Jangan kalah jadi abu menang jadi arang (21/3/13)

Thursday, March 21, 2013


Seluruh rakyat Malaysia masih dalam keadaan tertunggu-tunggu tarikh pembubaran Parlimen. Saya sendiri terpedaya semalam apabila ribut khabar angin mengatakan ia telah dibubarkan. Demikianlah betapa berdebarnya jantung rakyat Malaysia menantikan saat seakan seorang bapa menunggu isterinya dalam bilik bersalin melahirkan anak.
Pengajaran dari pengalaman ini adalah pastikan dimasa akan datang tempuh pembubarannya serta tempuh pilihanraya telah ditetapkan:

Election Day in the United States is the day set by law for the general elections of public officials. It occurs on the Tuesday after the first Monday in November, which is usually also the first Tuesday in November. The earliest possible date is November 2 and the latest possible date is November 8.
Disaat ini masing-masing parti yang bertanding sudah hampir siap sedia dengan senarai calon dan kawasan bertanding.

Cuma satu fakta menarik yang ingin saya kongsi di sini adalah ketika Almarhum YTM Tunku menjadi PM Malaysia, selepas Parlimen dibubarkan Tunku tidak duduk sebagai “cateraker PM”, dan menyerahkan tanggungjawab itu kepada Timbalannya. Beliau turun berkempen seluruh Negara sebagai Presiden Umno tidak sebagai PM. (Bolehkah BN dan PR contohi langkah ini?)
Juga saya pernah hadir suatu forum sekitar tahun 1990 di KL International Hotel dimana bekas SETPOL Tunku pernah memaklumkan pada PRU 1964, PRU pertama bagi Malaysia (sebelumnya Malaya) Tunku sangat bimbang akan kekuatan pembangkang di Sarawak. Dan memang tepat DUN Sarawak didominasi parti yang tidak sehaluan dengan Tunku. Menurut bekas SETPOL beliau itu demi memujuk hati Tunku beliau dan rakan-rakan telah terbang ke Sarawak “membeli” sokongan beberapa ADUN pembangkang dan mengemukakan senarainya kepada Tunku.

Disangkanya Tunku akan melonjak gembira, rupanya sebagai seorang democrat Tunku naik berang dan memberi amaran kepada beliau jangan melakukannya. Terima dan hormati keputusan rakyat, lalu “pembelian” tersebut terbengkalai begitu sahaja.
(Begitu juga ketika PAS kalah dalam PRU Negeri Kelantan 1978 dan di Terengganu dalam PRU 2004, tiada rusuhan, peralihan kuasa berlaku dengan aman dan tenteram. Pimpinan PAS demi menghormati keputusan rakyat melepaskan kuasa dengan tenang.)

Mengapa saya bangkitkan cerita-cerita lama ini? Sekadar mahu mengingatkan kita semua agar kita jadikan pilihanraya kali ini medan demokrasi sebenar. Jangan diganggu rakyat dalam membuat keuputan dan apabila keputsan telah muktamad, terimalah semuanya dengan hati terbuka.
Yang menang perlu akur memikul amanah rakyat dan patuh akan ketentuan Allah swt, yang kalah cuba lagi dan kaji dimana lemah kita masing-masing.

Biarlah “excitement” rakyat menunggu tarikh pilihanraya dan kemudiannya menyertai pilihanraya ini menjadi satu contoh kepada dunia betapa aman dan bebasnya rakyat Malaysia dalam menentukan nasib dan masa depannya.
Jangan kalah jadi abu menang jadi arang.

 

1 comments:

Anonymous said...

jangan bila bertanding rasa tak boleh kalah nak menang memanjang masa dulu pembangkang boleh juga ceramah kat radio.ni nampak sangat macam takut kalah adat betanding mesti ada kalah menang.yang takut kalah sangat ni bukan takut hilang kuasa takut terbongkar