“Gutter politics” atau politik kotor yang menjijikkan dan
tidak mencerminkan keawarasan serta “fair play” memang menjadi amalan dalam
demokrasi walaupun ianya tidaklah dianggap sesuatu yang bermoral. Ia wujud di
Malaysia sejak Negara ini menagamalkan sistem berpilihanraya nun sejak 1955
lagi. Cuma sejak kebelakangan ini dengan perkembangan teknologi maklumat serta
kecanggihan ICT politik jenis ini semakin menjadi-jadi sehingga memualkan.
Datuk Seri Anwar antara tokoh yang paling acap dipalitkan
dengan politik ini namun Alhamdulillah sehingga ini beliau berjaya tepis dan
mengatasinya. Malah ke atas beliau sebarang usaha yang sama kini dikira
bagaikan pepatah Inggeris “to cry wolf”, menjadi senjata memakan tuan kerana
kerap sangat terbukti palsu.
Namun pihak musuh akan tetap menggunakan politik jenis ini
kerana ia selalunya berjaya memberi kesan sehingga ke akar umbi dan jika tidak
segera ditangani boleh merencatkan seluruh jentera parti.
Gus Dur di Indonesia pun pernah menjadi mangsa “gutter
politics” dan politik jahanam ini terus mensasar siapa sahaja yang mudah
ditumbangkan.
Jika sebelum ini PKR sering menjadi sasaran terbaru
nampaknya PAS pula diberi tumpuan. Video klip membabitkan pemimpin kanan PAS
yang saya kenali rapat dilaporkan tersebar sejak malam tadi dan hari ini
menjadi topik bualan hangat. Saya memerhatikan malah laman-laman web yang pro
PAS pun mula menerima komen yang panas dari para penyokong. Mungkin lantaran
PAS ini adalah sebuah jamaah Islam, dan disiplin Islam ketat mengikat para
ahlinya.
Saya kagum dengan ulasan seorang sahabat “ahmadhadeed” dalam
laman web Tranungkite di http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=5311
Beliau menggariskan 3 cadangan yang perlu diambil bagi
menanggani kes terbaru ini dan saya sendiri bersetuju sangat.
PAS perlu bertanggungjawab pertamanya kepada para ahli dan
penyokongnya selain seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia. Pemimpin dan
individu tidak penting yang penting adalah matlamat dan dasar perjuangan yang
sentiasa perlu dibela dan dipertahankan.
Semoga di hari Jumaat ini Presiden dan pimpinan kanan PAS
ditunjukkan segera jalan oleh Allah swt bagi keluar dari kemelut yang rumit dan
menggusarkan ini.
1 comment:
PAS sekarang mengalamai sindrom penafian melampau. Para penyokong pula bermatian menggunakan apa saja teori (kadang2 tak masuk akal) utk menidakkan perkara tersebut.
Ini adalah beban untuk parti. Mustafa Ali sepatutnya berintegriti untuk letak jawatan, biarkan dirinya disiasat oleh parti untuk membersihkan namanya ...
Post a Comment