Tuesday, February 28, 2006

Harga minyak naik lagi:
Mimpi ngeri yang berpanjangan

Sedang tumpuan dan simpati kita menjurus terhadap kesusahan dan penderitaan yang dialami oleh rakyat di sepanjang Sg. Damansara yang musnah harta-benda mereka akibat banjir kilat luar biasa pada pagi Ahad lalu, seluruh rakyat Malaysia akan bangun pagi ini dengan satu lagi kejutan baru.

Kali ini ianya lebih besar dan menjejaskan hampir seluruh rakyat jelata.

Bahana kenaikkan harga barang dan terbaru kenaikan tambang bas sekolah serta impak selsema burung di sekitar Gombak masih terus menghantui kita semua, kini satu lagi beban besar pula melanda dan menghempap hidup kita.



Menurut BERNAMA satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri lewat malam tadi mengumumkan kenaikan harga runcit produk-produk petroleum termasuk diesel sebanyak 30 sen berkuatkuasa hari Selasa (hari ini).

Harga runcit petrol naik 30 sen seliter manakala LPG naik 30 sen sekilogram. Menurut kenyataan tersebut kenaikkan kali ini (sebagaimana alasan kenaikan-kenaikkan sebelum ini) adalah bagi mengimbangi kesan kenaikkan harga minyak mentah dunia dan membendung penambahan subsidi yang sedia dipikul oleh kerajaan.

Kali terakhir kenaikkan produk petroleum seumpama ini adalah pada 31 Julai tahun lalu, bermakna mimpi ngeri 7 bulan lalu yang masih menghantui hidup kita terus berlarutan malah lebih dahsyat lagi dengan kenaikkan baru ini!

Dan seperti biasa pihak kerajaan tanpa segan-silu membandingkan kenaikkan ini dengan harga petrol di negara-negara lain umpamanya di Thailand dan Filipina yang menurut kenyataan itu lebih mahal dari di Negara kita. Mudah-mudahan dengan perbandingan ini rakyat akan akur dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Alangkah baiknya kerajaan ku kerana harga minyaknya lebih murah dari negara jiran walaupun setelah diumumkan naik 30 sen!

Kenapa tak dibandingkan terus kos sara hidup di Thailand dan Filipina? Harga barangan runcit di Thailand dan Filipina bagaimana? Harga sewa rumah, kenderaan, tambang pengangkutan dan seumpamanya bagaimana?

Kenapa tak pula dikhabarkan yang jumlah minyak yang dikeluarkan dari perut bumi Malaysia lebih banyak dari negara-negara ini, kalau demikian sepatutnya harga runcit minyak di sini jauh lebih murah lagi?!

Barangkali semua itu tak perlu kerana rakyat Malaysia ini baik-baik belaka. Dibakar poketnya, ditebuk tabung simpanannya, mereka kan tetap tunduk dan patuh, tanpa banyak kira bicara.

Keberanian rakyat Thailand, Filipina dan malah Indonesia membantah secara terbuka sebarang perkara yang menjejaskan penghidupan mereka, tidak akan berlaku di Malaysia. Oleh itu dengan senang hati kerajaan mengumumkan kenaikkan harga minyak ini, kepada yang terjejas kami mohon maaf, kepada yang marah-marah harap bersabar, apa pun terimalah ia dengan seadanya, Malaysia Boleh!

Monday, February 27, 2006

Mengenang jasa Allahyarham Dato Onn Jaafar

In the country he roars like a tiger but outside the country he is dumb as a mute.

Dalam negara beliau mengaum bagaikan seekor harimau tetapi di luar negara beliau menyepi bagaikan seorang bisu.

Kasar bahasanya namun demikianlah sebahagian dari ucapan YB Ahli Parlimen dari Kuala Terengganu Selatan pada penggal Parlimen yang pertama bagi pilihanraya 1959. Ucapan beliau itu ditujukan kepada Perdana Menteri ketika itu YTM Tunku Abdul Rahman.



Siapakah wakil rakyat itu?

Beliau adalah tokoh yang diraikan perjuangannya oleh Presiden Umno dan ahli-ahli Umno di Batu Pahat semalam iaitu Allayarham Dato Onn bin Jaafar, pengasas Umno. Ketika berucap di Parlimen Dato Onn duduk dibangku pembangkang mewakili Parti Negara.

Dan demikianlah peranan Dato Onn yang diberi penghormatan oleh wakil-wakil pembangkang yang lain (PAS 13 kerusi, Front Sosialis 8 kerusi, PPP 4 kerusi) untuk duduk sebagai Ketua Pembangkang walaupun partinya hanya memenangi 1 kerusi (sila rujuk, Datuk Onn Yang Saya Kenal : Datuk Ahmad Boestamam (1979)).

Dato Onn berperanan dengan cemerlang menegur dan mengkritik kerajaan tanpa gerun dan gentar sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1962 pada usia 67 tahun semasa masih menjadi ahli parlimen dari blok pembangkang. Bermakna setelah meninggalkan Umno (parti yang beliau asaskan) pada tahun 1951 Dato Onn tidak pernah toleh-toleh ke belakang dan terus melangkah ke hadapan sehinggalah ke akhir hayatnya.



Semalam Umno merayakan perjuangan Dato Onn. Benar Dato Onn telah berjaya mengumpulkan orang-orang Melayu menentang Gagasan Malayan Union pada tahun 1946, benar Dato Onn merupakan pengasas Umno dan Presidennya yang pertama. Akan tetapi Dato Onn kemudiannya telah angkat kaki dan meninggalkan Umno, menubuhkan parti IMP dan kemudiannya Parti Negara yang dipimpinnya sehingga tarikh kematiannya.

Dato Onn anak Melayu yang memiliki prinsip, tidak condong kepada ugutan tidak terpedaya dengan wang ringgit, rasuah dan kedudukan (pasti kiranya beliau kekal sebagai Presiden Umno, maka beliaulah PM pertama negara). Sepatutnya jika kita berhsart merayakan perjuangannya maka rayakan juga perkara-perkara ini yang merupakan asas dan prinsip kehidupan Allahyarham yang dibawanya sehingga ke mati.
Debat Perdana:
Wakil Umno bagai rusa masuk kampong

Siri Debat Perdana yang disiarkan secara langsung oleh RTM1 pada malam lepas sungguh menarik. Isu yang dibincangkan masih berligar sekitar Rukunegara dan kali ini fokusnya adalah terhadap prinsipnya yang pertama iaitu:

Kepercayaan Kepada Tuhan

Dari pengamatan saya, tiga dari empat ahli panel yang hadir telah sedikit-sebanyak berjaya mengemukakan input dan hujah yang penuh dengan nilai akademik dan sangat kontemporari.

Mereka adalah Prof Emeritus Dato Khoo Kay Khim dari Jabatan Sejarah Universiti Malaya, Prof Dennison Jayasooria Pengarah Eksekutif Yayasan Strategik Sosial MIC dan Dr Syed Azman Syed Nawawi AJK PAS Pusat.

Manakala dukacita saya melihat wakil Umno, YB Najmuddin Elias, ADUN Batu Kurau, Perak yang juga selaku SETPOL MB Perak, seolah merasakan dirinya bukan di dalam program Debat Perdana tetapi Forum Ehwal Islam.

Prof Khoo contohnya, yang merupakan salah seorang yang terlibat dalam penggubalan Rukunegara ini dahulu, membangkitkan betapa pada perkiraan beliau prinsip-prinsip Rukunegara ini kini sudah tidak difahami lagi oleh rakyat khasnya golongan muda. Mereka mungkin tahu dan hafal prinsip-prinsipnya akan tetapi malang sekali tidak dapat memahaminya.

Menyokong hujah itu Dr Syed Azman memberi contoh betapa keruntuhan moral dikalangan golonga muda hari ini menjadi bukti betapa prinsip-prinsip Rukunegara itu sudah luntur dan tidak diyakini lagi.

Isu label-label negatif terhadap Islam khasnya dari kacamata dunia Barat telah menarik minat moderator, Datuk Johan Jaafar serta Prof Khoo, Prof Dennison dan Dr Syed Azman.

Dr Syed dilihat telah berjaya memberikan huraian bagaimana perkara ini boleh timbul dan betapa Barat cuba memberikan gambaran negatif terhadap apa sahaja yang berbau Islam lantaran agenda jahat mereka yang didokong oleh Yahudi dan golongan Neo Con.

Dalam kerancakkan perdebatan itu, saya melihat wakil Umno sungguh-sungguh tercicir dan out of place. Dengan gaya lantang laksana panelis Ehwal Islam, beliau berhujah tanpa menampakkan yang beliau itu sebenarnya mewakili Umno dan kerajaan.

Malah apabila moderator bertanya pada skala 1 ke 10 dimanakah duduknya toleransi beragama di Malaysia, wakil Umno itu kelihatan mendiamkan diri sambil tersengeh tanpa memberikan respon, membuktikan beliau seolah tidak fokus dan faham akan soalan yang dikemukakan sehinggalah moderator terpaksa bertanyakkan beliau beberapa kali barulah beliau secara selamba berkata: 10!

Dalam hal ini Prof Khoo secara jujur menyatakan beliau tidak bersetuju bahawa keadaan perpaduan dan kerukunan antara bangsa dan agama dalam Negara pada hari ini lebih baik dari di masa yang lampau. Kata beliau:

Saya lahir sebelum Perang Dunia Kedua lagi, bagi saya keadaan dahulu lebih baik dari sekarang. Pada hari ini ahli-ahli politklah yang selau mengingatkan rakyat akan hakikat perbezaan sesame mereka.

Prof Dennison mendedahkan betapa tiadanya mekanisma yang menanggani sebarang permasalah sesama agama apabila tercetus sesuatu konflik. Dan Dr Syed Azman mencadangkan agar diwujudkan suatu mekanisma perundingan sesama agama untuk membincangkan isu-isu seumpama ini dari masa ke semasa.

Apabila timbul persoalan mempolitkkan agama, saya kira jawapan Dr Syed Azman sungguh meyakinkan. Beliau menyatakan bahawa dalam Islam poltik dan agama tidak boleh dipisahkan dan jelas kelihatan wakil Umno mengangguk-angguk membenarkan hakikat ini.

Rata-rata walaupun siri debat kali ini saya lihat agak mendatar dan tidak berapa sensasi, namun kehadiran tiga dari empat ahli panel yang saya maksudkan itu telah berjaya mewarnai majlis disamping sikap moderator yang tampak telah banyak berubah dan lebih adil dan tidak terlalu berat-sebelah seperti dimasa-masa lampau.

Cuma yang mencacatkan keadaan adalah peranan wakil Umno, kerana dengan kehadiran wakil-wakil masyarakat bukan Islam kita berbincang secara tertib dan penuh hikmah, tiba-tiba beliau macam rusa yang sesat masuk ke kampong meredah tanpa menghormati suasana. Kasihan, beliau tidak dapat menyesuaikan dirinya, dan jelas kelihatan diraut wajah ahli-ahli panel yang lain bahawa YB Umno ini pelik dan memang macam rusa masuk kampong, entahlah.

Saturday, February 25, 2006

Benarkah NST tidak ada niat lain?

NST dalam permohonan maafnya semalam terhadap tindakannya menyiarkan kartun yang menghina Nabi Muhammasd saw menyatakan kartun tersebut TERSIAR lantaran sebab-sebab:
It is a process involving the human factor and human err

Ianya proses melibatkan faktor kesilapan manusia

Dalam demonstrasi aman di hadapan Ibupejabat NST semalam yang diketuai olek Ketua Pemuda PAS YB Salahuddin Ayub antara banner yang di bawa oleh mereka yang berdemonstrasi menyebut NST agen Singapura, Brendan (Pengarang Kumpulan NST) adalah agen Singapura. Benarkah NST di bawah kepimpinan yang ada ini memiliki niat jahat dan agenda tertentu?

Saya siarkan pertama gambar muka depan sisipan NST, Life & Times bertarikh 17 Febuari 2006, yang biasanya menyiarkan berita-berita hiburan, pelancongan dan bahan-bahan ringan yang menghiburkan. Pada 17 Febuari lalu Life & Times menyiarkan dimuka depannya wajah Abu Hamza seorang pendakwah dari Mesir yang ditangkap oleh kerajaan British kerana kononnya dianggap sebagai seorang terrorist. Tajuk yang mengiringi wajah Abu Hamzah berbunyi:

Portrait of a radical: Abu Hamzas wife talks about life with him



Memang NST berhak menyiarkan apa sahaja yang mereka fikirkan sesuai menurut citarasa dan selera mereka, soalnya mengapa berita ini disiarkan dalam Life & Times yang lazimnya hanya menyiarkan berita-berita ringan, hiburan dan sebagainya?!

Kedua, saya siarkan kartun yang dihasilkan oleh seorang kartunis tetap di NST bertarikh Febuari 19 yang juga terbit di ruangan Life & Times. Cuba kita lihat pemuda yang berkopiah dan berkain pelekat sambil memegang kayu conta dengan wajah bagaikan serigala lapar itu. Apa sebenarnya yang mahu digambarkan oleh kartunis itu? Bahawa pegawai-pegawai penguatkuasa agama ini semua laksana binatang?

Sebagaimana yang sebutkan NST berhak menyiarkan apa sahaja yang ia fikirkan sesuai dan kita juga sebagai pembaca berhak memberikan tafsiran terhadap isi kandungan yang mereka terbitkan.

Berdasarkan dua yang saya siarkan ini serta berita-berita sensasi lain yang pernah terbit dalam NST terutama semasa kes Allahyarham Moorthy dulu dan ketika kemelut tuntutan meminda Perkara 121 (1)(A) Perlembagaan Persekutuan, bagi saya tak salah kalau saya katakan MEMANG NST ada agenda jahat terhadap Islam.

Kalau telahan saya ini silap seperti NST saya juga bersedia menyiarkan satu muka permohonan maaf dalam BLOG saya ini.

Friday, February 24, 2006

Hotel Renaissance perlu jawab kepada umat Islam

Kes Pengarah Akaun, Habsah Jaafar yang diberhentikan oleh hotel bertaraf 5 bintang Renaissance kerana mengenakan pakaian tudung ke pejabat jangan dibiarkan berlalu begitu sahaja.

Semalam hotel berkenaan dilaporkan bersedia mengambil kembali Habsah atas alasan perselisihan antara pihak hotel dengan Habsah cumalah masalah peribadi yang sulit. Hotel tersebut difahamkan telah mengambil seorang warga asing sebagai pengurus utamanya.



Menurut akhbar UTUSAN hari ini Habash telah pun mendapat tawaran kerja baru di sebuah hotel bertaraf 6 bintang di Kuala Lumpur dan menyatakan beliau sekali-kali tidak akan menjejakkan kakinya kembali ke Hotel Renaissance.

Setakat ini kita tidak pasti samada Habsah mahu melupakan sahaja episode yang melibatkan beliau di Renaissance itu, tetapi pada dasarnya saya kira pihak pengurusan hotel tersebut bertanggungjawab dan perlu menjelaskan kepada umat Islam khasnya di negara ini darihal sikap dan pendirian mereka berhubung pekerja wanita yang bertudung dan agama Islam itu sendiri.

Adakah menjadi polisi Renaissance menolak jenis pakaian ini?

Menurut peguam Sdr. Hanipa Maidin tindakan hotel tersebut terhadap Habsah jelas bertentangan dengan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak kebebasan beragama. Dalam emailnya kepada saya Hanifah menegaskan:

Mengenakan tudung (sebagai langkah menutup aurat) merupakan sebahagian dari amalan agama Islam yang mewajibkan pengikutnya menutup aurat. Oleh itu hak asasi ini (yang dijamin oleh Perlembagaan) tidak boleh ditarik balik atau dinafikan oleh mana-mana pihak hatta di dalam suasana darurat sekali pun.

Setakat ini kita tidak lagi mendengar penjelasan dari Hotel Renaissance berkenaan isu ini.
Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn, majikan di negara ini tidak berhak meminta pekerjanya berhenti semata-mata kerana mereka bertudung. Menurut beliau lagi bertudung tidak termasuk dalam etika pekerjaan dan mana-mana majikan yang bertindak demikian boleh diambil tindakan.

Jelas mana-mana majikan samada asing atau tempatan perlu menghormati hakikat ini. Kita bukan Perancis dimana pakaian bertudung ini dilarang ke sekolah-sekolah awam atas alasan menonjolkan simbol agama yang menganggu penganut agama lain dan sistem pembelajaran.

Sementara itu Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat menyokong penuh sikap dan pendirian Habsah itu. Kata beliau, memakai tudung bukan isu politik tetapi ia adalah masalah agama., agama inilah yang menyelamatkan manusia di dunia dan akhirat.

Tok Guru menambah, arahan bertudung sudah lama sudah dibuat di Kelantan termasuk kepada pekerja-pekerja wanita beragama Islam di pasar raya. Kata beliau:

Saya minta pegawai, kakitangan kerajaan negeri serta rakyat Kelantan yang beragama Islam bertudung. Ini kerana bertudung adalah perintah Allah.

Umat Islam di Malaysia perlu memberi isyarat yang jelas kepada majikan-majikan yang biadap seumpama ini, termasuklah yang tidak mengizinkan kakitangan lelakinya menunaikan solat Jumaaat. Kalau isu karikatur yang menghina Nabi Muhammad saw itu pun kita sanggup membantah secara terbuka, inikan pula isu yang melibatkan terus kebajikan dan batang tubuh umat Islam dalam negara.

Thursday, February 23, 2006

Kes tangal tudung:
Contoh kebiadapan majikan asing

Buletin Utama TV3 semalam menyiarkan rintihan seorang wanita Melayu yang telah di buang kerja kerana enggan menangalkan pakaian tudungnya diwaktu bekerja.

Puan Habsah Jaafar 46, Pengarah Akaun yang telah bekerja lebih 10 tahun di Hotel Renaissance, Jalan Ampang Kuala Lumpur (sebuah hotel bertaraf 5 bintang) itu telah diarahkan oleh pihak pengurusan hotel tersebut agar membuat pilihan samada mahu terus berkhidmat di hotel berkenaan dengan syarat terpaksa menanggalkan tudungnya ataupun diberhentikan.

Menurut Habsah beliau mula mengenakan tudung ke pejabat sejurus kembali dari mengerjakan Haji di Tanah Suci baru-baru ini.



Habsah terbit di TV3 setelah membuat pengaduan ke Pengerusi Biro Kebajikan dan Pembelaan Masyarakat Pergerakan Pemuda UMNO, Subahan Kamal. Subahan dipetik oleh Utusan sebagai berkata:

Pihaknya amat kecewa dengan tindakan segelintir pengurusan hotel terutama bertaraf lima bintang yang melarang pekerja mereka mengenakan tudung ketika bekerja.

Tindakan hotel terutama yang diuruskan oleh rakyat asing, mengeluarkan garis panduan berpakaian sendiri itu seolah-olah memperlekehkan budaya serta amalan agama rakyat negara ini selain menafikan hak wanita Muslim mengamalkan suruhan agama mereka.

Dua perkara yang saya perhatikan di sini, pertama hadirnya segelintir pekerja-pekerja asing berstatus eksekutif ke atas yang buta dan enggan menghormati amalan dan budaya masyarakat setempat. Mereka yang seumpama ini harus samada diberikan kursus khas oleh pihak kerajaan ataupun segera dihantar sahaja pulang ke negara masing-masing kerana tidak sensitif dengan adab di tanah temnpat cari makan mereka.

Keduanya, saya pada awalnya tertanya-tanya juga mengapa Habsah tidak berjumpa sahaja Ketua Wanita Umno, Kak Rafidah atau Ketua Puteri, Noraini atau Menteri Hal Ehwal Wanita, Shahrizat untuk membuat aduan?

Mungkin kerana Rafidah, Noraini dan Shahrizat tidak akan memahami masalah Habsah. Mengapa tidak? Kerana tudung yang Subahan katakan seolah simbol kepatuhan wanita Muslim terhadap suruhan agama mereka itu sebenarnya tidak pernah lekat di kepala Rafidah, Shahrizat dan Noraini! Wanita Melayu sebaaimana kes Habsah ini bersungguh-sungguh mempertahankan hak untuk berpakain mengikut perintah Allah, tetapi Menteri dan pemimpin Melayu?

Wednesday, February 22, 2006

Spa eksklusif Gay:
Bukti kemajuan Kuala Lumpur

Akhbar Malay Mail hari ini melaporkan darihal serbuan pihak polis ke atas dua buah spa eksklusif di Jalan Pudu dan Bukit Bintang. Kuala Lumpur dan Lembah Kelang memang mewah dengan spa dimerata pelusuk jajahannya.

Sebelum ini pun kita pernah mendengar kononnya seorang Timbalan Menteri dan seorang ahli politik Umno sedang berendam di dalam sebuah spa di Subang Jaya (ditemani gadis-gadis dari Negeri Cina) ketika polis Bukit Aman menyerbu premis tersebut.

Namun dua buah spa eksklusif yang diserbu polis sebagaimana dilaporkan oleh Malay Mail itu lain dari yang lain-lain. Apa lainnya?


Gambar Malay Mail

Lainnya kerana spa ini khusus untuk golongan lelaki sejenis ataupun lelaki gay. Ya lelaki yang bernafsu dengan lelaki melanggani spa ini untuk berhibur-hibur dan melakukan apa sahaja yang mereka hajati.

Menurut Timbalan Ketua Polis Dang Wangi, Superintendent Mohd Rodzi Ismail, polis menyerbu kedua-dua tempat tersebut jam 5.25 petang dan menahan 21 orang kesemuanya lelaki yang berumr antara 20 ke 30 tahun.

Antara yang ditawarkan di spa ini adalah khidmat urut dan servis-servis lain dan pelanggan dicaj antara RM120 ke 240 satu sessi tertakluk kepada perkhidmatan yang dipinta.

Semasa serbuan dibuat ada antara lelaki yang ditahan cuma berpakaian tuala putih.


Gambar Malay Mail

Begitulah keadaan negara kita pada hari ini. Maksiat yang berleluasa bukan sekadar persundalan dan pelacuran yan melibatkan wanita dan anak-anak gadis, kini persundalan dan pelacuran sesama jenis juga sudah mendapat tempat dan menjadi bahan dan khidmat dagangan.
Dimanakah salah kita?

Mungkin bagi mereka yang terlibat dan terjeremus dalam kancah yang dilaknat dan dibenci oleh Allah swt ini, perkara ini sudah menrupakan amalan biasa, tidak dipromosi oleh kerajaan tetapi tidak juga dilarang. Dan Kuala Lumpur adalah bukti hakikat ini.

Umat Islam perlu serius melihat dan serius juga menangganinya sebelum bala Allah menimpa kita. Semua pihak lebih-lebih lagi yang berkuasa perlu memainkan peranan. Jika perkara ini pun kita pandang ringan (lihat sahajalah Kelab maksiat The Zouk di Jalan Ampang yang pada hari ini semakin maju dan dikunjungi ramai) maka bersedialah menadah dan menerima padah dan azab dari Allah swt.
NST perkecil bantahan awam

Disaat umat Islam seluruh dunia masih terluka dengan tindakan biadap akhbar Denmark Jyllands Posten yang menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad saw, sepatutnya semua pihak khasnya di Malaysia mengambil jalan tengah menyejuk dan meredakan keadaan. Jangan lagi diguris dan ditoreh luka yang masih merah berdarah itu.

Apabila akhbar Sarawak Tribune turut menyiarkan semula karikatur yang sama, pihak kerajaan segera mengambil tindakan dengan menggantung lesen penerbitannya. Demikian juga apabila akhbar harian Cina Guang Ming Daily mengeluarkan foto sebuah akhbar yang menyiarkan karikatur tersebut, kerajaan telah serta-merta menggantung penerbitannya selama dua minggu.

Semua ini dilakukan demi memelihara sensitiviti umat Islam yang telah tidak dihormati atau dipedulikan oleh anasir-anasir dari Barat itu.

Kita sangkakan keadaan akan kembali tenang, rupa-rupanya masih ada pihak yang cuba menangguk di air keruh. Dan kali ini pihak berkenaan bukan calang-calang statusnya, iaitu salah sebuah akhbar media perdana yang tersohor dalam negara yang ada pula kaitan langsung dengan parti pemerintah. Akhbar NST telah menyiarkan kartun karikatur berikut dalam ruangan kartun akhbarnya Isnin lepas:



Ekoran penyiaran karikatur tersebut beberapa badan NGO seperti GPMS, Persatuan Pengguna Islam PPIM, KIMMA, MAPAN termasuklah PAS telah membuat laporan Polis kerana menganggap kartun tersebut menghina Nabi Muhammad saw.

NST sepatutnya bertindak dengan penuh tanggungjawab dan segera memohon maaf di atas kelalaiannya itu. Akan tetapi penjelasan yang disiarkan di muka dua akhbar NST hari ini tidak langsung mencerminkan keinsafannya. Sebaliknya ia menganggap mereka yang membuat laporan termasuklah pihak media lain yang menyerang tindakannya menyiarkan kartun di atas sebagai memiliki agenda jahat terhadapnya.

Do we continue to be a society where a vocal few, with personal vendettas and less than honourable motives, can whip up sentiments and make the innocent guilty?
(Adakah kita mahu menjadi satu masyarakat dimana segelintir kecil yang begitu vokal, yang masing-masing dendam kesumat dan maksud jahat, memukul gendang dan membuat tuduhan sesuka hati)

NST cuba membela tindakan mereka dengan menyatakan:

The issue we have to decide here is whether the cartoon has transgressed the limits; whether it has crossed the boundaries, and whether it has insulted Islam and the Prophet.
(Isu yang perlu kita putuskan adalah, apakah kartun (itu) telah melampaui batas-batas yang ditetapkan dan apakah ia menghina Islam dan Nabi nya?)

Saya sendiri pada awalnya menganggap kartun ini biasa sahaja dan tidaklah setanding dengan karikatur terbitan Jyllands Posten yang biadap itu. Namun setelah lama berfikir saya terpaksa bersetuju dengan pihak-pihak yang telah membuat laporan Polis itu kerana bahang karikatur Jyllands Posten masih panas membara, mengapa NST tidak ambil pusing dan berhati-hati agar maksud yang sama tidak lagi dieksploitasi oleh mana-mana pelukis kartun dan karikatur.

Mungkin kartun terbitan NST itu berbeza dari kartun Jyllands Posten, tetapi maksudnya tetap sama iaitu memperlekeh dan merendah-rendahkan kecintaan umat Islam terhadap Nabinya Muhammad saw.

Dalam hal ini saya kira NST perlu segera memohon maaf dan pihak kerajaan sendiri, suka tak suka, kalau berani bertindak terhadap Sarawak Tribune dan Guang Ming Daily, maka walaupun NST kerabat kroni sendiri, tindakan tegas perlu juga dikenakan.

Dan NST janganlah lagi bermain api, setelah berjaya melepaskan diri bermain api ketika isu Perkara 121 (1)(A) dan isu Allahyarham Sarjan Moorthy (dan memo Geng 9) dahulu. Semoga dalam kes ini NST tidak dapat melepaskan diri.

Tuesday, February 21, 2006

Guantanamo Bay dan Kamunting:
Tutup sahaja kedua-duanya

Kenyataan Perdana Menteri Dollah Badawi agar Amerika Syarikat menutup sahaja Kem Tahanan Guantanamo Bay di Cuba yang menempatkan apa yang dikatakan pejuang-pejuang al Qaeda, mendapat liputan media dunia hari ini.

Dollah dipetik sebagai berkata:

It is the opinion of many people that the camp should be closed because of the photographs and stories about it showed that it is a prison where torture is carried out.
(Ramai berpandangan bahawa kem tersebut perlu ditutup oleh kerana gambar-gambar dan cerita yang terbit darinya menunjukkan bahawa berlaku penyiksaan di penjara itu)


Gesaan untuk menutup kem ini sebenarnya berbangkit apabila sepasukan penyiasat yang dilantik oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang ditugaskan menyiasat keadaan para tahanan di Kem Guantanamo itu berpandangan bahawa berlaku penderaan dan penyiksaan terhadap kebanyakkan dari 490 orang yang ditahan sejak Januari 2001 di kem itu

Menurut salah seorang dari 5 anggota pasukan tersebut Prof Paul Hunt seorang pakar kesihatan fizikal dan mental dari New Zealand, memang berlaku penyiksaan fizikal dan mental terhadap para tahanan dan yang pentingnya hak mereka untuk dibicarakan atau mempertikaikan penahanan mereka di mahkamah turut dinafikan.

Saya kira perkara prinsip di sini adalah hak seseorang yang ditahan itu. Tak kiralah samada beliau dituduh sebagai anggota pengganas atau apa sahaja yang seumpamanya. Sebagai seorang insan beliau sewajarnya diberikan hak untuk mempertahankan dirinya melalui proses undang-undang. Menafikan hak ini sesungguhnya adalah penyiksaan yang paling dahsyat dan zalim!

Kalau sekadar penderaan fizikal, tak payah di Guantanamo, di Amerika Syarikat pun kita biasa melihat para tahanan jenayah dan bukan jenayah termasuklah kesalahan trafik (memandu dalam keadaan mabuk umpamanya) dibelasah dan diperlakukan macam haiwan. Dan malah dimana-mana di dunia termasuklah di lokap-lokap polis di negara kita, penderaan seumpama ini terus diperkatakan.

Tetapi jika yang didera tidak dinafikan hak untuk membela dan mempertahankan diri, bermakna mereka boleh bawa ke pengadilan mana-mana pihak yang mendera mereka itu dan hak untuk didengar bagi mereka tetap ada dan tidak dapat dinafikan.

Masalahnya di sini adalah bagi mereka yang ditahan tanpa perlu dibicarakan. Dituduh terlibat dalam kerja-kerja keganasan atau lebih malang lagi dituduh BAKAL melakukan sesuatu yang ganas, lalu tuduhan tadi tidak perlu diketengahkan untuk proses pembicaraan, cukup dengan kertas tuduhan dan merengkoklah si hamba Allah tadi selama mana difikirkan perlu mereka berada dalam tahanan. Adilkah demikian?

Di soal-siasat semasa dalam tahanan bagaikan haiwan kerana mereka dianggap bukan macam tahanan biasa yang perlu perintah reman dan dituduh di mahkamah. Mereka boleh diperlakukan sesuka hati orang yang menahan, samada benar atau tidak mereka terlibat, itu soal kedua.

Lalu sesungguhnya tiada banyak beza antara Guantanamo dan Kamunting! Kamunting juga menjadi pusat yang menahan sesiapa sahaja yang kerajaan rasakan mengancam keselamatan negara, tanpa perlu dakwa dan bicara. Sebelum disumbat ke Kamunting, ditahan selama 60 hari dimana-mana lokasi yang pihak keselamatan rasakan wajar, untuk menjalani proses soal-siasat yang biasanya di luar waktu soal-siasat tahanan biasa.

Ada tak penderaaan fizikal? Malaysia ada ratusan bekas tahanan ISA yang masing-masing boleh bercerita panjang-lebar darihal pengalaman masing-masing. Malah salah-seorang bekas Ketua Penyoal-siasat dalam Kem TAPOL ini pun sekarang sudah menyertai Keadilan!

Bacalah buku-buku karangan Kasim Ahmad (Universiti Kedua), Suhaimi Said, Ahmad Boestamam, Dr Tan Seng Giaw, Dr Syed Hussin Ali, Said Zahari dan ramai lagi darihal pengalaman mereka ketika berada dalam tahanan.

Dan kini di Kamunting sebagaimana di Guantanamo, masih ramai lagi yang terus ditahan tanpa bicara, entah sampai bila.

Lalu kalau atas nama Pengerusi OIC Dollah berani menuntut agar Kem Guantanamo ditutup, maka tutup sekali Kem Kamunting yang saling tak tumpah Guantanamo juga. Jangan kita mahu jadi juara dunia membela nasib warga asing tetapi dalam negara kita bagaikan serigala lapar membaham siapa sahaja yang lalu di depan mata tanpa belas ihsan.

Monday, February 20, 2006

Sesejuk hati ibu

Harakahdaily memaparkan gambar ibu kandung Allahyarham Sarjan Moorthy, iaitu R.Sarawathi dan adik-beradik Allahyarham yang semuanya penganut Hindu, mengunjungi pusara Allahyarham di Taman Ibukota, Setapak semalam.



Menurut akhbar NST, inilah kali pertama Saraswathi mengunjungi pusara Allahyarham hampir selepas dua bulan Allahyarham meninggal dunia. Saraswathi dipetik sebagai berkata:

I feel sad, but there is nothing else to be done. Since he was a Muslim, then this is where he should be buried
(Beliau berasa sedih, namu tidak apa yang boleh dilakukan lagi. Memandangkan (Allahyarham) adalah seorang Muslim, maka di sinilah tempat yang sepatutnya ia disemadikan.)

Cuma beliau kesal yang Allahyarham tidak menzahirkan keislamannya semasa hidup beliau. Tambah Sarawathi:

My other son is also a Muslim. Years ago, he told us about his wish to marry a Muslim girl and conversion. In fact, I was the one who made the wedding preparations.
(Anak saya seorang lagi adalah seorang Muslim. Bertahun dahulu, beliau menyatakan hasratnya untuk berkhawin dengan seorang gadis Muslim dan memeluk Islam. Malah sayalah yang telah menyediakan persiapan untuk perkahwinan beliau itu).

Manakala adik Allahyarham Sanggaralingam 26 pula berkata:

For us, it is no longer an issue. We accept what has happened. Now we are happy that we can come here to visit his grave at least once a month.
(Bagi kami ianya bukan isu lagi. Kami menerima apa yang telah berlaku. Sekarang kami senang hati dapat menziarahi pusaranya sekurang-kurangnya sebulan sekali.)

Saya bersyukur kerana ibu kandung dan adik-beradiknya yang bukan Islam (abangnya yang Islam hadir sewaktu jenazahnya disemadikan dahulu) dapat juga hadir menziarahi pusara Allahyarham walaupun dalam keadaan berbeza kepercayaan. Benarlah pepatah Melayu yang menyebut, air dicincang tak akan putus.

Mudah-mudahan kisah sedih dan menyayat hati ini menjadi pengajaran buat kita semua. Dan mudah-mudahan Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang solih, insyallah.
Kerajaan baru Palestin menzahirkan kemunduran peradaban Barat

Parlimen Pentadbiran Palestin semalam telah pun menamakan Ahli Parlimen HAMAS Ismail Haniyeh 43, sebagai Perdana Menteri mereka yang baru berikutan selesainya pilihanraya umum Palestin baru-baru ini.

Ismail dijangka membentuk kabinetnya dan mengemukakan calon-calonnya kepada Presiden Mahmoud Abbas untuk pegesahan selewat-lewatnya dalam tempuh tiga minggu.



Proses demokrasi dan peralihan kuasa nampaknya berjalan lancar dalam suasana penuh tertib dan beradab di bumi Palestin, pusat konflik dan keteangan dunia itu. Sepatutnya dunia memberikan sokongan dan pengiktirafan terhadap apa yang sedang berlaku dan berkembang di sana.

Walaubagaimana belum pun sempat Ismail memanaskan kerusinya, Rejim Zionis Israel yang sentiasa berada dalam pelukan Amerika dan Barat itu telah pun melancarkan serangan pertamanya kea rah kerajaan baru ini.

Serangan terbaru itu dalam bentuk serangan ekonomi iaitu menahan serta-merta bayaran USD50 juta dalam bentuk hasil cukai bulanan yang dikutip bagi pihak kerajaan Palestin. USD50 juta ini merupakan hak rakyat Palestin dikutip atas amanah dan bukannya hak Regim Zionis tersebut. Namun demikian Israel menngunakannya sebagai senjata pertama untuk menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat yang tidak mereka senangi itu.

Adalah dianggarkan dengan penahanan itu serta sekatan-sekatan lain yang dikenakan oleh Amerika dan Barat, kerajaan Pentadbiran Palestin akan menghadapi kesukaran bukan sekadar untuk mentadbir tetapi membiayai lebih 100,000 kakitangannya.

Segala-gala ini dilakukan kerana HAMAS itu dicap sebagai kumpulan pengganas. HAMAS dikatakan enggan mengiktiraf kewujudan Israel, HAMAS dikatakan enggan menghentikan tindakan keganasannya.

Tetapi tidakkah penyertaan HAMAS dalam proses demokrasi itu sendiri satu bukti menunjukkan HAMAS bersedia mengunakan kaedah berbeza untuk meneruskan perjuangannya? Tidakkah mandat besar yang diberikan oleh rakyat melalui proses demokrasi yang diiktiraf dunia yang telah memenang HAMAS membuktikan bahawa rakyat Palestin selesa dan yakin dengan mereka?

Mengapa apabila HAMAS berjaya dan diberi kuasa memerintah tiba-tiba proses diplomatik, tolak ansur dan perundingan yang merupakan amalan dan adab dunia bertamaddun tiba-tiba dilupakan dan tidak terpakai?

Tetapi kita lihat contohnya dalam hal kumpulan pengganas IRA ataupun Irish Republican Army, dunia tidak pula memandang mereka sebagai pariah sebagaimana mereka memandang HAMAS pada hari ini.

Baru beberapa hari lepas keluarga juara Olimpik Musim Sejuk dari Britain Shelley Rudman mengenang kembali tragdei sedih yang pernah menimpa keluarga mereka angkara pembunuhan yang dilakukan oleh IRA. Dua orang bapak saudara Shelley terbunuh kerana ditembak mati oleh pengganas IRA satu ketika dahulu.

Hari ini IRA memiliki sayap politiknya iaitu Sinn Fein pimpinan Gerry Adams dan mengambil bahagian secara terbuka di dalam pilihanraya umum UK. Ia diwakili oleh 5 orang ahli Parlimen di Westminster (walaupun nasibnya dalam pilihanraya taklah sebaik HAMAS).

IRA menurut rekod telah membunuh ribuan orang awam dan anggota tentera Britain samada dalam pertempuran atau serang hendap ataupun tindakan sabotaj. Mereka pernah memusnahkan bangunan dan tempat awam termasuklah terlibat dalam penculikkan dan perompakkan. Pada tahun 1979 kumpulan pengganas ini telah membunuh Lord Mountbatten iaitu bapa saudara kepada Queen Elizabeth II.

Namun tidak seperti HAMAS Sinn Fein dan IRA hari ini tidak lagi dilihat pengganas, tetapi pejuang kebangsaan, pejuang nasionalis.

Demikianlah undang-undang rimba yang diamalkan Barat pada hari ini. Jika sesama kulit putih walaupun pernah membunuh dan melakukan keganasan boleh dimaafkan begitu sahaja kerana mereka dari agama, keturunan dan warna kulit yang sama, tetapi sebut sahaja HAMAS, terus-menerus muncul prejudis, HAMAS itu Arab, Islam, pengganas dan lain-lain.

Dalam hal ini umat Islam seluruh dunia samada melalui OIC, Liga Arab dan lain-lain perlu prihatin dan segara menghulurkan bantuan dan sokongan kepada kerajaan Ismail Haniyeh yang dipilih oleh rakyat Palestin itu. Jangan pula kita angguk dan akur kepada standard hutan rimba yang diamalkan Barat itu.



Kita bertanggungjawab membantu saudara-saudara se Islam kita yang berdekad-dekad berada di bawah bayangan kezaliman regim Zionis Israel dan konco-konconya. Kini mereka telah bersedia bertolak ansur, kini mereka sedang berusaha meredakan konflik, mereka sewajarnya menerima bantuan dan sokongan kita. Biar kita pula ajar Barat yang telah sesat itu akan erti diplomasi, tolak-ansur dan perundingan yan sebenarnya. Kalau mereka sudah sasau dan mereng jangan pula kita ikut sasau dan mereng.

Rakyat Palestin sudah sekian lama hidup dengan darah dan airmata, berilah mereka peluang pula untuk hidup aman dan selesa sebagaimana kita.
Debat Perdana yang melahirkan harapan

Debat Perdana di RTM semalam barangkali berlalu tanpa banyak diberi perhatian oleh rakyat kebanyakkan. Ini kemungkinan disebabkan rakyat telah lesu dan bosan dengan siaran-siaran di RTM yang sering one sided dan lebih bertindak sebagai alat kerajaan dan parti pemerintah untuk mempropogandakan pandangan dan perjuangan mereka.

(Menteri Penerangan yang baru apalah kira kalau boleh diharapkan mencuci bersih imej RTM yang telah tercalar itu, kalau pun mampu)

Saya sendiri hampir terlepas rancangan ilmiah dan penuh bermakna ini semalam. Seperti biasa Datuk Johan Jaafar bertindak sebaai moderator (saya sempat diperkenalkan dengan Johan oleh kenalannya dan pernah bersimbang dengan beliau berkenaan tugasnya sebagai moderator itu, ini insyallah akan saya utarakan kemudian) dan ahli-ahli panelnya terdiri dari Prof Di Raja Ungku Aziz, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara (yang tidak nampak pun significant nya beliau disitu kecuali lebih sebagai alat mempertahankan kerajaan) dan Sdr Mujahid Yusof Rawa.

Tajuk yang dibincangkan adalah berkenaan Rukunegara.

Yang menarik minat saya adalah peranan Pak Ungku. Memang program ini adalah program debat, maka perlulah ada pro dan kontra ada sokong dan tentang. Kalau sekadar monotonous ia sudah pasti hambar dan bukan debat namanya. Dan Pak Ungku telah berjaya menghidupkan program semalam dengan style nya yang tersendiri.



Kata kunci yang dilontarkan oleh Pak Ungku dalam mendebatkan isu Rukunegara ini adalah nurani ataupun hati nurani. Kata beliau setiap yang kita lakukan perlulah terbit dari hati nurani kita barulah dalam hal ini Rukunegara itu dikira telah meresap dan berjaya. Kalau sekadar hafal dan dididik dengan prinsip-prinsip Rukunegara tetapi ia tidak melahirkan kesan pada nurani maka kita masih gagal.

Beliau mengambil contoh masyarakat Malaysia yang masih tidak segan-silu membuang sampah-sarap di tempat awam. Ini menunjukkan tiada kesan dalam nuraninya untuk sama-sama menjaga kebersihan. Lebih jauh lagi kata Pak Ungku demikianlah juga dengan kes-kes penggondolan bukit-bukau, pencurian balak ataupun pembalakkan haram, tiada pemimpin tiada wakil rakyat yang ambil peduli.

Seolah-olah kata Pak Ungku tiada elemen dosa dan pahal dalam hal-hal ini.

Lalu Sdr Mujahid pula terus menekankan sebenarnya di sana, prinsip pertama Rukunegara itu sendiri berbunyi: Kepercayaan kepada Tuhan. Ia merupakan persoalan asas. Ia menekankan elemen dosa dan pahala. Lantas ini membuktikan sebagaimana yang di dedahkan oleh Pak Ungku kata Sdr Mujahid bahawa Rukunegara itu sendiri sebenarnya tidak dihayati sebagai satu teras ideologi negara, kerana itulah sehingga perkara-perkara dosa dan pahala langsung tidak diberikan penekanan.

Sdr Mujahid turut menyentuh tentang erti kebebasan. Erti meluahkan pandangan dan fikiran dengan bebas tanpa boleh dianggap sebagai tidak patriotik ataupun anti kerajaan semata-mata kerana memilih untuk berbeza pandangan. Menghormati kebebasan seumpama ini dalam batas peraturan yang sedia ada tidak kelihatan dalam kita mahu menjiwai prinsip-prinsip Rukunegara itu.

Saya kira kehadiran Pak Ungku dan Sdr Mujahid telah benar-benar memberi tenaga kepada program malam tadi dan kita lihat moderator sendiri lebih berminat melaontarkan soalan-soalannya kepada tokoh-tokoh ini kerana ulasan dan pandangan mereka yang lebih ilmiah dan bermakna berbanding dengan dua ahli panel yang lain yang lebih protective dan kadangkala kelihatan terlalu overly submissive (taksub?).

Saya yakin negara dewasa ini dahagakan program-program engagement seumpama ini. Rakyat perlu didedahkan kepada pandangan dan pendapat semua pihak secara terbuka dan bebas tanpa paksaan, rakyat berhak membuat keputusan tanpa dorongan atau tekanan mana-mana pihak, itulah asas kebebasan sebuah negara demokratik yang tulin yang menharai dan mengiktiraf hak asasi kemanusiaan.

Semoga Malaysia akan bergerak ke arah itu satu hari nanti.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Maaf tidak berkesempatan update Blog ini sejak beberapa hari lalu, tidak sihat (ujian Allah swt). Insyallah akan terus ber BLOG mulai hari ini.

Terima kasih atas sokongan anda semua.

Thursday, February 16, 2006

Bila PBT tidak lagi pedulikan MB

Dari Shah Alam ke Petaling Jaya, Kelang, Subang Jaya, Selayang dan Ampang, Selangor adalah antara negeri yang paling banyak Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran. Setelah Shah Alam adalah difahamkan Petaling Jaya pula akan diiktiraf sebagai Majlis Bandaraya sedikit masa lagi.

Sepatutnya dalam pentadbiran negeri, tidak ada insan yang lebih berbangga dengan perkembangan dan kemajuan semua ini selain Menteri Besarnya, selaku Ketua Eksekutif Negeri.



Tetapi tidak di Selangor. Walaupun MBnya begitu ghairah mengisytiharkan Selangor sebagai sebuah Negeri Maju pada tahun 2005 lalu (walaupun tidak menerima pengiktirafan antarabangsa), rupanya kepesatan pembangunan dan kemajuan PBT-PBT ini kelihatan seolah telah mengerhanai MBnya.

Lantaran lajunya arus pembangunan dan kemajuan di PBT masing-masing, MB bagaikan hanyut dipukul arus itu dan akhirnya menjadi kecil dan tidak lagi dipedulikan.

Manalah gagahnya seorang MB apabila PBT-PBTnya seolah bermaharajalela dan tidak ambil pusing padanya. PBT-PBT ini laksana negeri-negeri kecil yang bebas dalam negeri Selangor yang besar.

Semalam dalam BULETIN UTAMA TV3 Khir dilaporkan sebagai berkata:

Arahan kita seolah tidak diikuti oleh PBT. Kita arahkan PBT agar: Go back to basic (beri tumpuan pada kerja-kerja asasnya). (Hasil) Cukai pintu (sepatutnya) digunakan untuk perbaiki kehidupan rakyat dari digunakan untuk perkara-perkara lain.

Dan semalam juga dala sisipan akhabr THE STAR iaitu STAR METRO muka depannya terpapar:

Enough Excesses! No more unnecessary events and diners, no more functions at luxury hotel, not at the public expense anyway.

Hentikan pembaziran! Tiada lagi majlis dan makan malam yang tidak perlu, tiada lagi majlis yang diadakan di hotel-hotel mewah, bukan atas perbelanjaan yang ditanggung orang awam.


Menurut akhbar tersebut Laporan Audit Negeri menunjukkan kerugian besar yang dialami Selangor adalah akibat:

dishonesty, expenditure exceeding allocation and purchases made without following correct procedure
(penyelewengan, perbelanjaan melebihi peruntukkan dan pembelian yang dilakukan tanpa mengikuti prosedur yang ditetapkan)

Berdasarkan perkembangan ini Selangor Maju nampak-nampaknyanya dilanda penyakit penyelewengan, korupsi dan salah guna kuasa yang besar dan serius. Dan dalam waktu yang sama rakyat jelata tidak menerima layanan dan perkhidmatan yang setimpal dengan yuran dan cukai yang dibayarnya kepada kerajaan dan badan-badan berkanun di bawahnya.

Khir jelas berada dalam dilemma yang besar. Selangor Maju yang dijajanya rupa-rupanya menelan dan menyusahkan dirinya sendiri. Dalam kekalutannya beberapa hari lalu Khir mengarahkan anggota-anggota EXCOnya agar mengintip ke sekitar kawasan PBT dalam negeri dan mengambil gambar-gambar sebagai bukti kerja-kerja PBT yang diabai dan tidak dilakukan. Kemudian beliau sebagai MB akan bertindak.

Nampak macam berserabut dan tidak profesyional sungguh kerajaan negeri di bawah Khir yang sepatutnya berstatus Maju itu!

Kesimpulannya MB sudah bagaikan tidak mampu mengawal jentera pentadbirannya. PBT-PBT naik tocang dan lebih gagah dari MB sendiri.

Semasa menghuraikan Konsep Selangor Maju 2005 dahulu, Khir di dalam buku panduannya yang diberi nama Dasar Selangor Menuju Wawasan Syumul 2005 menyebut:

(semasa menghuraikan dua dari empat formula pentadbiran 4E)

EFFICIENT: Cara-cara bekerja dalam abad baru ini tidak seharusnya terkongkong pada cara-cara bekerja abad yang lepas. Sekarang semuanya berlaku atau bergerak dengan pantas.

EFFECTIVE: Jika kita meluluskan peruntukkan maka golongan yang sepatutnya menerima manfaat memang akan menerima manfaat yang maksimum. Jika kita buat peraturan maka pertauran itu akan melindungi hak-hak mereka. Kita tidak mahu dikenali sebagai indah khabar dari rupa. Apa yang akan disebut orang adalah pencapaian kita yang hakiki dan bukannya retorik kita yang bermusim


Sekarang semuanya berlaku sebaliknya, dan Khir mula terasa hangat dari bahang pendurhakaan atau insubordination ini. PBT terus berbelanja dan menjalankan projek pembangunan sesuka hati mereka. Ini tidak termasuk lawatan-lawatan ke luar negara atas tajaan PBT masing-masing (selepas ini MBSA difahanmkan akan membawa hampir 40 orang kakitangannya ke Eropah untuk lawatan sambil belajar kononnya).

Kita dapat melihatkan dalam setengah-setengah PBT tiang-tiang lampu ditukar sekerap mungkin, dari satu design ke satu design. Bulatan-bulatan dihias dan dirombak untuk hiasan baru hingga dua kali setahun. Kerja-kerja lanskap berterus-terusan dilakukan sedangkan sampah-sarap, dan jalan serta lorong-lorong tidak diturap dan dipelihara. Longkong-longkang tersumbat tetapi PBT berbelanja untuk hiasan taman, air pancut dan waterfall.

Dan jangan kita lupa pula PBT yang bersekongkol dengan pusat-pusat maksiat sehingga berpuluh kali diserbu polis pun pusat-pusat ini masih beroperasi di bawah dagu PBT berkenaan.

Saya rasa segala ini adalah bukti ketidakcekapan MB dalam menjalankan tugasnya sebagai Ketua Eksekutif Negeri. Kalau MAS yang hampir terhempas itu mahu diselamatkan dengan mengantikan kepala nombor satunya maka saya rasakan Selangor juga sudah mula perlu menimbangkan hal ini.

Dari Khir sibuk dengan tugas belia di MBM, sibuk dengan krisis GPMS, lebih baik beliau tumpukan sahaja pada kerja-kerja memperkasakan tugasnya sebagai MB. Atau memang mungkin Khir hanya layak sebagai Ketua Belia dan bukan Ketua Eksekutif Negeri?

Wednesday, February 15, 2006

Denmark menanggung azab dari kebiadapan akhbarnya

Isu karikatur biadap Nabi Muhammad saw yang berpunca dari akhbar harian Denmark masih lagi berterusan mengundang bantahan umat Islam dimerata dunia. Tindakan memulau barangan Denmark dan beberapa Negara Eropah yang lain sedang giat dilakukan diseluruh dunia samada secara besar-besaran maupun kecil-kecilan.

Parlimen Eropah turut membahaskan isu ini ekoran implikasi ketegangan yang telah tercetus serta impak terhadap ekonomi Negara-negara Eropah.

CNN sebentar tadi menyiarkan temuramah dengan bekas PM Denmark Poul Nyrup Rassmusen, yang merupakan anggota palimen Eropah (MEP) di lobi Parlimen Eropah yang sedang bersidang.



Rassmusen bila ditanya berkenaan isu controversial ini telah berkata:

If I am asked to express my rights I would say that the act of publishing this cartoon is STUPID and INSENSITIVE.

Sekiranya saya diminta menyatakan hak saya maka saya akan katakana bahawa tindakan menyiarkan kartun ini adalah BODOH dan TIDAK SENSITIF.

Beliau dukacita bagaimana karikatur ini cuba menggambarkan seolah-olah jutaan umat Islam di dunia ini sebagai pengganas.

Rasmussen menambah:

The Danish government should act immediately when the incident happened by explaining the Danish attitude of respect of other religions. The Danish government should have then indicated that the signals from the cartoon do not represent that of the government.

Kerajaan Denmark sepatutnya bertindak serta-merta (ketika itu) dengan menjelaskan bahawa sikapnya yang menghormati kepercayaan agama lain. Kerajaan Denmark sepatutnya menyatakan bahawa isyarat yang cuba dibawa oleh kartun itu tidak mewakili pendirian mereka.



Boikot barangan Denmark

Jelas Denmark dan Negara-negara Eropah sedang gawat menaggung kerugian dan ancaman akibat dari kebebasan diluar kawalan yang mereka amalkan. Biarlah ini menjadi pengajaran kepada mereka dan semua pihak di dunia bahawa kita sepatutnya belajar menghormati satu-sama lain dan jangan sekali-kali menggunakan kebebasan yang ada untuk menyinggung atau menghina kepercayaan mana-mana pihak lain.
Kembalinya Mat Taib bakal menggelabahkan Khir

Disamping pengumuman rombakkan kabinetnya yang hambar dan banyak membawa masuk muka lama dan veteran itu PM Dollah Badawi turut membuat suatu pengumuman lain.

Bekas MB Selangor Muhammad Mohd Taib yang kini Ketua Penerangan Umno dan Ketua Umno Bahagian Kelana Jaya telah turut dilantik sebagai seorang Senator.

Setelah tersingkir dari jawatan MB nya kerana terlibat dalam pelbagai skandal termasuklah yang melibatkan kes membawa RM3.7juta wang tunai bersamanya di Brisbane (kononnya duit keluarga guna untuk membeli tanah dan shopping), pada tahun 1997, kini setelah hampir 9 tahun Mat Taib kembali terjun ke kancah politik Umno dengan lebih bertenaga lagi berkat sokongan Dollah.

Walaupun Mat Taib tewas jawatan Naib Presidennya pada pemilihan Umno yang lalu namun Dollah selaku Presiden telah memungut Mat Taib dan melantiknya sebagai Ketua Penerangan.

Adalah dijangkakan dengan perlantikkan Mat Taib sebagai ahli Dewan Negara ini berkemungkinan beliau akan diperuntukkan jawatan penting dalam kerajaan memandangkan Umno Selangor tidak diwakili langsung di dalam kabinet setelah nama Dr Shafie Mohd Salleh digugurkan (Aziz Shamsuddin walaupun AP Shah Alam, namun bukan dari Umno Selangor).

Maka masuklah lagi satu muka lama, tetapi dalam kes Mat Taib muka lama yang berwarna-warni, dikaut dan dibelai juga oleh Dollah walaupun pernah mendatangkan masalah dari Brisbane sehinggalah ke Istana Selangor.

Gelabahlah nampaknya Khir Toyo dengan perkembanan ini, kalau Mat Taib kembali ke saluran perdana politik berkemungkinan jangka hayat politik beliau pula tidak lamalah nampaknya. Alahai bila buaya dan buaya bertembung.

Tuesday, February 14, 2006

Rafidah kekal bersemayam di bawah dagu Pak Lah

Ilham yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Rakyat yang terpaksa menunggu sekian lama melayan tibanya ilham Dollah Badawi itu akhirnya dikejutkan dengan pengumuman dari PM jam 2.45 tadi.



Terkejut bukan kerana susunan kabinet baru, tetapi terkejut dan tergamam kerana yang dijangka dan disangka tidak menjadi. Terkejut dan tergamam kerana semakin kalut dan celaru nampaknya teraju negara di bawah Dollah Badawi.

Tanyalah siapa pun, casualty ataupun mangsa utama yang dijangka rebah ke bumi adalah tidak lain dan tidak bukan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Rafidah Aziz yang juga Ketua Wanita Umno.

Dunia melihat kekalutan yang dicetuskan oleh Rafidah, bekas PM mendedahkan secara terbuka skandal yang melibatkan beliau, perhimpunan agung Umno membogelkan beliau tanpa segan-silu lagi, nasib Rafidah kelihaatn sudah hampir menyembam ke bumi.

Rupanya tidak. Dollah tidak bersependapat dengan rakyat. Walaupun kain kotor Rafidah yang hanyir dan hapak itu dicuci di depan mata dunia namun bagi Dollah, Rafidah masih berguna baginya dan perlu dikekalkan.

Rafidahlah satu-satu menteri dan pemimpin Umno yang Dollah boleh gunakan untuk kepentingannya. Biarlah Mahahtir membenci Rafidah, biarlah Najib membenci Rafidah, biarlah Hishamuddin membenci Rafidah, bagi Dollah musuh Rafidah adalah musuh beliau juga, maka walaupun bergelumang kekalutan namun Rafidah boleh diguna untuk sutvival politik beliau dan menantu beliau. Lalu biarlah Rafidah kekal.

Lagi pun bukankah Rafidah Ketua Pergerakan Wanita Umno. Wanita mewakili lebih separuh dari keahlian Umno. Kekuatan ini Dollah perlukan, lalu Rafidah perlu sangat dikekalkan.

Biarlah Zainuddin Maidin orang Mahathir itu naik, biarlah Rengku Adnan juga orang kuat Mahahtir itu naik, biarlah Affandi Norawi yang pernah dilantik Mahathir juga naik asalakan Dollah ada Rafidah.

Lepas ni kita akan lihat Rafidah dan Dollah bergandingan memacu politik negara, memacu politik Umno demi agama, bangsa dan negara.

Demikianlah rombakan kabinet Dollah, demikianlah terselamatnya Rafidah dari tali gantung, demikianlah Umno dulu, kini dan selamanya.
Mahathir sokong demonstrasi dan boikot

Tun Dr Mahathir walaupun telah bersara sejak dua tahun lalu, namun sejak akhir-akhir ini kelihatan terus bertenaga. Kadangkala lantaran lemahnya PM yang ada Mahathir disangkakan masih PM justeru kenyataannya yang tegas dan pedas yang sama-sekali berlainan dengan PM yang lembut dan longlai.

Mengulas isu bantahan umat Islam terhadap tindakan biadap akhbar Denmark dan beberapa akhbar negara Eropah yang lain yang menyiarkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad saw, Mahahtir dipetik BERNAMA sebagai berkata:



You (Muslims) must protest and, if necessary, make them feel the pain by boycotts and all that. But the thing is to send a message that they shouldnt do this again.

Umat Islam mesti membuat bantahan dan jika perlu melakukan apa-apa tindakan sehingga mengakibatkan (pihak ini) merasakan kepedihan (hasil tindakan mereka) melalui boikot dan seumpamanya. Yang penting adalah menyatakan sikap bahawa mereka tidak patut mengulangi perkara yang sama.

Ditanya mengenai reaksi beliau terhadap demonstarsi dan bantahan yang dilakukan oleh umat Islam seluruh dunia (termasuk di Malaysia), Mahathir berkata:

Well, it is insensitive (reprinting of the caricatures), and I think Muslims are right in protesting.

(Menerbitkan karikatur itu) adalah sikap yang tidak sensitif dan saya merasakan umat Islam berhak untuk membuat bantahan.

Sebelum ini TPM Najib Tun Razak pun bersetuju dengan tindakan umat Islam membuat bantahan ketika diminta mengulas demonstrasi besar-besaran umat Islam Jumaat lepas yang diketuai oleh Tuan Guru Hj. Abd Hadi Awang di Kedutaan Denmark di KL.

Sewajarnya diperingkat ini kerajaan melancarkan boikot besar-besaran barangna dan produk Denmark. Menurut akhbar kerajaan Denmark telah meminta bantuan Malaysia untuk meredakan ketegangan hubungan antara negara mereka dengan dunia Islam.

Dalam hal ini dan demi memelihara perasaan umat Islam kerajaan sepatutnya menasihatkan Denmark agar pertama-tama sekali memohon maaf secara terbuka dan berjanji bahawa perkara yang sama tidak akan berulang lagi. Jika mereka sanggup berbuat demikian, barulah kita usahakan langkah-langkah pembaikan hubungan, jika tidak persetankan sahaja mereka yang biadap itu.

Monday, February 13, 2006

Kerajaan Selangor Maju buat lawak

Sejak kebelakangan ini Selangor sering menjadi tumpuan. Bukan kerana kemajuannya tetapi lebih kerana hal-hal lain. Antara yang ketara adalah kelemahan dan ketidakcekapan pihak berkuasa tempatan atau PBT nya.

Baru-baru ini akhbar THE SUN mendedahkan masalah ini sehingga MB Khir Toyo dilapoprkan tidak berpuas hati dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak PBT di Selangor. Malah Khir dilaporkan berkata:

Yes, I'm not satisfied with the level of work of local authorities. That is why I'm taking over the local authorities portfolio in the state, Mohamad Khir said.

Menurut laporan kecuali Dewan Bandaraya Shah Alam, lain-lain PBT di Selangor telah gagal di dalam ujian yang dilakukan yang telah mengukur prestasi dan kecekapan mereka. Nama SELANGOR MAJU terpapar di sekeliling Bandar dan pekan namun PBT nya lemah dan berserabut dengan masalah.

Dalam kekalutan menghadapi masalah pengurusan PBT ini hari ini EXCO Selangor, Lim Thuang Seng membuat kenyataan yang saya kira mengalahkan lawak Senario. Kata beliau sebagaimana terbit dalam NST hari ini:

Exco members to go undercover. They will take photos for council action.

Kata beliau anggota EXCO Selangor akan meronda sekeliling kawasan PBT mengambil gambar longkang-lomgkang yang tersumbat, lopak-lopak di jalan dan lain-lain masalah untuk diserahkan kepada Presiden atau Yang Dipertua PBT untuk tindakan serta-merta.

Kata beliau rondaan tersebut akan dilakukan secara senyap-senyap dan menurut beliau ianya merupakan arahan MB Khir Toyo.

Takkanlah tak ada cara lain untuk menghadapi masalah ini. Jelas MB dan EXCO nya tidak yakin dan sudah mula mencurigai kemampuan mereka yang memimpin PBT di Selangor.

Kalau demikianlah halnya takkanlah sampai EXCO pula nak ditugaskan sebagai pengintip dengan kamera ke hulu ke hilir. Takkanlah tiada idea lain yang lebih bernas dan berkesan yang mampu dilahirkan oleh Khir dan EXCO nya, mewakili satu-satunya negeri maju di Malaysia itu?!

Come on lah Khir, jangan sampai Selangor jadi bahan ketawa seluruh negara.

Sunday, February 12, 2006

Jangan bikin Tok Samy marah

Saya sempat menonton Buletin Utama TV3 jam 8 malam tadi.

Dalam kesibukan meraikan Thaipusam, terbit wajah Samy Vellu yang cuba mengawal emosinya (biasanya beliau tidak akan menyembunyikan kemarahannya dan biasa sahaja terjerit-pekik walaupun di depan kamera), marah tetapi akur bahawa beliau berhadapan dengan banyak masalah disekelilingnya, oleh itu Samy terpaksa berhati-hati walaupun kelihatan tidak selesa.



Bukankah MIC akan menghadapi pemilihan parti sikit hari lagi dan bukan lagi rahsia bahawa Samy dan Timbalannya Subramaniam tidak berlaga angin. Bukankah Samy salah seorang dari 9 Menteri bukan Islam yang telah mengirim memo kepada PM sehingga menimbulkan kemarahan orang-ramai khasnya masyarakat Islam. Bukankah sejak akhir-akhir ini ada suara-suara yang menuntut agar Samy mengundurkan diri kerana terlalu lama bertaut pada jawatan menteri yang dipegangnya itu sehingga menggugat produktivitinya.

Samy terbit kali ini kerana menjelaskan soal rungutan orang-ramai terhadap kerja-kerja yang melibatkan laluan di jalanraya yang kelihatan merbahaya, bermula dari lebuhraya MRR2 yang telah pun ditutup itu sehinggalah ke lebuhraya di Ampang, lebuhraya PLUS dan lain-lain.



Samy marah kerana orang ramai mengadu kepada stesyen-stesyen TV yang akhirnya telah mensensasikan permasalahan itu sehingga menimbulkan masalah kepada beliau.

Kata beliau melalui TV3 tadi, rakyat sepatutnya mengajukan sebarang aduan terus kepada beliau sebagai Menteri Kerjaraya atau Ketuas Setiausahanya atau Ketua Pengarah JKR. Beliau tidak akan melayan lagi sebarang aduan melaui stesyen TV.

Marah sungguh nampaknya Tok Samy dengan stesyen-stesyen TV. Tapi kalau betul laporannya, sahih penyiasatannya, apa salah? Apa yang Tok Samy nak takutkan? Malah kalau bukan kerana asakkan berterusan dari TV3 dan NTV7 serta akhbar-akhbar dan website tempatan saya yakin sampai hari ini lebuhraya MRR2 barangkali akan terus dibuka untuk kegunaan orang-ramai.

Tok Samy kata beliau telus, beliau terbuka. Telefon sahaja handphonenya dan beliau pasti akan mengambil tindakan.

Tapi Tok Samy jangan lupa, rakyat biasanya pergi ke stesyen-stesyen TV atau mana-mana media sekalipun, biasanya kerana saluran yang sepatutnya ada tertutup atau sengaja ditutupkan. Dan biasanya hanya dengan membawa kes-kes seumpama ini ke TV atau akhbar atau laman web barulah ianya diberi perhatian oleh pihak yang berwajib termasuklah Tok Samy sendiri.

Oleh itu janganlah marah kalau rakyat tak telefon beliau tetapi telefon Karam Singh Walia umpamanya. Bagi saya dalam hal ini Samy tak perlu bimbang. Kalau laporan TV atau akhbar tidak betul, bukankah kita ada undang-undang yang boleh mendakwa mereka. Masalahnya apabila perkara yang dilaporkan itu betul, itulah agaknya yang Tok Samy tak boleh terima, nasihat saya kalau tak boleh terima, serahkan sahaja kepada Subramaniam yang sekian lama dipinggirkan itu.
Kasihan Utusan Melayu: Dah terkubur baru nak digali semula

Akhbar Melayu tulisan Jawi Utusan Melayu, asalnya terbit pada 29 Mei 1939. Ia telah melalui pelbagai ranjau evolusi dan akhirnya terbit sebagai salah sebuah akhbar Melayu harian yang terluas sebarannya di tanahair.

Ketika orang Melayu rata-rata hanya lancar membaca dan menulis dalam tulisan Jawi, akhbar ini terbit sebagai sebuah akhbar bebas yang berani, yang berjuang untuk kepentingan bangsa samada di era sewaktu zaman penjajahan sehinggalah ke ambang Merdeka dan terus berperanan besar dalam proses pembangunan Negara selepas Merdeka.


Mendiang Utusan Melayu Mingguan
(diambil dari http://adib.typepad.com)

Malangnya dizaman kita ini akhbar Jawi yang terbukti telah berjasa kepada bangsa dan tanahair itu menjadi semakin terpinggir. Dari sebuah akhbar harian pada 3 Disember 2002 ia bertukar menjadi akhbar mingguan dan baru-baru ini atas alasan kononnya tidak lagi berdaya maju untuk diteruskan pernerbitannya, akhbar mingguan itupun ditamatkan riwayatnya tanpa banyak kira bicara.

Tiba-tiba dalam akhbar hari ini kita lihat Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Rais Yatim menyatakan bahawa kementerian beliau sedang merangka langkah-langkah untuk menghidupkan kembali akhbar Utusan Melayu yang sudah terkubur itu.

Demi menghargai jasa dan peranan akhbar tersebut serta memelihara kelangsungan warisan tulisan Jawi, memang dialu-alukan sangat kenyataan menteri tersebut. Tetapi mengapa tunggu sehingga sudah nazak, ditalkin dan telah pun dikebumikan baru mahu mengoreknya kembali untuk dihidupkan. Mengapa tidak lebih awal lagi? Ia hanya menampakkan betapa tidak seriusnya pihak tertentu dalam mempertahankan khazanah dan warisan Melayu yang sangat berharga dan berjasa itu.


Mogok Utusan Melayu dizaman Pak Said
(gambar dari buku: MENITI LALUTAN GELORA Said Zahari)

Benarkah Utusan Melayu terkubur kerana tidak lagi berdaya maju?

Salah seorang bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu Pak Said Zahari dalam bukunya Dalam Ribuan Mimpi Gelisah yang baru terbit dipasaran (dan semalam pun Pak Said semasa muncul dalam rancangan WTV8, siaran web tv alternatif di http://selangorbaru.org/ telah mengulanginya) menulis:

Kalau mereka (orang Melayu) tidak membeli dan membaca Utusan Melayu bukanlah kerana surat khabar itu bertulisan Jawi atau oleh kerana mereka sudah tidak mencintai lagi tulisan Jawi (sebagaimana didakwa Rais Yatim). Tetapi besar kemungkinannya adalah kerana mutu dan kandungan Utusan Melayu itu sendiri banyak kelemahan dan kekurangannya.

Malah Pak Said dengan sinis menulis dalam buku yang sama:

Kenapa Awang Selamat tidak mahu menyeru kepada tiga juta ahli Umno supaya membeli (akhbar tersebut) sekali gus menyelamatkan surat khabar bertulisan Jawi yang dimiliki oleh Umno itu?

Sesungguhnya Utusan Melayu tercatit dalam lipatan sejarah tanahair sebagai suatu akhbar keramat yang telah banyak menyumbang kearah pembentukkan minda dan keperibadian orang Melayu disamping menyumbang kearah perjuangan kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan kemudiannya.

Jabatan Pengarang dizaman Pak Said

Salah seorang pengasas Utusan, Srd Yusof Ishak pernah menyebut:

Utusan dilahirkan dengan air mata dan darah

Dan siapa lagi yang dapat membuktikannya jika tidak Pak Said Zahari sendiri yang telah merengkok dalam penjara selama 17 tahun kerana ditahan dibawah akta laknat ISA.

Pak Said yakin kerana peranannya meneruskan perjuangan Utusan sebagai sebuah akhbar yang bebas dan berani dan cuba menangkis pengambil-alihan Utusan oleh pihak Umno dizamannya sehingga mencetuskan Mogok Utusan 1961 itulah yang telah mengakibatkan beliau ditahan (walaupun kertas pertuduhan menuduh kononnya beliau terlibat dengan tindakan subversif dan komunis).

Bermakna akhbar bersejarah ini telah menyaksikan perjuangan dikalangan anak-anak bangsa yang terdiri dari para pendokongnya berpuluh tahun dahulu yang telah beriltizam bekerja untuk bangsa Melayu dan tanahair, berjuang sehingga ada yang diambil tindakan, dibuang kerja dan terpaksa bermogok sehinggalah ada seperti Pak Said yang merengkok dalam penjara kerananya, tiba-tiba hari ini segala pengorbanan itu dipandang sepi dan tidak dihargai langsung kerana kononnya Utusan Melayu sudah tidak dapat berdaya maju lagi!

Hidupkanlah kembali Utusan Melayu itu Pak Rais, tetapi hidupkan juga kembali ia sebagai sebuah akhbar yang benar-benar bebas, sehingga ia benar-benar mampu berjuang untuk kepentingan bangsa dan tanahair dengan berani tanpa mengambil pihak sebagaimana bentuk asalnya berpuluh tahun dahulu.

Benar juga barangkali kata Awang Selamat itu:

Utusan Melayu lahir zaman papa, mati zaman kaya.

Friday, February 10, 2006

Demonstarsi terbesar umat Islam Malaysia

(Gambar-gambar ikhsan PERAKAN.NET)

Alhamdulillah demonstrasi selepas solat Jumaat tadi berjalan dalam keadaan aman dan lancar dengan kehadiran ribuan umat Islam.

Saya berkesempatan meluangkan masa berarak dengan sahabat-sahabat kita dari Masjid Kg. Baru menuju ke Wisma Denmark di Jalan Ampang, satu perjalanan yang agak jauh berjalan kaki akan tetapi penuh bermakna.



Sejurus perarakkan bermula, hujan mula turun rintik-rintik dan demikianlah renyai-renyai sehingga berakhir kira-kira jam 4.00 petang, namun sedikit pun tidak melunturkan semangat mereka yang megambikl bahagian. Malah hujan rahmat itu bagaikan membantu mendinginkan tubuh mereka yang hadir yang bersesak-sesak ramainya itu.



CNN melaporkan pada 0909 GMT sebentar tadi:

3,000 in Malaysia cartoon protest (3,000 hadiri bantahan terhadap kartun di Malaysia)

AP (Associated Press) pula:

Malaysia holds biggest anti cartoon protest (Malaysia menganjurkan bantahan terbesar anti kartun)

Menurut AP:

Thousands of Muslims marched on Friday in the countrys biggest demonstration against the caricatures, calling for the destruction of Denmark, Israel and the US.

Long live Islam. Destroy Denmark. Destroy Israel. Destroy George Bush. Destroy America, shouted some 3,000 protesters who marched in a steady rain to the Denmark Embassy from a nearby mosque.

Ribuan umat Islam berarak Jumaat ini dalam satu demonstarsi yang terbesar menentang penerbitan karikatur (dalam akhbar Denmark) serta mendesak dimusnahkan Denamrak, Israel dan Amerika.

Hidup Islam. Hancur Denmark. Hancur Israel. Hancur George Bush. Hancur Amerika, laung lebih 3,000 penunjuk perasaan yang telah berarak di dalam hujan dari sebuah masjid berdekatan (Masjid Kg. Baru) ke Kedutaan Denmark.

Perhimpunan terbesar rakyat Malaysia membantah tindakan biadap Denmark itu diketuai oleh Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang. Sejurus tiba di Wisma Denmark, Tuan Guru, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Datuk Kamaruddin Jaafar telah naik ke Kedutaan Denmark menyerahkan memorandum bantahan bagi pihak semua yang hadir.



Antara isi kandungan memorandum tersebut menuntut agar kerajaan Denmark memohon maaf secara terbuka di atas tindakan biadap akhbar negaranya itu.

Turut hadir dalam perarakan tersebut adalah pimpinan tertinggi PAS, pimpinan Parti Keadilan Rakyat, pimpinan NGO dan mahasisiwa. Antara mereka yang kelihatan hadir adalah Naib Presiden PAS Hj. Muhammad Sabu, Dr Badrul Amin Baharom dari PKR, Dato Paduka Hj Ibrahim Ali dari MTRK, YB Salahuddin Ayub dan Dr Lolo Dato Ghazali.

Pihak Polis telah mengawal keadaan dalam kedaan baik dan penuh toleran dan sejurus selesai mereka yang berkumpul telah bersurai dengan aman setelah mengaminkan doa dibacakan oleh bekas YDP Persatuan Ulamak Malaysia yang juga Ketua Penerangan PAS Ustaz Ahmad Awang.

Apa pun saya yakin perhimpunan ini telah memberikan isyarat kepada Copenhagen agar tidak memperkecil-kecilkan umat Islam Malaysia, walaupun kerajaan Malaysia mungkin tidak merestui tunjuk perasaan seumpama ini akan tetapi rakyatnya khasnya yang beragama Islam bersedia pada bila-bila masa untuk mempertahankan kekasih mereka Nabi Muhammad saw, dalam apa keadaan dan siatuasi sekalipun.

Sementara itu MALAYSIAKINI di dalam Newsflashnya melaporkan:

About 10,000 people gathered in front of the Danish Embassy in Kuala Lumpur today to protest against the demeaning caricatures of Prophet Mohammad published in a daily there last year.

(Kira-kira 10,000 hadir di hadapan Kedutaan Denmark di Kuala Lumpur hari ini membantah karikatur yang menghina Rasulullah saw yang disiarkan oleh akhbar harian negara itu tahun lalu)

Berikut gambar-gambar dari laman web tersebut:

Lahirnya pemimpin yang memusnahkan Islam

Apabila ada pihak-pihak tertentu marah kepada Sisters in Islam, marahnya itu bukan kerana cemburu atau mahu menafikan hak NGO itu untuk bersuara. Marahnya kerana Sisters in Islam bercakap berkenaan dengan Islam dalam keadaan yang sangat meragu dan mengelirukan.

Islam ini merupakan satu agama atau lebih tepat lagi Ad Din yang memiliki disiplin ilmu dan pengajian yang teratur. Pemahaman ilmu al Quran dan Hadis sebagaimana ilmu-ilmu lain tidak boleh diperolehi dengan sekadar membaca tanpa berguru atau menebuk dan mencungkil mana-mana yang dirasakan sesuai dan perlu untuk kegunaan dan kepentingan masing-masing.


Ayaan Hirsi Ali si biadap

Hatta agama Roman Katholik itu sekalipun, mereka yang berwibawa berhujah dan menghurai bab hukum dan peraturan agama mereka mestilah dikalangan ahli-ahlinya yang telah melalui turutan pengajian ilmu menurut disiplin yang mereka tetapkan.

Bab berhujah dan menghurai, memang siapa sahaja boleh namun samada ianya berwibawa ataupun tidak perlulah kita kaji latabelakang dan authority seseorang itu. Kalau agama bukan pakaiannya, amalan agama bukan amalan hidupnya, maka orang jenis ini memang boleh bercakap namun cakapnya itu tidak sekali-kali boleh mencerminkan agama anutannya kerana sesungguhnya ia sekadar beragama tetapi tidak beriman dengan aamanya itu.

Dalam BBC hari ini disiarkan kenyataan seorang ahli Parlimen kelahiran Somalia dari Belanda, Ayaan Hirsi Ali. Beliau yang kelahiran Somalia walaupun seorang Muslim tetapi mendakwa dirinya seorang DISSIDENT OF ISLAM ataupun grup penentang dalam Islam.

Beliau mempertahankan hak Jyllands Posten (akhbar Denmark) yang menerbitkan karikatur kontroversi Nabi Muhammad saw itu. Dan bukan sekadar itu beliau dengan megahnya berkata:

Today the open society is challenged by Islamism. Within Islam exists a hardline Islamist movement that rejects democratic freedoms and wants to destroy them.

Although the Prophet Muhammad did a lot of good things, his decree that homosexuals and apostates should be killed was incompatible with democracy

Hari ini masyarakat umum dicabar oleh Islamisma. Di dalam Islam itu sendiri hadir gerakan Islam hardline yang menolak kebebasan demokrasi dan malah mahu menghancurkannya.

Nabi Muhammad memang telah melakukan banyak kebaikan, walaubaaimanapun perintahnya yang mewajibkan homoseksula dan golongan murtad dibunuh adalah bertentangan dengan demokrasi.

Inilah masalahnya apabila yan dungu dan dangkal berkenaan Islam juga turut mahu bercakap berkenaan Islam. Orang seperti Ayaan ini akan diberi liputan yang meluas oleh dunia Barat kerana beliau dikira sebagai Muslim yang moderat.

Demikianlah juga halnya dengan Sisters in Islam dan mereka yang seumpamanya di sini.

Rasulullah saw lebih 1400 tahun lalu mengingatkan kita darihal golongan seumpama ini yang jika dibiarkan akan membinasakan ummah. Sabda Rasdulullah saw:

Apabila amanah dipersia-siakan maka tunggulah saat kebinasaan , tanya perawi hadis ini Ya Rasulullah, bagaimana dipersia-siakan amanah itu? Jawab Baginda, apabila sesuatu urusan yang penting itu diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kebinasaannya. (Riwayat Bukhari)
JUMPA ANDA DI MASJID KG. BARU

Isunya karikatur biadap yang kononnya menggambarkan Baginda Rasulullah saw yang diterbitkan asalnya oleh akhbar Denmark Jyllands Posten. Karikatur yang sama kemudiannya turut diterbitkan oleh akhbar negara-negara Eropah yang lain termasuk New Zealand, sebagai tanda solidariti dan simpati terhadap nasib yang menimpa akhbar Denmark itu.

Saya yakin sehingga ke hari ini umat Islam seluruh dunia telah tahu darihal isu ini. Saudara-saudara kita di Afghanistan yang jauh kebelakang dari segi pembangunan dan kemudahan itu pun telah keluar berama-ramai menyatakan bantahan secara terbuka terhadap kebiadaban ini, takkanlah kita di Malaysia ini diceruk mana pun kita tinggal boleh tak tahu lagi!



Lalu apa tindakan kita?

Tak cukup sekadar berborak-borak kosong, bersemangat sehingga hentak-hentak meja. Tak cukup sekadar mengumpul dan membaca apa sahaja berita berkenaan isu ini serta bergegas menonton apa sahaja siaran di TV berkenaannya. Tak cukup sekadar geleng-geleng kepala dan mengeluh.

Lalu apa tindakan kita?

Kepada kita yang prihatin. Yang sedar dan insaf bahawa tindakan ini benar-benar telah menjejas, mencalar dan menghina kemuliaan Islam, kita perlu lakukan sesuatu.

Menghina Rasulullah saw itu bermakna menghina Islam, sedangkan diwaktu hidup Baginda ketika dikepung dalam Perang Uhud para sahabat ketika itu rela menjadi perisai hidup, melindungi tubuh badan Baginda dari pedang, tombak dan anak panah, ada yang cedera dan ada yang syahid mempertahankan batang tubuh Rasulullah yang mulia lagi dicintai itu, ini diwaktu hidup kita Rasulullah dihina dan kita masih tidak berganjak tidak bergerak, duduk selesa di rumah atau pejabat masing-masing atau sekadar berpuas hati dengan berkata itu hak mereka, tergamakkah demikian?

Lalu apa tindakan kita?

Dalam dunia moden dan beradab ini, kita tak perlulah mengamuk dan mencetuskan huru-hara. Tak perlulah membakar bangunan atau mencederakan sesiapa, nanti kita dicap pengganas dan Islam semakin menjadi bahan serangan.

Yang mampu kita lakukan hari ini adalah bergerak dalam satu kumpulan, satu jemaah. Hari ini di Masjid Kg. Baru, Kuala Lumpur, sahabat-sahabat kita yang prihatin seperti saudara dan saya sendiri insyallah, akan berkumpul beramai-ramai selepas solat Jumaat. Dari situ kita bergerak beramai-ramai dengan penuh sopan dan beradab menuju ke Wisma Denmark di Jalan Ampang. Kita serahkan bantahan secara terbuka kepada Kedutaan Denmark di sana. Jangan lagi kamu melakukan kerja biadap ini!

Mengapa kita perlu bertindak demikian?

Dengan cara inilah kita dapat menunjukkan kepada dunia secara simbolik bahawa umat Islam di Malaysia turut merasa luka dan terhina dengan tindakan biadap akhbar Denmark itu. Demonstrasi secara aman ini sesungguhnya adalah amalan mana-mana dunia demokrasi samada di Amerika sendiri, Eropah atau mana sahaja (yang menganggunya itulah negara mundur).

Kerana itu kita tinggalkanlah apa sahaja yang sedang kita lakukan. Saya dan anda marah dengan kes karikatur ini, kalau sekadar bertindak sendiri-sendirian tidak kemana mesej kita itu. Sekarang peluangnya terbuka, samada anda ahli PAS atau Umno atau mana-mana gerakkan dan NGO atau sekadar umat Islam bebas yang tidak menganggotai mana-mana pertubuhan, ayuh dalam hal ini kita bersatu hati. Kita bergerak bagi menyatakan pendirian kita, demi kasih kita pada Rasulullah saw.

Tak kiralah anda lelaki maupun wanita, pokoknya anda Muslim yang cintakan Rasulullah saw. Marilah kita ke sana tengahari nanti, biar kita terbilang diantara mereka yang berani menzahirkan diri, berdiri mempertahankan Islam, ketika dunia Barat mengambil peluang mempersendakannya dan bertindak kurang ajar.

Insyallah jumpa anda di sana.

Firman Allah swt dalam surah al Maidah 54-56:

Wahai orang-orang yang beriman! Barang siapa yang murtad di kalangan kamu dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah, yang bersikap lemah lembut terhadap orang-orang mukmin, yang bersikap keras keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela, itulah kurnian Allah yang diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki Nya dan Allah Maha Luas (pemberian Nya) lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya wali kamu hanyalah Allah, Rasul Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat seraya mereka tunduk (kepada Allah). Dan barangsiapa yang mengambil Allah, Rasul Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolong mereka, maka sesuangguhnya HIZBULLAH itulah yang pasti menang.

Thursday, February 09, 2006

Segera boikot barangan Denmark

Sedang Negara-negara Islam di dunia mengenakan pemboikotan atau pemulauan barang-barang dan produk Denmark bagi memkasa kerajaan Denmark memohon maaf secara terbuka terhadap kebiadapan akhbar dalam negaranya yang telah menghina Nabi Muhammad saw, Malaysia memilih untuk tidak memboikot.

Kerajaan Malaysia yang bertulang-belakangkan Umno (yang didakwa parti Islam terbesar dalam Negara) enggan boikot barangan Denmark, enggan mengajak rakyat berdemonstrasi ataupun menyerahkan memorandum bantahan secara terbuka kepada Kedutaan Denmark.



Menurut BERNAMA PM Dollah Badawi berkata:

Malaysia has no plans for now to boycott Danish products arising from the publication of controversial caricatures of Prophet Muhammad in a Danish newspaper which has stirred up scenes of protests around the world.

Malaysia tidak merancang setakat ini untuk memulaukan produk-produk kelauran Denmark ekoran terbitnya karikatur Nabi Muhammad saw di dalam akhbar Denmark yang telah mencetuskan bantahan (umat Islam) seluruh dunia.

Nyatalah sikap kerajaan Malaysia bawah pimpinan Dollah Badawi walaupun kononnya marah pada Denmark tetapi taklah sampai keperingkat mahu menjentik atau mencubit pehanya kerana barangkali seribu-satu kebimbangan yang hanya Dollah Badawi dan mereka yang dikeliling-kelalangnya sahaja yang tahu.

Barangkali Dollah mahu memelihara hubungan baik dengan Denmark. Saudi, Oman, Qatar, Iraq, Negara-negara Teluk yang lain bolehlah marah sakan kerana mereka tidak melindungi kepentingan Denmark di bumi mereka sebagaimana kerajaan Malaysia melindungi dan mengutip hasil keuntungan dari kepentingan Denmark. Saban hari kilang Carlsberg, kilang kebangaan Malaysia-Denmark membuak-buakkan hasil arak di kilangnya di Shah Alam yang dibekalkan ke pasaran tempatan dan rantau sebelah sini.


Logo Carlsberg dengan
lambang mahkota Raja Denmark

Oleh itu tak perlulah kita sibuk-sibuk boikot. Nanti marah pula Carlsberg (The long cool Dane). Kalau Carlsberg pindahkan kilangnya ke Negara lain nanti Malaysia akan kerugian hasil. Susah nak melaksanakan projek nanti!

Dalam pada itu cuba kita fikirkan apakah mesej yang boleh dicapai dari tindakan kita jika kita memulaukan barangan Denmark itu sebenarnya?


Dr Ahmad Abdul Aziz al Haddad

Seorang ulamak dari Timur Tengah Dr Ahmad Abdul Aziz al Haddad berkata tindakan memboikot oleh umat Islam ini membuktikan kuasa besar yang berada ditangan mereka (yang boleh digunakan dalam suasana konflik seumpama ini). Pihak pengguna boleh menyatakan terus bantahan mereka tanpa menunggu tindakan dari pihak kerajaan atau badan-badan yang menjaga kepentingan Islam.

Sebenanrya setakat ini kesan pemboikotan saudara-saudara se Islam kita di Timur Tengah dan dibeberapa Negara Islam lain telah mula menunjukkan kesannya. Terjejasnya kepentingan ekonomi Denmark akan memaksa kerajaannya menilai kembali pendiriannya dan mudah-mudahan memohon maaf secara terbuka dan memastikan perkara yang sama tidak berulang lagi.

Di Dubai dilaporkan pasaraya Perancis Carrefour juga terpaksa turut menurunkan produk buatan Denmark dari kaunter mereka sedangkan Perancis adalah sekutu Denmark dalam Kesatuan Eropah.

Pengilang produk tenusu ARLA dari Denmark yang beroperasi di Arab Saudi khabarnya menanggung kerugian 1.5juta USD sehari dan kini terpaksa menutup operasi kilangnya di Riyadh hasil dari pemulauan rakyat Saudi terhadap produk mereka.

Kita telah cuba saluran diplomasi namun PM Denmark dan kerajaannya tetap bongkak dan tidak ambil peduli. Kita tidak mahu mencetuskan keganasan lalu pilihan yang ada bagi kita adalah memulau barangan Denmark sebagaimana yang dilakukan oleh saudara-saudara kita ini.

Oleh itu tunggu apa lagi, say no to Dannish product, mulai hari ini dan sama-sama kita lihat reaksi Denmark nanti.
PM Denmark jangan bermain silap mata

Kemarahan umat Islam seluruh dunia kian memuncak. Demonstrasi dan bantahan dianjurkan di sana-sini samada di Negara umat Islam ataupun oleh umat Islam yang tinggal di Negara bukan Islam.

Isu karikatur yang menggambarkan Nabi Muhammad saw yang diterbitkan oleh akhbar Denmark dan kemudiannya oleh akhbar dan majalah di Negara-negara Eropah termasuk New Zealand terus menjadi bahan pertikaian.



Perdana Menteri Denmark Anders Fogh Rasmussen memberitahu BBC:

The government cannot interfere with the media,but I think these events have stressed the importance of combining freedom of expression with respect for religious beliefs.

Kerajaan (Denmark) tidak boleh campurtangan dalam hal media, namun saya merasakan kejadian yang berlaku membuktikan betapa pentingnya kebebasan bersuara dan diwaktu yang sama menghormati kepercayaan agama lain perlulah berjalan seiringan.

Manakala CNN pula memetik beliau sebagai berkata:

I think everybody should realize that neither the Danish government nor the Danish people can be held responsible for what is published in a free and independent newspaper

Saya mersakan semua pihak mesti menyedari bahawa kedua-dua pihak iaitu samada kerajaan Denmark ataupun rakyatnya tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap apa yang telah diterbitkan oleh sebuah akhbar yang bebas.

Walaupun kemarahan umat Islam semakin memuncak, walaupun pemulauan terhadap produk dan barangan keluarannya telah mula dilancarakan dibeberapa buah Negara, walaupun kepentingannya di dalam dan luar Negara terancam, namun PM Denmark tidak mengambil peduli dan tidak sedikit pun terasa bersalah untuk memohon maaf kepada dunia Islam.

Keangkuhan dan sikap bongkak Denmark ini pasti akan menyemarakkan lagi api kemarahan umat Islam.

Sewajarnya diperingkat ini Denmark perlu akur akan kesalahannya dan berusaha meredakkan ketegangan dengan cara memohon maaf dan berbaik-baik kembali dengan dunia Islam. Akan tetapi mereka memilih untuk mempertahankan kebatilan dan tidak kelihatan serik langsung terhadap apa yang telah berlaku.

Saya tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh Mufti Palestin dan Masjid Al Aqsa, Sheikh Ekreema Sabri. Ketika diminta mengulas darihal cadangan Denmark untuk mengadakan siding dialog dengan wakil-wakil masyarakat Islam Sheikh Ekreema berkata:



The dialogue is good and acceptable only after an official Danish apology. Because even if the press is owned by certain persons, yet the government remains responsible for all its citizens and institutions in general.

Usaha mengadakan dialog sedemikian adalah baik namun hanya boleh diterima setelah pihak Denmark memohon maaf secara rasmi. Kerana walaupun akhbar berkenaan dipunyai oleh individu tertentu, kerajaan tetap bertanggungjawab di atas perlakuan rakyat dan institusi-institusi dalam negaranya.

Kerajaan Denmark tidak septutnya berlindung disebalik kebebsana akhbar dan rakyatnya kerana yang jelas akhbar dan rakyatnya itu telah menggunakan apa sahaja kebebasan yang terdapat di tangan mereka untuk melakukan apa sahaja yang mereka idamkan walaupun pada hakikatnya perlakuan itu sebenarnya menghina dan merendah-rendahkan agama dan pihak lain.

Apa pun Denmark perlu memohon maaf atas kebiadaban rakyatnya, selagi itu tidak dilakukan maka selagi itulah gelora kemarahan di hati umat Islam akan terus bergelombang. Dalam hal ini PM Denmark bertanggungjawab memikul biawak hidup ini dan terpulanglah kepada beliau samada mahu menyusukan biawak itu atau menghumbankkannya ke dalam gaung.

Wednesday, February 08, 2006

Keluarlah Jumaat ini Umno, PAS dan semua sekali
Nyatakan bantahan atas nama Islam

Saya sendiri pun sudah terlupa akan kejadian itu lalu berterima kasih kepada sahabat di www.umno-reform.com/ kerana membangkitkan isu ini kembali bagi menggerakkan minda kita yang selalu tertidur itu.

Kini terbayang ketika isu itu meletus dahulu sayalah antara yang terawal mengutuk penerbitan karikatur tersebut kerana merasakan kartunis tersebut agak keterlaluan dalam menggambarkan seorang pemimpin negara ketika itu (walaupun ada juga yang tidak bersetuju dengan pandangan saya pada awalnya).


Sebahagian dari kartun Zunar yang dimaksudkan

Isu yang dimaksudkan tercetus sekitar bulan Jun 2003, apabila akhbar HARAKAH menerbitkan karikatur berikut yang telah dihasilkan oleh Zunar:

Pihak PAS dan HARAKAH ketika itu telah membuat permohonan maaf. Malah pihak KDN sendiri telah memberikan amaran keras kepada HARAKAH. Suatu pengajaran yang baik untuk pihak-pihak berkenaan.

Apa yang mahu dibangkitkan di sini adalah reaksi kawan-kawan dalam Umno ketika itu.

Contohnya Exco Pergerakan Pemuda Umno, Ikmal Hisham Abdul Aziz telah mendesak agar pihak KDN jangan sekali-kali memaafkan HARAKAH dan membatalkan terus permitnya kerana menganggap tindakan HARAKAH itu sebagai biadap.

Hamid Zainal Abidin (orang kuat agama Umno ketika itu) pula telah mengharamkan terus perbuatan Zunar yang menjatuhkan maruah pemimpin Umno itu.

Dan yang paling keras adalah Ketua Puteri ketika itu Azalina Othman yang telah mendesak agar dibakar sahaja Pejabat HARAKAH di Jalan Pahang dan tuntutan ekstrim serta bercorak militan itu telah disambut oleh Ketua Pemuda Umno Hisahmuddin Tun Hussien yang turut menyatakan persetujuannya.

Demikianlah betapa prihatinnya keluarga Umno apabila pemimpin mereka diaib dan dipermainkan. Dan dalam hal ini kita faham sangat perasaan mereka.

Cuma yang saya mahu tekankan di sini kepada kawan-kawan dalam Umno, di saat ini, isunya lebih mendesak lagi. Pada hari ini kita berhadapan dengan akhbar negara asing yang telah menyiarkan karikatur biadap bukan menggambarkan pemimpin negara kita tetapi pemimpin agama kita iaitu Rasulullah saw.

Kalau pemimpin negara kita dulu Puteri dan Pemuda Umno tergamak menuntut agar dibakar sahaja Pejabat HARAKAH, maka dalam bab ini sepatutnya kita lebih terpangil lagi kerana Rasulullah adalah pemimpin kita di dunia dan di akhirat, pemimpin yang diberikan permit menganugerahkan syafaat ketika kita berasak-asak di Padang Mahsyar nanti, pemimpin sebenar kita yang bukan hanya manusia kasihi tetapi turut dikasihi oleh Allah swt.

Kesimpulannya tindakan akhbar Denmark itu sungguh biadap dan kurang ajar kerana menghina agama kita, suatu tindakan yang tidak boleh dipandang sepi atau dibiarkan.

Kesimpulannya ayuhlah kita bersama menunjukkan keprihatinan kita. Hari Jumaat ini umat Islam seluruh negara diajak berkumpul di Masjid Kg. Baru, berarak menuju ke Kedutaan Denmark di Wisma Denmark bagi menyatakan bantahan kita secara aman namun tegas dan tiada kompromi.

Tak perlu bakar Wisma Denmark sebagaimana Pejabat HARAKAH, kita bertindak secara jamaah melahirkan ketidakpuasan hati kita secara terbuka dalam keadaan aman. Biar dunia tahu bahawa umat Islam Malaysia juga tidak merestui tindakan biadap ini. Kemudian kita bersama melancarkan boikot terhadap barangan dan produk mereka, biar mereka beringat dilain kali.

Oleh itu dalam hal ini biarlah kita bersatu. Ketepikan sentimen politik, ketepikan pergeseran dan perbalahan. Kita nyatakan bantahan kita sebagai umat Islam yang bermaruah dan punya harga diri, ayuh, boleh?