Monday, February 06, 2006

Tidak perlu demo tidak perlu memo:
Hishamuddin

Kalau Pemuda Umno pun turut berdemonstrasi dan mengirim memorandum bantahan, nanti dikatakan mereka meniru jejak langkah Pemuda PAS pula. Lalu Ketua Pemuda Umno (yang responnya terhadap isu penghinaan terhadap Rasulullah saw melalui karikatur dalam akhbar Denmark dikira antara yang terlambat) hari ini berkata:

Kalau kita hantar memorandum jawapan dari kedutaan semestinya bahawa mereka tidak dapat menguasai akhbar mereka. Tambahan pula kita tahu penyerahan memorandum tidak akan ke mana dan keduanya kalau kita buat demontrasi ianya akan mengiyakan lagi tuduhan mereka bahawa Islam itu ganas.

Lalu Pemuda Umno mengambil langkah yang berlainan iaitu dengan cara mendesak agar dikirimkan suara bantahan. Ianya dihantar samada menerusi telefon, surat, dan e-mail ke kedutaan Denmark agar ianya dapat disampaikan kepada akhbar berkenaan.



Kata Hishamuddin:

Langkah tersebut (mengirim SUARA BANTAHAN) adalah bertujuan untuk menunjukkan kepada negara berkenaan bahawa perkara yang menyentuh sensitiviti umat Islam tidak sewajarnya dipermain-mainkan.

Eloklah tu Dato sekurang-kurangnya dengar juga orang akan suara bantahan Pemuda Umno. Walaubagaimanapun SUARA BANTAHAN serupa ini rasa saya tak ada bezanya pun dengan memorandum bantahan. Dua kali lima juga, sepatutnya kalau beginilah kaedahnya lebih baik Pemuda Umno berganding bahu sahaja dengan Pemuda PAS tempoh hari melangkah sederap melambangkan barisan Pemuda Islam Malaysia yang berani bangkit mempertahankan maruah dan nama baik agamanya menyerahkan bersama memorandum bantahan ke Wisma Denmark, itu lebih bermakna dan berkesan rasanya.

Tak perlu merusuh, tak perlu lontar batu atau bakar bendera pun. Cukup sekadar berada dalam satu barisan yang menjunjung kepentingan bersama.

Dalam hal ini Umno atau PAS tak penting. Yang penting adalah pendirian dan sikap umat Islam Malaysia. Takkanlah dalam hal sekritikal ini pun kita tak boleh bersama mengambil tindakan?

No comments: