Dalam akhbar The Star hari ini, Presiden atau Yang Dipertua
Senat Tan Sri Abu Zahar Ujang dipetik sebagai berkata bahawa kesemua Senator
atau Ahli Dewan Negara yang ingin bertanding dalam PRU ke 13 nanti diingatkan
agar melepaskan jawatan Senator masing-masing terlebih dahulu.
Sebelum ini tiada pun penekanan dibuat tentang perkara ini,
memang dalam Perlembagaan Persekutuan pun tiada disebut perkara ini.Selepas PRU ke 13 ini Parlimen sepatutnya menggubal perkara seumpama ini supaya pentafsirannya lebih jelas dan ketelusan pentadbiran Negara lebih terjamin. Ini termasuklah menggubal peruntukkan mengenai “caretaker government” juga.
Dalam pada itu saya memikirkan sepatutnya bukan hanya
Senator yang sepatutnya melepaskan jawatan mereka, begitu juga EXCO, Menteri,
PM dan MB apabila mahu mengemukakan kertas pencalonan nanti.
Saya pernah berpengalaman berada di satu pusat penamaan
calon dalam PRU dimana calon BN ketika itu yang sebelum parlimen dibubarkan
adalah Menteri, meletakkan jawatannya di atas kertas pencalonan sebagai Menteri
juga. Ada pihak yang membuat protes tetapi bantahan ditolak oleh SPR.
Kalau bagi Senator pun tidak cocok, apa lagi yang lain.
Kerana itulah “caretaker government” ini sepatutnya tidak
lagi terdiri dari PM, MB, KM, Menteri-menteri dan EXCO yang ada tetapi dilantik
orang luar sebagaimana posting saya seblum ini.
Apa pun kita bikinlah penambah-baikan itu selepas PRU ke 13
nanti insyallah.
No comments:
Post a Comment