Baru-baru ini seorang rakan PR melahirkan kepada saya akan
kebimbangan beliau terhadap penipuan yang dijangka berlaku pada hari mengundi 5
Mei nanti. Menurut beliau ada maklumat mengatakan aka nada usaha untuk
mengalahkan PR disaat-saat akhir khasnya pada hari mengundi. Saya tidaklah
berhasrat menghuraikan di sini apa yang telah kawan saya itu nyatakan. Cuma
jika kita bersungguh mahu melihat PR menang maka wajarlah kita sentiasa bersiap
siaga.
Seringkali kita lupa bahawa sesungguhnya “peperangan” yang
paling besar bukannya pada hari penamaan calon atau tempoh berkempen, tetapi
yang paling memerlukan perhatian dan komitmen adalah pada hari mengundi, itulah
hari “peperangan” terbesar.
Kita sering menghabiskan “peluru” semasa penamaan calon dan
tempoh berkempen, apabila tiba hari mengundi kita letih dan berserah begitu
sahaja, disitulah kita sering silap.
Salah satu kelemahan dan kesilapan kita adalah
mendisiplinkan “wakil” kita di bilik mengundi. Senarai wakil-wakil ini
sepatutnya telah lengkap pada hari ini. Mereka bukan sekadar wajar diberi
latihan dan motivasi tetapi yang paling kritikal pastikan mereka hadir bertugas
tepat pada waktu, bertugas dengan penuh cermat dan teliti dan tidak meninggalkan
“Bukit Uhud” (bilik mengundi) sehinggalah selesai bertugas.
Dari pengalaman saya pernah lihat dalam satu bilik mengundi
pada PRU 1990 dulu, dimana wakil BN tanpa segan silu “berkempen” dalam bilik
mengundi! Ya kerana beliau yang dilantik itu kira saya yang paling “gedebe” di kampong
berkenaan maka tanpa segan silu beliau bersuara: :Pangkah dacing ya…..”.
Malangnya oleh kerana wakil kita barangkali tidak cukup terlatih atau entah
apa, beliau menikus tidak langsung menegur atau membuat aduan pada Ketua
Temopat Mengundi SPR.
Juga saya ada pengalaman dimana pada hari mengundi,
wakil-wakil yang sepatutnya bertugas tiba-tiba tidak hadir atas pelbagai alasan
yang tidak masuk akal. Akibatnya ada bilik mengundi yang tiada wakil langsung!
Lantaran itu pastikanlah, “tentera” kita yang menjadi “polling
agent” dan “counting agent” pada hari mengundi itu nanti adalah terdiri dari kalangan
“tentera” kita yang paling terbilang dan terlatih. Jika tidak bersedialah untuk
menghadapi kekalahan.
Sia-sia tenaga dan wang ringgit yang kita belanjakan untuk
memenangkan calon-calon kita tetapi pada hari mengundi, wakil-wakil yang kita
tugaskan samada tidak tahu menjalankan tugas, cuai dan lebih malang lagi
langsung tidak hadir!
Semoga jentera kita prihatin tentang perkara ini dan jangan
kita tewas pada hari “peperangan” besar.
Kalau benar wakil-wakil kita berkebolehan dan bertugas
dengan penuh dedikasi pada hari mengundi, datang tepat pada waktu dan
bersengkang mata serta beri tumpuan, tiada ruang bagi pihak musuh melakukan
penipuan atau cuba-cuba untuk menang secara tidak demokratik.
No comments:
Post a Comment