BN baru sahaja melancarkan manifestonya semalam bertema: “Menepati
janji membawa harapan”, sebelumnya PR telah pun melancarkan manifestonya
bertema: “Pakatan harapan rakyat”. Tampak “harapan” menjadi cogankata pilihan
bersama dan memang sesungguhnya harapan lah yang mahu rakyat lihat dalam PRU.
Bagi saya dalam tempoh pusingan akhir ini dari hari ini
sehinggalah ke hari mengundi Pakatan Rakyat khasnya perlu memberi fokus kepada
manifestonya dan manifesto-manifesto sampingan untuk negeri-negeri tertentu.
Para petugas, calon-calon dan pimpinan parti perlu beri fokus,
menerangkan isi kandungan manifesto dan kalau perlu buat perbandingan dengan
manifesto BN. Ini penting kerana dipusingan akhir ini dari pengalaman yang
lepas-lepas banyak perangkap dipasang musuh di kiri kanan jalan, kalau tak
berhati-hati kita terjerat akibatnya kecundang.
Perangkap yang saya maksudkan datangnya dari provokasi lawan
dan ini biasanya diserahkan kepada pihak media arus perdana untuk main peranan.
Agen-agen media akan bertugas mengikut rapat pimpinan PR bagaikan lalat. Apa
sahaja isu akan dipinta komen, di sinilah dari pengalaman lepas-lepas banyak
yang terperosok jatuh masuk perangkap.
Lepas itu komen yang “sensasi” tadi akan dimainkan
diulang-ulang saban hari sehingga tiada kesempatan peluang dan masa untuk di
jawab……tahu-tahu dah masuk hari mengundi.
Ingat, media arus perdana di bawah genggam mereka….media alternatif
adalah “option” kita naum ia masih belum melaus capaiannya.
Kalau mengikut Memoir Khatijah Sidek, pada PRU 1959 (PRU 1)
pihak Perikatan (yang kemudiannya diganti BN) menggunakan isu kominis untuk
memerangkap PAS, kononnya Presiden PAS ketika itu Almarhum Dr Burhanuddin al
Helmi mirip dan condong pada kominis!. Pada PRU 1990 (PRU 8) semasa PAS bersama
Angkatan Perpaduan Ummah (APU) gambar Tengku Razaleigh Hamzah (ketika itu
Presiden Semangat 46) dengan tenggolok kononnya “bersalib” terpampang berwarna
di muka depan Mingguan Malaysia pada hari mengundi.
Begitu juga PRU 11, komen negatif kedua-dua Tok Guru
Mursyidul Am PAS dan Presiden PAS berkenaan DAP, dan Karpal Singh : “dinosaur”
dan “ubat luput tarikh” terus menerus menjadi mainan TV dan media cetak
sehinggalah hari mengundi.
Kerana itu saya sarankan, tak perlu pimpinan PR ulas dan komen
isu-isu lain selain yang terkandung dalam manifesto. Tak rugi tak bercakap
dengan media arus perdana dalam tempoh berkempen ini kerana apa sahaja yang
diulas akan diolah akhirnya menjadi peluru menyerang kita kembali.
Ada pimpinan PR yang “loose canon”, mulut sedikit gatal
(memang ada segelintir biar kita berterus terang) , kawal mereka ini, Kalau
boleh buatlah kerja sahaja menawan pengundi, ini masanya bukan untuk menempah
maut!
Selain itu jangan buang “peluru” menembak sesama sendiri…….”peluru”
(dalam ruang ringkup peperangan demokrasi) untuk musuh bukan untuk sesama kita.
Jika kita berjaya elakkan provokasi dan serangan media,
insyallah sumber kita boleh digunakan untuk perkara-perkara lain, akhirnya “Harapan
Rakyat” benar-benar dapat rakyat rasai.
2 comments:
mulut gatai kena buh ubat cepat cepat takut merebak.many paste too itulah hakikatnya tak sehebat mana pun many waste too banyak berlaku. tunggu pru13 ubah.
Sokong . ABU
Post a Comment