Wednesday, February 01, 2006

Kedukaan yang bakal melanda di Tahun Baru

Belum pun reda rakyat di Selangor khasnya mereka yang berada di kawasan-kawasan PBT ataupun pihak berkuasa tempatan mengeluh darihal kenaikkan mendadak cukai pintu di kawasan masing-masing kini mereka bakal ditimpa satu lagi beban besar yang baru.

Dalam pada rakyat Malaysia girang menyambut Tahun Baru Cina dan Tahun Baru Hijrah rupa-rupanya mereka bakal menerima satu lagi hadiah yang bakal membakar lobang dalam kocek masing-masing. Akhbar THE STAR hari ini menonjolkan tajuk besar di muka depan akhbarnya:

BRACE FOR PETROL HIKE
Bersedialah untuk kenaikkan harga minyak

Kali terakhir kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol adalah pada 31 Julai tahun lalu dimana harga petrol telah naik sebanyak 10 sen iaitu kenaikan ketiga berturut-turut pada tahun itu untuk bahan bakar. Ketika itu alasan yang diberikan adalah kenaikkan harga minyak dunia. Dan ketika itu juga kerajaan mengumumkan bahawa harga minyak tidak akan naik lagi untuk tahun 2005.



Itu tahun 2005 dan kini kita berada dalam tahun 2006. Harga minyak mintah dunia telah melonjak dari USD40.26 setong pada 3 Januari 2005 ke USD 68.35 setong pada 30 Januari baru-baru ini iaitu keniakkan 70 peratus ataupun USD28.09.

Kenaikkan harga minyak kali ini dikaitkan dengan meningkatkannya penggunaan bahan bakar tersebut di Negara-negara utara Amerika dan Eropah oleh kerana cuaca musim sejuk yang buruk. Disamping itu isu nuklear di Iran dan keadaan tidak menentu di Timur Tengah serta kekacauan di Nigeria (Negara penegluar minyak) turut menyumbang kea rah kenaikkan ini.

Bila harga minyak tempatan ajan naik? Jawapannya belum tentu namun ianya seakan tidak dapat dielakkan lagi!

Maka kali ini bersdialah kita dengan gelombang kedua kenaikkan harga barang-barang pengguna hasil kenaikkan harga minyak ini. Inflasi dijangka terus meningkat dan kuasa membeli rakyat jelata akan semakin menguncup.

Persoalan paling popular nanti sudah pastilah: Macam mana mungkin kita sebagai Negara yang menghasilkan minyak tetapi bila harga dunia naik kita turut menaikkan harga minyak tempatan yang menjejaskan kehidupan rakyat jelata. Sepatutnya makin untung makin makmur?

Sementara itu menurut satu sumber harga gas cecair petroleum ataupun LPG yang popular digunakan oleh teksi-teksi di Lembah Kelang dijangka akan naik juga setelah kenaikkan tahun lalu dibatalkan dalam kehangatan kempen Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir.

Gong Xi Fa Cai dan Selamat Tahun Baru Hijrah.

No comments: