Thursday, February 02, 2006

Islam dihina atas nama kebebasan akhbar

Pada mulanya ramai menyangkakan isu ini telah tamat. Perdana Menteri Denmark telah pun memohon maaf dan demikian juga akhbar yang berkenaan. Rupanya tidak, perkembangan terbaru di Eropah menunjukkan ianya semakin hangat dan memuncak.

Isu kontroversi ini tercetus apabila akhbar Denmark JYLLANDS POSTEN memaparkan siri-siri kartun yang menggambarkan karikatur Nabi Muhammad saw sebagai seorang pengganas dan tidak bermoral.

Kartun-kartun BIADAP yang dimaksudkan

Bagi umat Islam tindakan mengambarkan wajah Nabi Muhammad sudah dikira suatu penghinaan inikan pula menggambarkan Baginda dalam bentuk karikatur sebagai bahan jenaka yang melampau.

Hasil dari terbitnya kartun biadap itu beberapa Negara Islam terus mengambil tindakan serta-merta. Antaranya Arab Saudi (telah memanggil pulang dutanya), Libya (menutup kedutaannya di Copenhagen) , Qatar dan Sudan serta diikuti oleh saudara-saudara kita di Palestin.

Umat Islam dibeberapa Negara serta-merta memulaukan barangan keluaran Denmark yang biasanya terdiri dari produk tenusu.


Sebuah akhbar Jerman yang memberi simpati

Rupanya apabila Denmark kelihatan kendur, Negara-negara Eropah lain pula memberikan simpati dengan cara mengeluarkan kartun yang sama di akhbar-akhbar mereka. Menurut BBC sehingga kini tujuh akhbar di Perancis, Jerman, Belanda, Itali dan Sepanyol telah mengeluarkan kartun yang sama atas alasan memberikan sokongan moral kepada JYLLANDS POSTEN.

Sebuah akhbar Perancis France Soir daily disamping menerbitkan kartun biadap itu telah memberikan ulasan:

Because no religious dogma can impose its view on a democratic and secular society

Tidak ada mana-mana fahaman agma yang boleh memaksa pandangannya ke atas sebuah masyarakat demokratik dan secular

Walaubagaimanapun menurut laporan pemilik France Soir telah memecat Ketua Pengarangnya dan memohon maaf kepada masyarakat Islam di atas keterlanjuran akhbar beliau.

Turut dilaporkan oleh al JAZEERA bahawa badan NGO yang mewakili industri akhbar dunia REPORTERS WITHOUT BORDERS (RSF) telah menyokong tindakan akhbar-akhbar Eropah itu atas alasan kebebasan akhbar.

Menurut Setiausaha Agungnya Robert Menard:

All the countries in Europe should be behind the Danes and the Danish authorities to defend the principle that a newspaper can writes what it wishes to even if it offends people.

Semua Negara di Eropah sepatutnya berdiri di belakang rakyat Denmark dan kerajaannya bagi mempertahnakan prinsip bahawa setiap akhbar berhak menulis apa sahaja yang ia kehendaki walaupun menyinggung mana-mana pihak.

Menurut al JAZEERA lagi polis Denmark sedang bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan demonstrasi dan protes dari kalangan kumpulan pemuda berhaluan kanan Negara itu yang dikatakan sedang bercadang berarak sambil membakar naskah-naskah al Quran bagi menunjukkan simpati mereka terhadap akhbar JYLLANDS POSTEN.

Demikianlah biadapnya Negara-negara Barat terhadap agama dan kepercayaan kita. Ini semua berpunca apabila Negara-negara Islam sendiri mula memeluk secara membuta-tuli nilai dan kebudayaan Barat tanpa menapis dan menyaring kesesuaiannya menurut ajaran agama.

Apabila Barat mula mengecap apa sahaja yang berbau Islam dari madrasah ke gerakan pelajar ke NGO sehinggalah ke IPT sebagai memiliki unsur keganasan, maka Negara-negara umat Islam taat dan patuh membuta tuli tanpa usul periksa. Kini ketaatan yang tidak bermaruah itu telah mengakibatkan Barat berani memperlakukan apa sahaja terhadap Islam termasuklah mempersendakan ajarannya kerana ia tahu nasib umat Islam kini berada di bawah tapak kasut mereka.

Mudah-mudahan persitiwa ini membuka mata hati umat Islam dan menyedarkan mereka dari tidur yang terlalu lena. Saya difahamkan hari Jumaat ini suatu demonstrasi akan diadakan di Kedutaan Denmark di Kuala Lumpur bagi menyerahkan memorandum bantahan terhadap tindakan biadap akhbar Negara mereka itu.

Takkanlah YB Salahuddin Ayub dan Pemuda PAS sahaja yang prihatin, yang lain bagaimana? Sepatutnya Pemuda Umno dan seluruh NGO Islam dan lain-lain yang berkenaan turut menyatakan bantahan masing-masing.

No comments: