Thursday, April 04, 2013

Jangan terlalu "big headed" (4/4/13)


Kalau dalam filem The Godfather, permulaannya terdapat satu dialog yang diucapkan oleh seorang warga AS berasal dari Itali: “….I love America…” Begitu juga saya dan ramai pengujung blog ini, “We love PR”, walaubagaimanapun terkadang apa yang terbenam dilubuk hati ini perlu juga dikeluarkan agar sekurang-kurangnya didengar.
Saya perhatikan berdasarkan trend semasa, pengundi Cina dijangka mempertingkatkan lagi sokongan mereka terhadap PR berbanding PRU ke 12 lalu. Ada yang menjangkakan lonjakkan mencecah 85-90% kali ini. Ini bermakna DAP, rakan kongsi PR akan meraih kemenangan besar. Di Selangor contohnya DAP bertanding 15 kerusi dan menang 13. Kali ini mereka dijangka sapu bersih 15, begitu juga di Negeri Sembilan.

Berkemungkinan pengundi Cina kali ini telah selesa dengan PR dan yakin secara muktamad bahawa PR adalah alternatif terbaik buat BN.
Lantaran itu PKR dan PAS juga dijangka meraih kekuatan dari “swing” besar pengundi Cina ini khasnya di kawasan-kawasan separa bandar (semi urban) dan bandar. Kerusi contohnya di Parlimen Gombak dan Ampang boleh dikira selesa buat PKR dan PAS di Selangor.

Namun demikian, PKR dan PAS, khasnya PAS masih perlukan sokongan pengundi Melayu, yang merupakan blok terbesar pengundi di kawasan-kawasan yang mereka tandingi. Jika sekadar pengundi Cina sahaja yang “swing” ke arah PR manakala yang Melayu kembali ke BN, PAS khasnya akan kalah besar.
Tetapi saya tidaklah berhasrat mengulas isu itu di sini. Dalam posting ini saya mahu membangkitkan ulasan-ulasan yang diberikan di internet dalam portal-portal berita dan laman web politik oleh pengundi-pengundi Cina.

Contohnya:
FailedxPM - Pas needs to ONLY appoint professionals to Hold the top post esp. MB. This guy is out of touch with the real world. He don't know how to appease All the people in the state and create his own issues to isolate certain races. He still have a very narrow mind and not capable to govern a state.

Duriandad - He's 73, too old!
Drjflee - PAS, please learn from this. We non Muslims will support you any day...only if you are moderate. Stop being fanatical. You are on the cusp of a stunning victory. Don't screw everyone up. You lose here, you will lose it all over.

Mereka mengulas darihal kajian terbaru Merdeka Centre yang menyebut berkemungkinan PR akan tewas di Kedah.
Semua pihak punya hak untuk mengulas tetapi terkadang ulasan itu membayangkan yang satu pihak terlalu “big headed” (maaf) berkepala besar, seolah mereka sahaja yang boleh menentukan kemenangan. Sifat sebeginilah yang perlu dielakkan, takut-takut ianya mengguris perasaan pengundi sebelah pihak yang lain yang dalam hal ini lebih besar kelompoknya.

Sedarlah bahawa PR hanya akan menang hasil dari sokongan semua kaum, Melayu, Cina, India dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Tidak ada satu kaum sahaja yang boleh menentukan kemenangan ianya perlukan sumbangan semua.
Oleh itu diperingkat ini apa yang perlu adalah kebijaksanaan semua pihak. Mengulas, mengkritik, menegur memang mudah, tetapi awas, diperingkat ini kalau ia tidak dilakukan dengan berhati-hati, tambahan terlalu “big headed” pula, akhirnya sokongan akan hilang dan kita sekadar menang sorak sahaja.

PAS khasnya punya banyak pengalaman tentang ini. Diharapkan semua pihak berhati-hati.
Mahu menang, kita perlu menangi hati semua pihak, bukannya menyakiti. Menerang bukan menyerang.

 

 

No comments: