Saturday, March 02, 2013

Aquino seorang negarawan (2/3/13)


Telah lama saya perhatikan kepimpinan Republik Filipina di bawah Presiden Aquino atau nama penuhnya Benigno Simeon Cojuangco Aquino III. Datang dari keluarga ahli politik yang terlibat dalam membebaskan Filipina dari cengkaman kuku besi mendiang Presiden Marcos, ibunya pernah menjadi Presiden dan ayahnya mendiang Senator Aquino dibunuh oleh Marcos pada tahun 1983 sebaik tiba di Manila untuk menentang Marcos dalam pilihanraya Presiden.
Mungkin dari pengalaman beliau dan keluarganya Aquino berjaya mempamirkan kepimpinan “statesman” yang luar biasa. Dalam hal perjuangan rakyat Moro di Selatan Filipina beliau kehadapan dalam mahu melihat perdamaian di sana. Setelah berdekad-dekad Bangsa Moro di Selatan yang majoritinya beragama Islam berjuang untuk pembebasan, akhirnya dizaman Aquino perjanjian damai termetrai yang menjanjikan autonomi menjelang 2016.

Konflik yang telah mengorbankan lebih 150,000 nyawa dikedua-dua belah pihak itu akhirnya bakal meyaksikan penyelsaian ditangan Aquino.
Walaupun memimpin kerajaan yang majoritinya rakyatnya Roman Katolik, Aquino sedar akan tuntutan rakyat Islam di Selatan dan merupakan satu-satunya Presiden yang sanggup mengalah demi mencetuskan perdamaian buat rakyatnya.

Dan kini dalam konflik Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Aquino terserlah mengiktiraf kedaulatan Malaysia khasnya Sabah yang dituntut Sultan Sulu, dengan mengarahkan saki-baki penyokong Sultan Sulu itu agar menyerah diri tanpa syarat.
Menurut Aquino apa sahaja tuntutan kumpulan ini sepatutnya dilakukan dengan cara damai, cara mengugut, “menawan” bumi berdaulat seperti ini adalah salah.

Aquno dipetik menyebut:
To our citizens in Lahad Datu, from the very start our objective has been to avoid the loss of lives and the shedding of blood. However, you did not join us in this objective. Because of the path you have taken, what we have been trying to avoid has come to pass.

Beginilah seorang diplomat, seorang pemimpin terbilang bagi saya.

No comments: