Sebagaimana semua ketahui Dewan Undangan Negeri bagi Negeri
Sembilan telah terbubar dengan sendirinya tengah malam tadi. Tiada lagi
kerajaan buat Negeri Sembilan disaat ini kecuali “caretaker government” atau “kerajaan
sementara atau peralihan”.
Menurut MB Negeri Sembilan dalam kenyataannya semalam,
menurut tafsiran kesemua ADUN secara otomatik, terlucut jawatan mereka dan
tidak lagi akan menerima elaun. Namun demikian MB dan EXCOnya serta Sepaker
akan terus memegang jawatan masing-masing sehinggalah kerajaan baru terbentuk
selepas PRU ke 13 nanti.
Ramai pihak sedang berhujah dan berbahas berkenaan peranan “caretaker
government” kerana malangnya ia tidak dihuraikan oleh Perlembagaan Persekutuan.
Sering kita tahu berkenaan “caretaker government” ini dalam PRU-PRU sebelumnya
kerana Dewan-dewan Negeri dan Parlimen sebelum ini dibubarkan dalam tempoh
mereka dan tidak seperti NS yang telah tamat tempohnya.
Kerana itu “caretaker government” dalam keadaan kerajaan
telah tamat tempoh ini sesuatu yang sangat menarik kerana ia tidak pernah
berlaku dalam sejarah Malaysia merdeka.
Apa pun yang kita tahu ianya bersifat sementara atau “interim”
lantas ia tidak berkuasa penuh sebagaimana kerajaan yang diberi mandat. Tiada
dasar baru atau projek dan perbelanjaan baru boleh diluluskan dalam tempoh
sementara ini. Sepatutnya begitulah.
Oleh itu sewajarnya sifat “caretaker government” ini
diperuntukkan secara jelas dalam perlembagaan, biar tiada lagi debat dan
kritikkan selepas ini kerana ia telah termaktub jelas tidak seperti sekarang
ini.
Saya kira lebih telus dan adil lagi sepatutnya “caretaker
government” ini terdiri dari kalangan kakitangan awam atau mungkin ahli-ahli
Dewan Negara (yang tidak tamat tempoh mereka sebagaimana Dewan Rakyat). Yang
Dipertuan Agong, Raja-raja Melayu dan Tuan Yang Terutama Negeri-negeri Melaka,
Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak bolehlah melantik mereka-mereka ini untuk
menerajui “caretaker government”.
Contohnya DUN masing-masing Negeri memang ada melantik 2
senator mewakili negeri masing-masing untuk duduk di Dewan Negara. Mungkin
mereka ini boleh dilantik menerajui negeri dengan kakitangan awam kanan
negeri-negeri membantu mereka. Sekarang inipun Setiausaha Kerajaan Negeri,
Pegawai Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri merupakan ahli-ahli
EXCO exofficio.
Begitu juga diperingkat Pusat, barangkali Yang Dierptua
Dewan Negara dilantik sebagai PM sementara dengan dibantu Timbalan-timbalannya
dan KSN serta pegawai-pegawai kanan lain.
Dengan cara ini, PM dan Menteri Kabinet serta MB, Ketua
Menteri dan ahli-ahi EXCO serta menteri-menteri negeri di Sabah dan Sarawak
tidak lagi duduk dalam kabinet atau EXCO semasa tempuh peralihan. Dengan cara
itu tiada lagi unsur penyalah-gunaan kuasa, atau penggunaan jentera kerajaan
untuk berkempen kerana sekurang-kurangnay mereka yang mengetaui kerajaan dahulu
sudah tidak duduk dalam kerusi mereka lagi.
Isu ini mesti ditagani dengan serius kerana acapkali isu
penyalahgunaan kuasa dan penggunaan jentera kerajaan sewaktu berkempen PRU menjadi
masalah dan ketidakpuasan kati banyak pihak.
Biarlah Najib Tun Razak, Muhyiddin Yasin, Lim Guan Eng,
Khalid Ibarhim, Nik Aziz, Azizan Razak dan lain-lain turun berkempen sebagai
pemimpin dan ketua parti masing-masing bukan sebagai PM atau TPM atau Ketua
Menteri dan Menteri Besar.
Cadangan yang perlu dipertimbangkan.
3 comments:
Kalau ikut undang-undang aku, jika tak bubar DUN/Parlimen dalam masa yang ditetapkan, semua ADUN/MP kerajaan yang memerintah hilang kelayakkan dan digantung dari menjadi calon untuk dua penggal. Kecuali kalau mereka melompat kepada pembangkang di saat-saat akhir sebelum pukul 11.59.59 malam. Jangan Najib pun melompat jugak sudahlah.
cadangan tuan Roslan memang bagus dan saya sangat setuju..tap err Najib setju ker??? hehe
rasa tahu dah jawapannya....
Assalamualaikum. kalau saya jemput tuan untuk bagi ceramah bertajuk mengapa saya tak ikut hasan ali tuan nak tak?
Post a Comment