Sebagaimana pilihanraya-pilihanraya yang lalu, media arus
perdana sejurus Parlimen dibubarkan terus menjadi agen dan media rasmi BN.
Kempen-kempen BN dengan dacing-dacingnya terpapar secara meluas dalam usaha
memancing hati rakyat.
TV3 seperti biasa, kalau ada pertandingan akan terbit
sebagai juaranya.
Saya perhatikan dalam keghairahan pihak BN berkempen, mereka
telah menyeret pihak istana menjadi sebahagian dari bahan kempen mereka. Klip
video “Sayangi Selangor yakini BN” jelas memaparkan wajah Sultan Selangor.
Kalau ya pun “desperate” mahu rampas kembali Selangor,
sehingga TV3 memainkan video klip ini saban waktu, janganlah sampai mebabitkan
pihak Istana.
Dalam PRU lalu BN bawah Pak Lah telah memuatkan wajah Ketua
Polis Negara ketika itu dalam manifesto mereka. Pihak PAS telah membuat
bantahan, saya ingat ketika itu sebagai Setiausaha Akhbar Presiden, kita mengeluarkan
kenyataan rasmi membantah. Tidak berapa hari kemudian gambar tersebut
dikeluarkan.
http://n32.blogspot.com/2008/02/dari-laman-web-malaysiakini-why-is-igp.html
Dalam hal kempen “Sayang Selangor” ini saya kira PR perlu
buat bantahan. Jangan lihat remeh perkara ini kerana ia jelas melanggar etika.
1 comment:
sultan selangor takdak komen ka?
Post a Comment