Contoh menteri yang gagal
Mulanya dengan megah mereka mengatakan tahun 2008 ini pendidikan di peringkat rendah dan menengah adalah percuma di sekolah-sekolah kerajaan seluruh negara. Tiada lagi yuran, buku-buku penijaman akan diberikan kepada semua.
Rakyat mengurut dada, lega dengan pengumuman itu, kerana sekurang-kurangnya beban mereka di awal tahun dapat diringankan sedikit.
Tetapi apabila sesi sekolah bermula minggu lepas, kelegaan rakyat itu rupanya tidak sebagaimana yang diimpikan. Pelbagai yuran lain yang dikenakan pihak sekolah terpaksa juga mereka tanggung, selain baju sekolah, beg sekolah dan perkakas persekolahan, rupanya mereka terbeban juga oleh yuran-yuran sampingan yang dikenakan oleh pihak sekolah yang menjangkau dari RM50 sehinggalah lebih RM300!
Buku-buku pinjaman yang kononnya beres, cukup untuk menampung semua pelajar seluruh negara, rupanya indah khabar dari rupa. Masih juga kekurangan, sedangkan hari-hari persekolahan terus berlalu. Ibu bapa dalam dilema, adakah harus mereka terus tunggu atau mengeluarkan wang saku sendiri bagi membeli buku-buku berkenaan.
Dan apabila rungutan ibu-bapa ini semakin lantang dan kuat kedengaran, maka melentinglah Menteri Pelajaran Hishamuddin Tun Hussien. Kata beliau dalam NST:
You could pay in the beginning. Why is it now you dont want to pay? How is it that first you can afford, the next day you cant? Just do whats best for your own conscience. You put your children in our schools, you made a contribution, and now you say you want it back.
Mulanya kamu semua boleh bayar. Kenapa sekarang tidak mampu? Bagaimana yang pada asalnya kamu mampu, sehari kemudian jadi tak mampu? Terpulanglah kepada kamu semua. Kamu yang memilih menempatkan anak masing-masing di sekolah-sekolah KAMI, kamu yang menyumbang dan sekarang kamu mahu balik sumbangan itu.
Begitukah sepatutnya rekasi seornag pemimpin bertaraf menteri?
Rakyat merasa tertipu angkara yuran samnpingan ini yang terlalu tinggi sedangkan kos hidup terus menghimpit mereka. Kerana itu rakyat bersuara.
Sekolah-sekolah ini bukan sekolah anda wahai Pak Menteri, ia sekolah kerajaan dan kerajaan itu adalah rakyat. Kamu sendiri pun berkuasa lantaran kepercayaan yang diberi rakyat. Jika kamu sudah tidak mampu dan minat untuk mengurus amanah yang diberikan. Baguslah, kerana selepas ini kami rakyat akan memastikan yang kamu nanti tidak lagi menjadi pemimpin atau menteri kami!
No comments:
Post a Comment