Sunday, March 10, 2013

PRU dah tak perlu spekulasi lagi (10/3/13)


Berlalu sudah tangganl 8 Mac, dimana 5 tahun lalu 8 Mac 2008 rakyat Malaysia telah keluar mengundi. Ini bermakna pada tanggal 28 April, tarikh pertama Parlimen ke 12 bersidang, samada ada pengumuman atau tidak Dewan Rakyat dengan sendirinya akan terbubar. Adalah dipercayai tarikh pilihanraya umum ke 13 nanti sekitar tarikh berkenaan kerana DUN yang pertama bersidang selepas PRU ke 12 lalu iaitu Johor akan terbubar pada 21 Mac 2013.
Oleh itu peringkat ini tak payah main silap mata lagi, bubar tetap bubar Cuma tarikh hari penamaan calon dan hari mengundinya sahaja terletak pada budi bicara SPR berdasarkan peraturan yang sedia ada dan terpakai.

Apa pun diperingkat ini adalah perkemaskinikan jentera masing-masing dan pastinya semua dalam “working condition”. Senarai calon patut telah dibereskan, jentera parti sudah boleh diberi gambaran akan nama-nama clon supaya mudah mereka menjalankan kerja-kerja menjualnya nanti.
Kebimbangan parti-parti politik diperingkat ini sudah tentulah sindrom “cah keting” satu sindrom politik yang boleh berjangkit dan menyerang mana-mana parti politik pun. Kalau sindrom ini ada jentera diperingkat akar umbi akan bercelaru. Yang tak tersenari akan “sabotage” calon yang dipilih parti, akibatnya peluang parti berkenaan akan terumbang-ambing, kalah dalam tangan.

Pernah juga berlaku sindrom ini sesama gabungan atau kumpulan parti kerabat. Satu parti tidak puas hati sepatutunya ia yang bertanding sebaliknya kerusi diberikan kepada parti lain maka yang tak dapat, tak senang duduk kadang sampai bertanding calon bebas. PR dan BN masing-masing pernah merasa sindrom ini.
Bagi rakyat di luar sana sudah pastilah dalam PRU ke 13 ini mereka mahu lihat sesuatu yang lebih meyakinkan. Kalau pilihan calon-calon, sudah pastilah mereka mahukan calon yang paling baik. Kelayakannya baik, perwatakannya baik, kadang rupa dan gaya calon pun jadi faktor.

Rakyat jadi penentu, bukan ketua parti, bukan parti tetapi rakyat kebanyakkan di luar sana.
Saya yakin setelah masuk kali ke 13 kita rakyat Malaysia keluar mengundi mempertahankan institusi demokrasi kita dan kedaulatan Negara, semuanya telah matang dan masak. Semoga pilihanraya kita kali ini berjalan dengan aman dan tenang. Yang mana ditakdirkan Allah swt menang, maka pikullah amanah keemenangan itu dengan sehabis baik, tunduk dan patuh pada Allah swt sentiasa. Yang ditakdirkan kalah, terimalah kekalahan itu dengan tenang, cuba lagi PRU yang mendatang.

 

No comments: