Semua telah mengikutinya. Tidak perlu lagi meramal, membuat
spekulasi dan tekaan. Hari penamaan calon Sabtu 20 April dan Hari Mengundi Ahad
5 Mei bagi Pilihanraya Umum ke 13.
Mulai hari ini masing-masing parti pasti mengemukakan
senarai penuh calon masing-masing untuk pengetahuan rakyat khasnya para
pengundi di kawasan masing-masing. Sehingga kini pun masing-masing parti telah
pun mula memperkenalkan beberapa calon yang bakal bertanding dengan yang paling
panas setakat ini adalah bagi kerusi Parlimen Gelang Patah, Johor dimana
penasihat DAP, Lim Kit Siang dijangka bertempur dengan MB Johor (caretaker)
Ghani Othman.
Pasti ada lagi beberapa kerusi panas yang akan menarik
perhatian ramai apabila nama-nama calon mula masuk selepas ini.
Apa pun kita raikanlah Pilihnaraya Umum ke 13 buat Malaysia
merdeka ini dengan baik. Semoga ia berjalan dengan aman dan lancar dan lebih
penting lagi calon-calon yang terbaik antara yang baik-baik naik dan
dimenangkan oleh rakyat insyallah.
Saya sendiri tidak sabar untuk mengundi di kawasan yang saya
didaftarkan, selamat mengundi semua 13 268 002 rakyat Malaysia, pengundi berdaftar.
2 comments:
Hari Ahad, Terengganu, Kelantan dan Kedah kerja. Sekolah pun buka. Tak tahulah kalau dia orang boleh diberi cuti.
jangan lupa pilihlah kepimpinan yang diperintahkan oleh Allah
Post a Comment