“Sayangi Selangor yakini BN” itulah cogankata BN kononnya
untuk menawan Selangor dalam PRU ke 13 ini.
Bagi saya cogankata ini lebih akan memerangkap BN dari
membantunya kalau diteliti sungguh-sungguh. Saya kira pada PRU ke 12 tahun 2008
lalu rakyat Selangor rata-rata telah menzahirkan “sayang” mereka kepada
Selangor. Bagi mereka Selangor selama ini, lebih tepat lagi 11 penggal telah
memberi keyakinan kepada BN. Malah dalam PRU 2004 parti pembangkang sekadar
tinggal 2 kerusi iaitu melalui wakil DAP, Teng Chang Khim dan Ng Suee Lim,
kerana rakyat meletakkan keyakinan mereka kepada BN.
11 penggal keyakinan diberikan, BN Selangor terus menerus
menodai keyakinan itu. Terakhir dizaman Khir Toyo, lantaran terlalu selesa, keyakinan
rakyat itu seolah menjadi “lesen” bagi BN untuk bermaharajalela. Penyalahgunaan
kuasa dan rasuah berlaku terang-terangan. Suara rakyat tidak dihormati, nafsu
politik menjadi perkiraan para pemimpin.
Ada yang membina “istana” di kawasan perumahan rakyat
miskin, ada yang melanggar peraturan dan undang-undang semata-mata untuk
mengaut harta, rumah rakyat dirobohkan kerana pemaju didahulukan, terakhir
malah surau dan termasuk kuil Hindu dirobohkan tanpa pertimbangan. Masjid dan
surau dikuasai orang politik, tapak-tapak gerai dan pasar malam pun begitu.
Maka kerana sayangkan Selangor, pada PRU ke 12 setelah 11
penggal “tertipu” rakyat Selangor bangkit menolak BN dan menyokong PAS, PKR dan
DAP. Maka terbentuklah kerajaan Pakatan Rakyat dan tumbanglah BN kerana rakyat
sayangkan Selangor.
Jadi setelah membuat perubahan mahukah rakyat Selangor
khasnya kembali yakin kepada BN?
Kalau rakyat Kelantan sejak 1990 iaitu 23 tahun dahulu telah
meng”kubur”kan BN, sampai hari ni tak bangkit-bangkit lagi, tak mustahil di
Selangor kerana benar-benar sayangkan Selangor, rakyat juga akan menamatkan
riwayat BN tiada akan kembali lagi berkuasa.
“Sayangi Selangor tolaklah BN”
2 comments:
Tak perlu risau, semua tanggung jawap telah dijalankan,semua janji telah ditunaikan tak ada sebab rakyat nak patah blk ke BN
"sayangi selangor yakini PR"...."Sayangi Malaysia yakini PR"
Post a Comment