Seluruh rakyat Malaysia saya percaya sedang menunggu dengan
memberi perhatian penuh kepada perkembangan di Lahad Datu. Pastinya berbagai anggapan
timbul dan membuak di dalam hati tetapi yang pentingnya diperingkat ini kita
perlu beri perhatian dengan meletakkan kepentingan dan kedaulatan Negara diperingkat
teratas.
Jangan lagi prejudis dan celupar dengan pelbagai spekulasi
sedang kita sendiri tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku di “ground zero”.
Berilah keyakinan kepada pasukan keselamatan kita. Biarlah pengganas Suluk dari
luar tempat kejadian khasnya Sultan Kiram dan kerabatnya keluar dengan
kenyataan mereka, kita berlapang dadalah dahulu.
Saya terbaca komen seorang pengunjung di sebuah portal
berita menyebut:
Wow..how come an airstrike with bomb pounding on them can't
manage to kill at least 5 - 10 gunmen instead only 1 was killed?? Every time a
bomb was released from the plane it cost $100,000 plus and it not a small
amount of money and it tax payer money. So is the bomb faulty or the pilot
missed their target or the onboard equipment faulty?? Malaysia spend billion of
USD to buy sophisticated weapon and train the personnel and this is the result.
Malaysia boleh!!
Ini masalah keselamatan dan pertahanan Negara yang
melibatkan nasib dan masa depan kita khasnya rakyat di Sabah. Tidak bolehkah
kita buat seketika berikan keyakinan kepada pihak yang bertanggungjawab.
Bagaimana kita boleh tergamak menghamburkan maki dan kata nista sedang
kenyataan akhir secara rasmi belum dikeluarkan.
Ingat ketika Amerika Syarikat menjejaki Osama ben Ladin di
pergunungan Tora Bora, ratusan bom dan peluru digugurkan dengan kecekapan
ketenteraan dunia berpusat di sana, namun Osama lolos jua. Tetapi tidak pula
rakyat Amerika mengutuk dan mengata nista tentera mereka sebaliknya terus
berdiri teguh dan memberikan sokongan.
Kita di sini, baru sehari pihak keselamatan kita berjuang “all
out” terus kita perlekehkan begitu sahaja.
Saya yakin semua yang terlibat bersungguh-sungguh mahu
mengakhiri episode hitam ini, darah wira kita yang gugur tempuh hari perlu
dibela, kedaulatan Negara dipertahankan. Tidak ada seorang pun mahu pengganas
Suluk ini bebas lolos, berilah keyakinan kepada yang bertanggungjawab selain
berdoa kehadrat Allah swt. Sabar.
No comments:
Post a Comment