Dalam akhbar The Star hari ini dimuatkan artikel yang
dipetik dari akhbar The Straits Times Singapura bertajuk “Time to usher in a
younger leader” atau “Masa untuk membawa masuk pemimpin muda”.
Artikel berkenaan yang diceduk dari seberang tambak
menumpukan pada Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru
Dato Nik Abd Aziz Nik Mat. Hujahnya lantaran usia Tok Guru, 82 tahun, serta
kesihatannya yang sering terganggu, setelah meminpin dan mengetuai negeri
Kelantan hampir 23 tahun, sudah tiba masanya Tok Guru atau PAS sendiri memberi
laluan kepada pemimpin muda untuk mengambil alih.
Walaubagaimanapun artikel yang sama memetik ulasan dari
Setiausaha Politik Tok Guru yang menyatakan bahawa pengalaman, pengetahuan
agama serta kewibawaan Tok Guru mengatasi mana-mana pencabarnya dari Umno.
Secara peribadi saya bersetuju bahawa keadaan fizikal Tok
Guru memang tidak seperti pada tahun 1990 ketika beliau mengangkat sumpah
sebagai Menteri Besar pada usia 59 tahun. Saya percaya PAS Kelantan telah pun
memiliki pelan peralihan, bagi menggantikan kepimpinan Tok Guru selepas PRU ke
13 ini. Walaubagaimanapun perlu diakui ilmu dan pengalaman Tok Guru memang
mantap dan lantaran itu rakyat Kelantan dipercayai akan terus menerima beliau
dalam PRU ke 13 ini dan sudah bersedia melihat peralihan kuasa setelah Tok Guru
mengundurkan diri.
Ramai calon yang berkaliber dan sudah dilatih Tok Guru dari
kalangan ulamak di Kelantan antaranya Timbalan Menteri Besar sendiri, Ustaz
Dato Hj Ahmad Yakob dan ahli EXCO Ustaz Dato Hj Mohd Amar Nik Abdullah.
Dalam pada itu kembali kepada artikel NST Singapura itu,
saya terfikir pula nampak-nampaknya seakan kawan-kawan dari Singapura terlepas
pandang gajah di depan mata mereka. Kuman di laman kita pula tumpuannya.
Bagaimana pula dengan Lee Kuan Yew. Memang Harry Lee sudah
tiada jawatan politik lagi hari ini. Tetapi menurut rekod beliau duduk dalam
kabinet sehinggalah 2011 ketika usianya 88 tahun! Harry Lee pun keluar masuk
hospital, tapi itulah budaya “kiasu” Singapura……yang hodoh kita yang cantik
mereka.
4 comments:
singa po re lagi banyak cakap udah dapat perintah sendiri tak puas hati lagi itulah maknusia tak kira dimana pun perangai sudah Allah dedahkan dalam Al Quran apa nak diherankan musuh Allah dimana mana yang penting kita kenal mereka
Siapa bagi Temasek kat cina?
Aku orang Perak masih mengharapkan Tok Guru Nik Aziz memimpin PAS Kelantan.Mengapa nak digantikan seorang pemimpin yang hidup dengan penuh kesederhanaan.Ada Menteri Besar UMNO yang memerintah lebih 20 tahun hidup macam NIK AZIZ????!????????
Alaa org Malaysia, jangan peduli lah dgn akhbar kitorang. Kita panggil Straits Times - The Shit Times.
Singapore has been ranked number 150 out of 197 countries by Freedom In The World 2012 rankings for its press freedom.
Kitorang baca TR Emeritus kat internet. Free lagi.
Org Singapura
Post a Comment