Sunday, April 07, 2013

Tidak ada sebab Allah menangguhkan kemenangan buat PAS.....(7/4/13)


“Pertempuran” pilihanraya sudah memuncak, sekadar menunggu tarikh penamaan calon dan pilihanraya sahaja. Kini masing-masing parti berjuang bagi “menjual” parti masing-masing agar menambat dan memenangi hati pengundi, akhirnya biar pengundi pangkah dan beri kemenangan kepada parti mereka.
Bagi PAS pilihanraya menentukan tertegak atau tidak matlamat perjuangan mereka, dan kerana PAS merupakan parti Islam maka khazanah Islam digunakan dalam apa sahaja tindakan dan pendekatannya. Bagi PAS pilihanraya adalah “peperangan”. “Peperangan” demokrasi yang akan melihatkan pertempuran antara PAS dan parti musuh bagi meraih tampuk kekuasaan negeri dan Negara.

Samada berseorangan atau kini “bersyarikat” dalam PR, begitulah PAS setiap kali berpilihanraya. Kesungguhan akan terpancar bukan sahaja pada wajah calon-calon tetapi lebih-lebih lagi pada para petugas mereka yang bekerja dengan semangat seolah setiap mereka adalah calon bagi memenangkan Islam.
Allah swt berfirman di dalam al Quran maksudnya:

Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi penindasan dan sehingga agama itu untuk Allah semata-mata, kemudian jika mereka berhenti maka tidak ada pencerobohan lagi kecuali terhadap orang-orang yang zalim. (Al-Baqarah: 190-193)
“Peperangan” demokrasi tidaklah melihatkan pertumpahan darah dan kekerasan, tetapi sebagaimana peperangan konvensional matlamat akhir adalah untuk meraih “kuasa” kerana itu kebijaksanaan “jeneral-jeneral” PAS dalam memimpin ketumbukan tentera PAS penting. Bukan bertarung secara fizikal dengan musuh politik tetapi bertarung memenangi hati rakyat.

Kalau dalam perang konvesnional, Rasulullah saw pernah bersabda:
Rasulullah SAW bersabda:

“Peperangan adalah tipudaya.” (Muttafaq ‘Alaih).
Maka begitulah juga dalam “peperangan” demokrasi, kebijaksanaan jeneral-jeneral perang dalam menyusun taktik dan strategi penting. Hadis di atas walaubagaimanapun bukanlah bermaksud menipu sehingga menjanjikan sesuatu yang “palsu”.

Dalam peperangan konvensional, Rasulullah saw sehingga menggariskan disiplin peperangan yang ketat iaitu:
Bila kamu berperang, jangan kamu robohkan rumah-rumah ibadat orang yang bukan Islam. Jangan kamu tebang pokok-pokok yang sedang berbuah. Jangan kamu bunuh kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa. Dan jangan kamu bunuh orang-orang tua yang lemah.

Sudah tentulah dalam “peperangan” demokrasi begitu meluas maksudnya.
Apa pun inilah masanya bagi PAS untuk mendakwahkan sebaikanya dasar dan matalamat perjuangannya serta apa yang dapat ia laksanakan melalui PR. Pergunakanlah peluang ini sebaik mungkin, PAS bukan sekali tetapi kali ini kali ke 13 menyertai pilihanraya, sudah pasti ia menggalas bersamanya banyak pengajaran dan pengalaman.

Saya yakin ramai yang mendoakan agar PAS terus dikurniakan kekuatan untuk mencatat agar cita-cita perjuangannya dapat terlaksana akhirnya. PAS mewarisi perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat, sekiranya menepati ciri-ciri pejuang Islam sebenar tidak ada sebaba kemenangan ditangguhkan oleh Allah swt.

No comments: