Monday, January 14, 2008

Rasuah terus menular kalangan pimpinan BN

Akhbar The Star hari ini menempatkan di muka depan akhbarnya tajuk:

Probe on MP
ACA investigates politician over forged papers for bank loans


Laporan tersbur menyebut bahawa seorang ahli parlimen di Sabah sedang disiasat BPR kerana didakwa menggunakan dokumen-dokumen palsu bagi memperolehi pinjaman bank untuk dirinya. Beliau dikatakan turut menggunakan kad pengenalan palsu bagi tujuan tersebut. BPR juga sedang menyiasat adakah ahli parlimen berkenaan terlibat dalam menggunakan pengaruh beliau bagi memperolehi projek-projek kerajaan.







Dari maklumat tersebut kita dapat membuat kesimpulan bahawa ahli parlimen berkenaan adalah dari Barisan Nasional kerana pertama, beliau dikatakan menggunakan pengaruh untuk memperolehi projek kerajaan, sudah pastilah ini hanya mampu dilakukan sesama BN dan keduanya, Sabah hanya mempunyai seorang ahli Parlimen Bebas, selebihnya semua dari BN.

Memandangkan pilihan raya sudah semakin hampir maka BPR perlu segera membongkar kes ini dan mendakwa ahli parlimen BN itu. Ini bagi memberi isyarat kepada rakyat agar mereka tidak tertipu dan memilih orang yang kotor dengan rasuah dan penipuan sebagai wakil mereka.

Selain itu dalam laporan yang sama turut disebut:

On Nov 22 the ACA said a senior Terengganu politician was being investigated for alleged graft. He was said to have approved a development project in which he had interest.

Pada 22 Nov (2007) BPR membuat kenyataan bahawa seorang ahli politik kanan dari Terengganu sedang disiasat kerana terlibat dalam rasuah. Beliau dikatakan telah meluluskan suatu projek pembangunan dimana beliau meiliki kepentingan di dalamnya.

Siapakah ahli politik Terengganu itu? Mengapakah sehingga kini hampir satu bulan setengah, ahli politik itu belum lagi didakwa di mahkamah?

Ternyata ahli politik itu bukan dari PAS (yang mempunyai 4 orang ADUN di Terengganu) kerana yang memerintah Terengganu sekarang adalah Umno/BN bukannya PAS. Lalu berdasarkan beberapa maklumat yang saya terima saya cuba membuat andaian seperti berikut:

1. Ahli politik kanan itu adalah seorang ahli EXCO kerajaan negeri
Kerana apa seorang ADUN biasa atau ahli Parlimen tidak boleh diperingkat beliau meluluskans atu projek pembangunan sebagaimana didakwa.

2. Ahli EXCO Umno itu pasti seorang kontraktor
Saya dimaklumkan memang terdapat seorang ahli EXCO yang sebelum ini memiliki syarikat kontraktor kelas A. Oleh itu beliau telah menyalurkan projek pembangunan yang beliau memiliki kuasa kerana memegang portfolio kerjaraya, kepada syarikatnya sendiri (atau yang beliau ada kepentingan).

Siapakah ahli EXCO Umno itu? Adakah BPR sengaja mahu memendamkan kes ini sehingga selesai pilihan raya agar tidak menggugat peluang Umno di Terengganu? Atau BPR seolah terkekang kerana ahli EXCO berkenaan mempunyai pertalian yang kuat dengan Putrajaya?

Saya sebagaimana pemberi-pemberi maklumat di atas tidak suka memain teka-teki politik seumpama ini. Maka adalah lebih baik bagi BPR agar segera memaklumkan darihal perkembangan kes ini agar apabila terbongkar dan sampai kepengetahuan umum, BPR sendiri tidak akan diganggu oleh mana-mana pihak dalam menjalankan tugasnya.

Apa pun takkanlah Negeri Islam Hadhari Terengganu Bestari melahirkan seorang pemimpin yang kotor dengan rasuah? MB Terengganu perlu tampil ke hadapan dan membuang pemimpin yang seumpama itu, tak kiralah samada beliau rapat dengan siapa pun atau MB tak berani?


No comments: