Khalid bukan lagi MB Selangor lepas ini? (11/4/13)

Thursday, April 11, 2013


Berita terkini NST online melaporkan bahawa MB Selangor Tan Sri Abd Khalid Ibrahim berkemungkinan akan hanya mempertahankan kerusi Parlimen P124 Bandar Tun Razak nya yang beliau menangi pada PRU ke 12 lalu dengan majoriti 2515 undi mengalahkan calon BN dari MCA Tan Chai Ho.
Ini bermakna beliau akan melepaskan kerusi DUN N11 Ijok yang juga beliau menangi pada PRU lalu dengan majoriti 1920 mengalahkan calon BN dari Umno.

Dengan itu sekiranya Pakatan memenangi Selangor sekali lagi, Selangor akan melihat seorang MB baru kerana  Khalid tiada lagi kerusi DUN. Memang selain Khalid Pakatan punya ramai calon yang berpotensi menjadi MB antaranya Azmin Ali, namun demikian saya merasakan salah satu faktor kecenderongan rakyat terhadap PR di Selangor adalah lantaran kewibawaan dan ketokohan Khalid selaku MB berbanding MB-MB Umno sebelum ini.
PKR mungkin punya alasan mengapa berlaku perubahan ini. Tetapi alangklah baiknya jika ia berlaku selepas PRU kerana faktor yang saya sebutkan di atas tadi.

Apa pun jika itu keputusan muktamad, diharapkan Khalid akan turut membantu jentera Pakatan Selangor kerana rakyat Selangor rata-rata menghargai dan mengkagumi jasa beliau.

0 comments: