Monday, April 22, 2013

Bila Aznil Nawawi sokong BN (22/4/13)


Sokongan dan kecenderungan politik adalah hak setiap warganegara. Dalam Negara yang mengamalkan demokrasi tiada sesiapa sepatutnya dianaktiri, disenarai-hitam atau diapa-apakan lantaran sokongan dan kecenderungan politiknya.
Di Malaysia bagaimana?

Hari ini dalam akhbar The Star pelakon Sazzy Falak dan personaliti TV Aznil Nawawi dilaporkan semalam berkempen di sekitar Pavillion Bukit Bintang, mengedarkan Tshirt dan topi menyokong “Najib for Malaysia”, iaitu mempromosi kempen BN.

Apabila Aznil ditanya pemberita tidakkah beliau bimbang yang sokongan terbukanya terhadap BN akan menjejaskan popularitinya dikalangan peminatnya yang pro Pakatan, Aznil berkata:

“Saya mahu diminati lantaran bakat saya. Sekiranya peminat menyokong saya kerana politik, saya merasakan ianya sesuatu yang sempit. Sesiapa sahaja bebas berpandangan.”
Turut disumbangkan adalah persembahan dan nyanyian oelh artis-artis lain termasuklah Altimet, Awi Rafael dan Narmi.

Sayangnya padangan Aznil itu rasa saya tidak dikongsi oleh BN. Selama yang kita tahu dasar BN kalau sesiapa yang menyokongnya dan sedia bekerja untuknya, maka selamatlah masa depan orang berkenaan tetapi jika menentang apalagi jadi calon pula macam Dayangku Intan, Aishah dan Herman Tino gelaplah masa depan.
Pada awal zaman reformasi dahulu, seorang petugas RTM pernah tunjukkan pada saya suatu surat pekeliling yang melarang DJ RTM yang bertugas dari memutarkan lagu Allahyarham P.Ramlee “Azizah”. Dan pernah juga komposer M.Nasir berhadapan masalah apabila mempertikaikan “Siapa Mahathir” di waktu kepimpinan Dr M dulu.

Sepatutnya semua individu bebas memberi sokongan dan cenderung pada sesiapa yang mereka mahu. Benar biarlah golongan artis contohnya diminati lantaran bakat mereka, begitu juga penulis, sasterawan, doktor, peguam, apa sahaja profesyion.
Jangan nanti kerana mengiringi abangnya semasa hari penamaan calon dua hari lepas, maka Azwan Ali di “gam” pula oleh stesyen TV.

Semoga semua pihak lebih terbuka dan toleran dalam hal ini kerana ia membabitkan hak rakyat. Saya yakin kiranya PR menang Aznil boleh terus berkerjaya di TV.

4 comments:

Anonymous said...

Aznil ni memang penyokong tegar UMNO..dua kali pilihanraya di Parlimen Titiwangsa sy terserempak dengannya...

roslan sms said...

Tak apalah dia sokong BN.....tapi BN pun jangan marah bila ada artis yang sokong PR.....itu maksud saya.

Anonymous said...

sesuai dah dgn dia dan rakan artis perempuan disebelahnya itu......huhuhuhu..

Anonymous said...

Tp.zek zaidi mara org sokong pr...