Saya menghromati Dato Dr Hasan Ali, malah dalam PAS dahulu
saya berkhidmat di bawah beliau yang saya anggap sebagai “bapa” saya sendiri.
Banyak yang telah saya timba ilmu dan pengalaman dari beliau. Namun apabila
beliau mengambil keputusan meninggalkan PAS (tanpa mahu merayu kepada Majlis
Syura PAS setelah dipecat), saya turut memutuskan hubungan fahaman dengan
beliau. Saya masih menghormati beliau namun tidak lagi berkongsi fahaman dan ideologi.
Beliau menubuhkan sebuah NGO yang dikenali JATI atau Jalur Tiga yang mahu memperjuang dan mempertahankan Islam, Raja-raja Melayu dan orang-orang Melayu.
![]() |
| Hasan, Juanda, Muhyiddin dan Tan Kok Eng |
Beliau menubuhkan sebuah NGO yang dikenali JATI atau Jalur Tiga yang mahu memperjuang dan mempertahankan Islam, Raja-raja Melayu dan orang-orang Melayu.
Itu hak beliau.
Setelah keluar dari PAS beliau juga punya hak untuk kritik
dan menyerang PAS kerana beliau bukan lagi ahli dan tidak lagi terikat dengan
disiplin parti.
Beliau telah menjelajah segenap pelusuk tanahair,
mendedahkan kelemahan PAS, mendedahkan keburukan DAP dan PKR dan mendesak agar
orang Melayu kembali kepada Islam dan perjuangan bangsa. Itu pun hak beliau.
Namun dalam PRU ini apabila beliau lebih cenderung kepada BN
bermakna beliau bukan lagi “non partisan” tetapi beliau menzahirkan
kecenderungan ideologi kepartian beliau kini iaitu pro BN.
Itupun hak beliau.
Cuma baru-baru ini apabila beliau berceramah atas tajuk “Selamatkan
Aqidah umat Islam” di Bandar Tun Razak, tetapi dalam waktu yang sama hadir
bersama Timbalan Pengerusi BN Muhyiddin Yassin dalam kempen BN untuk calon
Parlimen Bandar Tun Razak, saya rasa beliau telah mendedahkan gagalnya beliau
istiqomah dalam perjuangan “JATI” nya itu.
Parlimen Bandar Tun Razak menyaksikan calon PR dari PKR
iaitu Tan Sri Abd Khaliid Ibrahim “anak jati Melayu Bugis” (sebagaimana Dato
Hasan dan saya) bertanding mempertahankan kerusinya yang mempunyai 52.5%
pengundi Melayu. Dato Hasan hadir berkempen bersama Timbalan Presiden Umno
untuk calon BN-MCA Tan Kok Eng!
Tidakkah beliau berada di majlis yang salah ?!?
No comments:
Post a Comment