Senarai nama calon-calon yang bakal mewakili parti
masing-masing bagi kerusi Parlimen dan DUN dikeluarkan beransur-ansur oleh
masing-masing parti. Terbaru BN telah mengeluarkan senarai calon-calonnya untuk
negeri Selangor pagi tadi.
Saya lihat BN Selangor begitu bersungguh dan ghairah mahu
menang kembali Selangor. Sejak tumbang dalam PRU ke 12 lalu, mereka bagaikan
tidak boleh tidur-tidur. Agak-agak terus tertidur lepas ini?Dengan semangat berkobar-kobar kita menjangkakan BN akan terbit dengan senarai calon-calon yang hebat-hebat, “winnable” sebagaimana impian Presiden mereka. Malangnya meneliti senarai yang dikeluarkan sekali imbas, saya menjangkakan BN akan kekal sebagai pembangkang di Selangor.
Bukannya saya berkata demikian kerana saya bukan BN, tetapi
hakikatnya terpahat pada nama calon-calon yang tersenarai, yang antaranya
merupakan muka-muka “recycle”, mewairisi skandal dan tak kurang yang sudah
maghrib.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, yang akan mempertahankan kerusi
Parlimen Gombak saya jangka akan menang mudah. Melihat nama calon BN-Umno bagi
kerusi tersebut adalah bekas ahli Parlimen, Datuk Dr Rahman Ismail, alahai
mudah sangat pimpinan BN lupa pada cerita-cerita lama yang mengakibatkan nama
Dr ini digugurkan dahulu. Begitu juga di Kuala Selangor. Cikgu Parthiban yang pernah tewas dalam PRU lalu di DUN Bukit Malawati di “recycle” oleh BN-MIC untuk bertanding di Ijok manakala seorang “old timer” yang saya musykil kelayakan akademiknya (kerana saya kenal beliau) Jakiran Jacomah bertanding atas tiket BN-Umno untuk DUN Bukit Malawati.
Di Parlimen Ampang, Dr Rozaidah Talib yang tewas kepada Zuraidah
Kamaruddin (PKR) dengan majoriti 3676 undi di “recycle” semula oleh BN-Umno, banyak
melegakan Kak Zu dan rakan-rakan di Ampang saya pasti.
Di Parlimen Shah Alam, BN-Umno saya kira membuat kesilapan
yang paling besar apabila melepaskan ayam tambatannya yang baru dijerat,
Zulkifli Nordin, yang “bagasi” nya terlalu berat dan isinya memualkan. Tindakan
BN itu memudahkan pengundi Shah Alam membuat pilihan!
Di Sementa, Kapar pula, BN-Umno menamakan seorang lagi calon
“recycle” iaitu anak kepada bekas ADUN Md Ghazali Mohd Amin. Pada PRU lalu
beliau bertanding di DUN Meru dan tewas kepada calon PAS dengan majoriti 5513.
Kali ini cuba pula di DUN lain, rasa-rasa nasibnya tak akan banyak berubah.
Dalam pada itu apabila nama Tengku Ridwan Tengku Mansor,
adik kepada Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan (bertanding di Putrajaya)
disebut naik untuk merebut kerusi DUN Seri Setia, Kelana Jaya, sebahagian orang
kuat Umno Kelana Jaya telah membikin protes di PWTC. Ridwan dikatakan orang luar
yang diterjunkan tanpa izin anak tempatan, maka bergeloralah Seri Setia,
sekaligus memberi nafas lega kepada sahabat saya Nik Nadzmi yang insyallah akan
mengekalkan kerusi tersebut buat penggal kedua.
Demikianlah sebagaimana saya sebutkan penelitian saya sekali
imbas.
Terlupa pula nak sebut, Noh Omar yang kekal bertanding di
Tangkung Karang. Dari maklumat yang saya terima Noh selesa mahu terus jadi
menteri kerana yakin MB tetap berada ditangan PR. Kawan-kawan di Tanjung Karang
perlu buktikan Noh akan menjadi “mantan” menteri dan tidak lagi menteri selepas
ini.
1 comment:
Siapa agaknya calon MB BN bro?
Post a Comment