Wednesday, February 01, 2006

Konflik di Palestin:
Hamas enggan gadaikan prinsip perjuangan

Ketika Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya menghujankan bom dan menalakan senjata beratnya kea rah bumi Afghanistan, alasan yang diberikan adalah untuk memerangi keganasan, menjatuhkan kerajaan militan Taliban dan mewujudkan demokrasi serta kerajaan pilihan rakyat.

Begitu juga di Iraq, AS dan sekutu-sekutunya bukan sekadar memerangi Saddam dan memusnahkan WMD ataupun senjata pemusnah milik Iraq (yang sehingga ke hari ini tidak dijumpai) malah mereka ke sana atas alas an mahu mewujudkan demokrasi dan menabalkan kerajaan pilihan rakyat Iraq sendiri.

Walaubagaimanapun dunia melihat, apabila HAMAS berjaya menang besar dalam pilihanraya di bumi Palestin tanpa sebarang penipuan ataupun rasuah, AS dan sekutu-sekutunya tiba-tiba menukar selera, kini dengan senjata bantuan kewangannya AS dan kerabatnya berusaha menjatuhkan pula kerajaan yang dipilih oleh rakyat melaui proses pilihnaraya yang mereka sendiri agung-agungkan.

Kini dengan sokongan Kesatuan Eropah dan Israel, AS mengancam akan menghentikan segala bentuk bantuan kewangan ke Pentadbiran Palestin kecuali:

Pertama, kerajaan HAMAS menhentikan segala bentuk perjuangan keganasan dan

Kedua, kerajaan HAMAS segera mengiktiraf kewujudan Israel dan tidak melaksanakan cita-cita untuk memusnahkan Israel.

Apakah muslihat tindakan ini selain cubaan untuk memufliskan kerajaan HAMAS yang akhirnya akan mengakibatkan kebangkitan kerajaan dan jatuhnya kerajaan tersebut.

Menurut AFP pada tahun 2005 sahaja Pentadbiran Palestin menerima USD1.1 billion bantuan asing yang merupakan 53 peratus dari keseluruhan bajetnya.


Khaled Mishal Ketua Biro Politik HAMAS

Sementara Ketua Biro Politik HAMAS, Khaled Mishal dalam satu kenyataannya kepada akhbar THE GUARDIAN UK menyebut:

The day Hamas won the Palestinian democratic elections the worlds leading democracies failed the test of democracy.

Rather than recognise the legitimacy of Hamas as a freely elected representative of the Palestinian people, seize the opportunity created by the result to support the development of good governance in Palestine and search for a means of ending the bloodshed, the US and EU threatened the Palestinian people with collective punishment for exercising their right to choose their parliamentary representatives

Dihari HAMAS memenangi Pilihnaraya Palestin diketika itulah negera-negara yang menerajui demokrasi dunia gagal dalam ujian demokrasi.

Mereka yang sepatutunya mengiktiraf hak HAMAS sebagai wakil sah rakyat Palestin, serta sepatutnya mengambil peluang keputusan tersebut dengan menyokong usaha-usaha mewujudkan kerajaan telus dan adil serta mencari usaha menghentikan pertumpahan darah, sebaliknya (AS dan Kesatuan Eropah) mereka mengugut rakyat Palestin dengan cara menghukum mereka kerana menjalankan kewajiban memilih pemimpin dengan tidak mengikut selera mereka.

Khalid menambah:

Our message to the US and EU governments is this: your attempt to force us to give up our principles or our struggle is in vain. Our people who gave thousands of martyrs, the millions of refugees who have waited for nearly 60 years to return home and our 9,000 political and war prisoners in Israeli jails have not made those sacrifices in order to settle for close to nothing.

Mesej kami kepada AS dan Kerajaan-kerajaan Kesatuan Eropah adalah: Usaha kamu untuk memaksa kami menggadaikan prinsip perjuangan kami akan menjadi sia-sia. Rakyat kami yang telah menyerahkan ribuan para syuhada, jutaan pelarian kami yang menunggu lebih 60 tahun untuk kembali ke tanahairnya dan 9,000 tahanan politik dan peperangan kami yang merengkok di penjara-penjara Israel tidak melakukan pengorbanan-pengorbanan tersebut dengan sia-sia.


Dan kata beliau lagi:

Hamas has been elected mainly because of its immovable faith in the inevitability of victory; and Hamas is immune to bribery, intimidation and blackmail. While we are keen on having friendly relations with all nations we shall not seek friendships at the expense of our legitimate rights.

HAMAS dipilih kerana ia yakin kepada kejayaan dan HAMAS bebas dari rasuah dan tidak mudah di tekan dan diugut. Memang kami berminat untuk menjalin hubungan baik dengan semua Negara namun kami tidak berhasrat mencari rakan dengan mengadaikan hak sebenar kami.

Saya yakin HAMAS yang telah melalui pergelutan politik yang begitu lama di Palestin begitu faham dan masak akan suasana disekelilingnya dan risiko yang bakal dihadapinya. Cuma sepatutnya disaat dan ketika inilah Negara-negara Islam seluruh dunia menghulurkan tangan membantu HAMAS dengan cara menghulurkan bantuan kewangan menggantikan janji-janji Barat dan Israel itu.

Menurut maklumat AFP dua Negara Islam yang merupakan penyumbang besar kepada Pentadbiran Palestin pada tahun 2005 adalah Algeria dan Arab Saudi. Algeria meyumbang USD78 juta manakala Arab Saudi USD77 juta. Namun angka ini terlalu kecil berbanding USD 414 juta yang diberikan oleh Amerika Syarikat dan USD347 yang diberikan oleh Kesatuan Eropah.

Takkanlah Negara-negara Islam khasnya mereka yang menguasai telaga-telaga minyak dunia tidak dapat membantu saudaranya yang dalam kesusahan, tambahan pula yang sedang berada di Bumi Anbiya Palestin?

Dalam hal ini Khalid turut berkata:

Our message to the Muslim and Arab nations is this: you have a responsibility to stand by your Palestinian brothers and sisters whose sacrifices are made on behalf of all of you. Our people in Palestine should not need to wait for any aid from countries that attach humiliating conditions to every dollar or euro they pay despite their historical and moral responsibility for our plight.

We expect you to step in and compensate the Palestinian people for any loss of aid and we demand you lift all restrictions on civil society institutions that wish to fundraise for the Palestinian cause.

Mesej kami kepada Negara-negara Islam dan Dunia Arab adalah: Kamu semua mempunyai tanggungjawab untuk berdiri dibelakang saudara-saudara kamu rakyat Palestin yang telah membuat pengorbanan besar bagi pihak kamu semua. Rakyat kami di Palestin sepatutnya tidak perlu menunggu bantuan dari Negara-negara yang mengenakan syarat-syarat yang tidak bermaruah ke atas setiap dolar dan euro yang mereka janjikan walaupun menurut rekod mereka telah pun membuat perjanjian itu terlebih dahulu.

Kami mengharapkan kamu semua masuk campur dan membantu rakyat Palestin di atas sebarang kesulitan ini dan menarik baliks segala larangan terhadap mana-mana badan atau institusi yang berhasrat menyumbang kea rah perjuangan Palestin ini.

Saya dan saya percaya semua kita kagum dengan semangat dan pegorbanan rakyat Palestin serta kesungguhan mereka walaupun berhadapan dengan suasana yang genting ini. Sempena Tahun Baru Hijrah ini rakyat Malaysia sepatutnya menyahut seruan ini dan mengadakan kutipan kilat bagi membantu sahabat-sahabat, saudara-saudara kita itu.

Bantuan yang kita berikan mungkin tidak sebesar mana kalau mahu dibangdingkan dengan angka-angka di atas namun yang pentingnya adalah kesedaran dan keikhlasan kita. Ayuh sahutlah cabaran ini wahai NGO-NGO dan badan-badan yang berkaitan.

No comments: