Rakan saya seorang Kadazan dari Kota Kinabalu mengirimkan
mesej berikut melalui handphone saya:
At this time sabahans really hate how govt handle this case
Beliau menyuarakan kebimbangan rakyat Sabah terhadap insiden
di Lahad Datu. Kebimbangan itu sudah pastilah disebabkan kegagalan pasukan
keselamatan kita dari mengawal sempadan Negara, dalam hal ini sempadan
Sabah-Filipina sehingga berjaya tentera Kesultanan Sulu yang bersenjata menceroboh
masuk dan menawan Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Dari segi geografi memang sempadan Malaysia di pantai Sabah
dengan Filipina adalah luas termasuklah dengan Indonesia di Selatan.
Namun ia tidak boleh dijadikan alasan sehingga musuh dapat
masuk dan mencetuskan kekacauan dalam bumi kita. Jika perlu berbelanja, maka
kita perlu lakukan demu menjamin keselamatan rakyat Malaysia di Sabah.
Suka tak suka insiden di Lahad Datu telah mencetuskan
kebimbangan rakyat. Ini satu reality dan ianya perlu ditangani kerana rakyat
Malaysia berhak hidup dalam keadaan aman dan tenteram dengan keselamatan dan
pertahanan yang terjamin.
2 comments:
ini lah masalahnya kat Sabah dengan kebanjiran rakyat asing dr Filipina dan Indonesia yg tidak terkawal. tak sangka akhirnya dorg membentuk pasukan militan dr dlm
Masalah yang perlu ditangani secara serius oleh semua pihak. Kembalikan keyakinan dan keamanan pada rakyat Sabah, Malaysia.
Post a Comment