Semalam posting saya bertajuk “Calon-calon BN Umno sekali
imbas” meramalkan yang PR akan kekal berkuasa di Negeri Selangor PRU ke 13 ini.
Hari ini dilaporkan pula 5 calon BN Selangor termasuk seorang dari Umno
dikesean memiliki ijazah “beli”! http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/five-bn-selangor-candidates-alleged-to-have-fake-degrees/

Daripada 13 kerusi yang ia menang majoriti paling besar
adalah 15,355 undi di N36 Damansara Utama (82.9% Cina), N31 Subang Jaya 13, 851
(56.4% Cina) dan N22 Teratai 8,085 (55.3% Cina). Kemenangan paling kecilnya di
N4 Sekinchan apabila calon Ng Sue Lim berjaya mempertahankan kerusinya itu
dengan majority 190 undi (56.1% Cina).
Menggunakan formula “Gelang Patah” dimana DAP yakin Lim Kit
Siang boleh menang kerusi berkenaan dengan majoriti tipis memperolehi 80% undi
Cina, 40% India dan 15 % Melayu di kawasan yang pengundi Cina nya 54% saya
optimis DAP Selangor kali ini akan menang di semua kerusi yang
diperatndingkannya iaitu mengalahkan BN 15-0.
Satu faktor kritikal di Selangor adalah kehadiran pengundi-pengundi
India yang agak besar dan rata-rata condong kepada pembangakang PRU12 lalu.
Sekiranya DAP mampu memungut 80% undi Cina (ada jangkaan
mengatakan di Selangor angkanya kini mencecah 90%!) di semua 15 kerusi yang
ditandinginya di Selangor, 40% India (turun dari lebih 50% dahulu) dan 15%
Melayu (angka yang konservatif dari Gelang Patah, di Selangor saya melihat
pengundi Melayu tidak “phobic” untuk memangkah “roket”) tidak mustahil
kemenangan 15-0 itu akan dapat dicapai.
Tinggal lagi PKR dan PAS sahaja membuktikan kekuatan mereka.
No comments:
Post a Comment