Pilihanraya umum ke 13 suka tak suka akan tiba. Tempuhnya
semakin hampir tak syak lagi. Ini bukan masanya untuk terus membuat ramalan,
ini masanya untuk memastikan jentera masing-masing telah beroperasi sepenuhnya.
Injin sudah panas dan tidak tersengguk-sengguk.
Kurangkan bercakap banyakkan bekerja. Teringat saya bekas
pemimpin ITM dizaman saya Allahyarham Prof Madya Pak Nik Abd Rashind pernah
berkata: Allah swt jadikan kita manusia dengan satu mulut tetapi dua tangan,
oleh itu kurangkan bercakap lebihkan bekerja.
Disaat ini jentera perlu licin dan dalam waktu yang sama
dipupuk dengan kekuatan rohani disamping motivasi untuk mengekalkan kecekalan
jiwa.
Bagi PAS yang ditubuhkan lebih 60 tahun lalu sudah pasti
banyak pengalaman yang telah ditimba dan diceduknya. Berkemungkinan tenaga baru
dan anak-anak mudanya hari ini tidak melalui apa yang telah dilalui golongan
para pengasas parti. Oleh itu ada baiknya mereka didedahkan darihal sejarah
yang lampau.
Sesungguhnya pencapaian yang dikecapi pada hari ini bukan
berdiri atas kehebatan mana-mana individu tetapi atas restu Allah dan doa serta
pengorbanan mereka yang terdahulu. Orang PAS yang yakin pada perjuangan Islam,
jangan sekali lupa-lupa pada hakikat ini.
Allahyarham Khatijah Sidek menulis dalam memoirnya: Memoir
Khatijah Sidek – Puteri Kesatria Bangsa:
“Kami di dalam PAS tidak menduga akan dapat memenangi
Kelantan dan Terengganu pada tahun 1959 itu sungguhpun kedua-dua negeri itu
kuat dari segi agama. Kerajaan Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman memang
sangat kuat dan mereka menggunakan banyak wang sumbangan tauke besar Cina untuk
menentang kami (PAS) sebuah parti orang Melayu yang daif. Kami hanya bersandar
pada orang kampong yang miskin yang untuk menyewa sebuah mikrofon pun mereka
tak mampu.”
Demikian dugaan dan cabaran serta kesusahan yang ditempuh
oleh mereka yang terdahulu.
Almarhum Hj Mohd Amin Yaakub dalam bukunya :Sejarah
pemerintahan PAS Kelantan 1959-1990 menulis:
“Pada peringkat awal perkembangan pengaruh PAS d Kota Bharu,
petugas-petugas PAS terpaksa memasuki kampong-kampung dengan berjalan kaki dan
berbasikal kerana kebanyakkan petugasnya terdiri daripada golongan miskin dan
golongan sederhana.”
John Funston : Malay politics in Malaysia menulis:
“(terjemahan) Sokongan terhadap parti ini (PAS)t idaklah
menyeluruh, kalau pun ada hanyalah sekitar mereka yang kuat berpegang teguh
kepada penafsiran konservatif Islam, kakitangan jabatan-jabatan agama dan
ulamak-ulamak kampong”.
Lantas jadilah petugas-petugas yang komited dan bertaqwa.
Calon-calon pun nanti biar begitu. Lebih-lebih lagi pemimpin yang mewarisi
kepimpinan hari ini.
Ketika susah pada awal kemerdekaan dahulu, tanpa wang tanpa
kekuatan ahli dan jentera, namun PAS terbit menawan 2 buah negeri (ketika itu
ada Ccma 11 negeri dalam Malaya). Kemenangan itu lantaran aset terbesarnya
iaitu keikhlasan para pemimpin dan kebergantungan teguh kepada Allah swt.
Pemimpin-pemimpin seumpama Almarhum Dr Burhanuddin al Helmi (KEAHLIAN 1956),
Almarhum Prof Zulkifli Mohammad (KEAHLIAN 1956), Almarhum Tuan Guru Hj Ahmad
Tuan Husain (keahlian 1951), Almarhum Tuan Guru Hj Yahya Junid (1952), Allahyarmah
Hj Hasan Adli (1951), Hamidon Husain (1958) (Allahyarham Hj Hamidon adalah
datuk saudara penulis).
Semoga PRU ke 13 ini terus begitu.
No comments:
Post a Comment