Sayu hati saya apabila membaca artikel ini dalam akhbar The
Star hari ini. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/3/14/focus/12802511&sec=focus
Adik Amir, 13 tahun dari SMK Dato Syed Esa Batu Pahat Johor,
dilaporkan terlihat semasa berbasikal ke kedai, seorang wanita yang dalam
keadaan terlupa telah meletakkan beg tangannya di atas bumbung kereta dan
memandu pergi. Beg tersebut jatuh lalu dipungut oleh Amir. Di dalamnya terdapat
wang tunai 15,000 dolar Singapura atau RM37,500.
Amir memungut bag tersebut dan memecut basikalnya untuk
mengejar kereta wanita berkenaan. Setelah memecut kira-kira 200 meter Amir
berjaya merapati kenderaan wanita itu di simpang tiga dan mengembalikan beg itu
ke tuannya.
Wanita tersebut menyerahkan RM25 kepada Amir kerana
menghargai jasanya. Namun Amir menolak dengan sopan.
Dipenghujung laporan ini disebutkan dari pengakuan Amir
bahawa beliau diajar oleh ibunya sejak kecil: “Jangan mengambil barang yang
bukan hak kita”.
Dalam dunia hari ini tak ramai seperti Amir. Tak ramai
ibu-bapa yang mendidik anak mereka serupa ibu Amir sehingga boleh menolak
keinginan apabila terjumpa wang sebesar jumlah itu.
Alangkah aman dan bahagianya dunia ini kiranya ramai seperti
Amir dan ramai seperti ibu Amir.
Tak kiralah siapa pun kita, anak-anak kita, saudara dan
kawan, pemimpin, orang atas, kalau semua memiliki kualiti sebagaimana Amir,
bahagia dunia ini.
No comments:
Post a Comment