuota MCA. Seorang PM dan Pengerusi BN serta Presiden Umno, terpaksa tunduk pada MCA dalam hak kritikal pentadbiran negara, sedangkan perlantikkan anggota kabinet adalah prerogatif beliau? Ya mungkin itulah tradisi dalam BN, tak mengapalah, sekurang-kurangnya itulah yang boleh kita percaya.
Akan tetapi apabila saya terbaca sebuah artikel dalam THE SUN pagi ini, saya agak tergamam. Kata Dollah ketika itu beliau akan berunding dengan Ong Ka Ting, tetapi dalam akhbar tersebut hari ini apabila Ka Ting ditanya mengapa Dollah tidak melantik seorang calon baru dan sebaliknya meminta beliau (Ka Ting) turut menjawat portfolio itu, Ka Ting berkata:
This is the Prime Minister's prerogative, I cannot explain the reason on his behalf
Ini prerogatif PM. Saya tidak boleh menjelaskan bagi pihaknya.
Mana satu yang betul ini? Adakah Ka Ting berbohong atau Dollah berbohong, atau kita semua tertipu?
No comments:
Post a Comment