Apabila diplomasi gagal (1/3/13)

Friday, March 01, 2013

Rasional dan rundingan akhirnya tidak dihargai, akibatnya jalan akhir adalah kekerasan berpunca dari sikap dangkal dan sia-sia. Saya merujuk kepada peristiwa di Lahad Datu yang siang tadi telah mengorbankan dua orang anggota pasukan keselamatan kita dengan tiga lagi tercedera. Mereka dilaporkan telah diserang oleh mortar yang dilepaskan oleh kumpulan Sultan Kiram dari Sulu terhadap kenderaan mereka.
Akibat sikap yang tidak menghargai rundingan itu dan percaya pada keganasan dan kekerasan seramai 10-12 anggota kumpulan Sulu itu telah terkorban dalam suasana haru-biru di Kg Tanduo Lahad Datu Sabah itu.

Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat dan Allahyarham Koperal Sabaruddin Daud dari pasukan komando Polis Vat 69 yang terkorban dalam kejadian tersebut.
Bagi saya tiada pihak yang untung dalam kejadian tragis ini. Kita kesal kerana pihak Sultan Sulu enggan berunding untuk menyelesaikan konflik sebaliknya merestui tindakan ganas ini. Keupayaan mereka yang terlibat dalam rundingan dipihak Malaysia juga perlu diteliti dan disemak kepakarannya. Malaysia perlu melahirkan pasukan perunding yang pakar dalam situasi cemas seumpama ini supaya kejadian tragis seumpama ini dapat dielak dimasa hadapan.

Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh yang terkorban.

2 comments:

Anonymous said...

tangkap Najib & Hishamuddin yg mengarahkan sandiwara ini....

roslan sms said...

Konflik ini sesuatu yang sangat malang buat negara dan buat rakyat Filipina. Saya percaya ia tidak kena mengena dengan politik tempatan. Anggota keselamatn kita telah terkorban....tak perlulah kita politikkan.