minyak masak tiada di pasaran
Harga kelapa sawit dan minyak sawit mentah dipasaran kini berada ditahap tertinggi sejak beberapa tahun kebelakangan. Dagangan hadapan MSM (minyak sawit mentah) contohnya dipasaran bagi kontrak Januari 2008 ditutup pada RM3,086 setan. Kenaikkan mendadak ini ekoran permintaan yang besar terhadapnya dipasaran.
Rata-rata kita lihat Malaysia sebagai antara pengeluar terbesar buah dan minyak sawit dunia mengaut keuntungan dari peningkatan ini. Malah para peladang termasuklah peneroka FELDA antara yang beruntung disaat ini.
Tetapi malangnya pada saat yang sama bekalan minyak masak tempatan sukar didapati di pasaran. Ia bermula dengan beberapa negeri di Pahang dan Kedah (mungkin diakibatkan banjir baru-baru ini), tetapi kini ia menular diseluruh negara. Malaysia pengeluar buah dan minyak sawit terbesar dunia tetapi rakyatnya sukar mendapat bekalan minyak masak!
Demikianlah malangnya nasib kita.
Maka dalam kesempitan inilah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan EXCO-EXCO Pengguna sibuk membuat kenyataan dan memberi jaminan. Mengapa tidak ada badan pemantau yang terus-menerus memantau masalah bekalan ini. Makanan ruji dan keperluan rakyat sepatutnya tidak boleh putus, kita bukan negara mundur di Afrika, kita bakal berstatus Negara Maju menjelang 2020 nanti. Apakah pemimpin kita tiada perancangan dan pelan berjaga-jaga apabila berlaku kemungkinan seumpama ini, rakyat bosan dengan pentadbiran sorong papan tarik papan, sampai bila kita mahu begini?
No comments:
Post a Comment