Dalam kita bertungkus-lumus bekerja bagi memenangkan PAS dan
PR menjelang PRU ke 13 ini saya mahu mengajak para pengunjung blog ini untuk
merenung sejenak betapa besarnya pengorbanan dan jasa para pejuang PAS terawal
dalam meniti arus perjuangan bagi mendaulatkan Islam di tanahair kita.
Sebagaimana kita ketahui pada 27 Julai tahun 1955 menjelang
kemerdekaan tanahair, pihak pentadbiran British Malaya telah menganjurkan Pilihanraya
Persekutuan yang pertama bagi merebut 52 kerusi Perundangan Persekutuan bagi
seluruh Malaya.
ALMARHUM TUAN GURU HJ AHMAD TUAN HUSIN |
Dari 1,027,211 pengundi yang keluar mengundi PAS meraih
40,667 undi atau 3.9 peratus.
Yang lebih hebatnya tahukah anda berapa perbelanjaan kempen
yang ditanggung PAS ketika itu? Subhanallah….. menurut Dr Ismail Said di dalam
bukunya: “Menegak agama membela bangsa – Perjuangan PAS 1951-1970” dalam PRU
itu bagi seluruh Malaya PAS menerima derma sebanyak $586.00 sedangkan
perbelanjaan ibupejabat PAS adalah sebanyak $1,661.00. Ini bermakna selepas PRU
PAS masih berhutang sebanyak $1,076!
Dan tahukah anda bagaimanakah Tuan Guru Hj Ahmad berjaya
mengalahkan calon Perikatan Umno Sulaiman Palestin? Menurut penulis yang sama aset
Almarhum Tuan Guru adalah:
“…keadaan dan sikap beliau yang sederhana, tawadduk. Yang menarik
dikatakan beliau tidak pernah meminta dirinya diundi sepanjang kempen PRU
kecuali menerangkan tujuan PAS menyertai pilihanraya iaitu hendak menyuarakan
keinginan bangsa Melayu yang mahukan kemerdekaan berlunaskan Islam…”
Semoga kita yang ada pada hari ini yang menggalas dan
mewarisi perjuangan mereka yang terdahulu akan turut juga mempunyai kualiti dan
keperibadian mereka terdahulu.
(YA ALLAH CUCURI RAHMAT KE ATAS ROH ALMARHUM TUAN GURU HJ AHMAD TUAN HUSSIN)
No comments:
Post a Comment