Tiada lagi teka-teki. Semua ahli nujum boleh lah berhenti
kerja. Akhirnya bubar juga Parlimen sebagaimana diumumkan secara langsung oleh
Najib Tun Razak sebentar tadi.
Kini masing-masing menunggu pengumuman pihak SPR pula yang
akan bersidang dan menentukan tarikh penamaan calon dan hari mengundi.
Apa pun yang pastinya untuk menang semua pihak perlu bekerja
keras. Bukannya tak bekerja keras sebelum ini tetapi masing-masing kena pacu
jentera ke tahap maksima supaya kemenangan yang diimpikan dapat dicapai. Awas
jika jentera tidak diselenggarakan dengan baik pasti nanti ia menjadi panas dan
memudaratkan, ketika itu menangis air mata darah pun tak berguna.
Semua PM dan MB-MB serta KM dan barisan Jemaah kabinet serta
EXCO masing-masing kini bertaraf “caretaker” atau sementara sehinggalah
kerajaan yang baru terbentuk selepas PRU ke 13 nanti.
Semoga kali ini tiada pihak menyalahgunakan jentera kerajaan
bagi tujuan kempen pilihanraya, tetapi adalah dijangkakan ia akan
disalah-gunakan juga…..itulah Malaysia.
Diperingkat ini saya menjangkakan lebih 75% rakyat Malaysia
yang terdiri dari pengundi yang berdaftar telah pun membuat keputusan parti dan
calon (setelah diumumkan) pilihan mereka. Tinggal lagi 25% atau mungkin kurang
lagi yang masih terapung-apung, duduk atas pagar, masih belum pasti nak pilih
siapa, ini lazimnya dikalangan pengundi kali pertama, umumnya yang lahir
ditahun 90an.Tetapi senario Malaysia suka tak suka, citarasa pengundi dari pengalaman masih banyak berkait dengan faktor kaum. Pengundi Melayu, pengundi Cina dan pengundi India, ke mana arah sokongan mereka kali ini?
Tahun 2008 lalu, iaitu pada PRU ke 12, majoriti pengundi
Cina dan India condong kepada PR iaitu PAS, DAP dan PKR. Pengundi Melayu ketika
itu dikejutkan juga tetapi tidak semua bangkit membuat perubahan, sokongan
pengundi Melayu lah (kecuali disesetengah bahagian dan negeri) yang
mengakibatkan BN dapat bertahan memerintah kerajaan Pusat dengan majoriti mudah
(tanpa 2/3) dan bertahan di Sabah,
Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Terengganu dan Pahang.
Sesungguhnya corak pengundian begitulah di Negara kita sejak
beberapa PRU lalu seingat saya. Tahun 1990 begitu juga, “swing” pengundi Cina
dan India (tak sekuat PRU 12) kuat menentang BN tetapi penundi Melayu
menyelamatkan BN. 1999 ketika PAS menang di Terengganu, lonjakkan pengundi
Melayu menolak BN besar, malangnya pengundi Cina dan India kembali kepada BN
sehingga Lim Kit Siang sendiri tewas. Ketika itu di DUN Selangor lantaran
lonjakkan sokongan Melayu tadi PAS menang 4 kerusi (Hassan Ali, Dato Ismail Kamus,
Dr Shafiee dan Sallehen Mukhyi), PKR 1 melalui Azmin Ali dan DAP cuma tinggal 1
iaitu Teng Chang Khim (Speaker DUN sekarang).
Dari 1999, ramai menjangkakan BN akan lebih merosot lagi
dalam PRU 2004, rupanya rakyat kembali kepada BN, PAS tewas di Terengganu dan hampir
kecundang di Kelantan namun Kit Siang kembali ke Parlimen melalui Ipoh Timur.
Di Selangor PAS dan PKR hilang kerusi dan DAP tambah 1 jadi 2.
Begitulah senario yang lepas-lepas. Bermakna jika PR
berhasrat menundukkan BN diperingkat Pusat dan negeri-negeri, sebaik-beiknya
ketiga-tiga golongan pengundi Melayu, Cina dan India perlu bangkit menyokong
PAS, PKR dan DAP.
Senario begini hampir terjadi sekali iaitu dalam PRU 1969,
namun tidak menyeluruh kerana PAS tetap tewas di Terengganu dan Kedah.
Oleh itu sekarang parlimen dah bubar, bekerjalah kuat jangan
terlepas pandang walau seorang pengundi, ketika itulah insyallah perubahan
pasti berlaku.
Selamat bertugas, jangan takutkan pengundi tetapi tawanlah hati mereka.
No comments:
Post a Comment