Friday, February 29, 2008

Sidang Media PRU ke 12 PAS Pusat

Jumaat 29 Feb 2008


Bertudung menutup aurat tak penting

Dalam keghairahan kita berkempen untuk memenangkan calon masing-masing menjelang Hari Mengundi 8 Mac ini seharusnya kita tidak sekali-kali melupa apalagi menggadaikan pegangan agama kita. Demikianlah juga sepatutnya calon-calon yang bertanding. Benar kemenangan itu penting tetapi janganlah sampai keperingkat kita sanggup dan bersedia meninggalkan amalan dan hukum agama dalam mencapai agenda kemenangan kita itu. Lebih parah lagi kita sendiri yang memperlekeh dan mempermainkannya.

Dalam mengikuti perkembangan kempen pilihanraya diakhbar tempatan hari ini saya tertarik dengan laporan Metro Central, sisipan akhbar The Star hari ini. Di muka depannya dipaparkan gambar besar calon Parlimen Ampang dari PKR Zuraida Kamaruddin yang bertembung dengan calon BN/Umno bagi DUN Bukit Antarabangsa Haslinda Mohd Zerain semasa berkempen distesyen LRT Ampang.

Kedua-duanya tampak ceria dan saling bermesra menurut laporan itu.









Tetapi yang menarik perhatian saya adalah dailog antara keduanya yang dilaporkan dalam akhbar tersebut. Zuraida dikatakan bertanya Haslinda:

Where is your tudung?
Dimana tudung anda?



Kata Zuraida beliau bukan berniat jahat (ketika mengajukan soalan itu) cuma sekadar menegur bagaikan seorang ibu kepada anak, takut-takut Haslinda terlupa sesuatu. Haslinda ketika itu mengenakan "cap" atau topi BN dengan pakaian kebaya warna "pink". Lalu apa kata Haslinda:


Mengenakan tudung bukannya suatu isu. Seorang ahli politik wanita hendaklah diukur dari komitmen yang diberikannya bukan samada dia bertudung ataupun tidak.


Saya tidak berhasrat menambah lebih dari apa yang Puan Zuraida telah sampaikan, cumanya kalau beginilah sikap seorang pemimpin Puteri Umno, seorang bertaraf calon wakil rakyat, maka begitulah agaknya pegangan parti beliau. Panas mungkin kalau berlitup tudung di kepala, tambah dimusim kempen-kempen ini, tak selesa. Kenapa tidak Haslinda syorkan sahaja, oleh kerana komitmen lebih penting, maka makcik-makcik wanita dan puteri Umno yang lain semuanya berpakaian seperti beliau sahaja, senang. Hari Mengundi 8 haribulan ini seluruh perayu wanita dan puteri Umno, makcik-makcik tua dan adik-adik muda semuanya, tak perlulah bertudung, kerana tudung itu bukan isu, yang penting komitmen, yang penting menang.


Terima kasih Haslinda, sekurang-kurangnya anda telah memberi faham kepada kami tentang betapa progresif dan liberalnya Islam Hadhari yang dicetuskan oleh "bos" anda itu.

(Dari Laman Web Malaysiakini)

Why is IGP in BN manifesto, asks PAS
Fauwaz Abdul Aziz Feb 29, 08 5:48pm

Senior enforcement officers have from time to time argued their decisions have nothing to do with politics. So why has Inspector General of Police Musa Hassan lent his face to the Barisan Nasional’s election campaign?This was among the questions raised today by PAS spokesperson Roslan Shahir Mohd Shahir during a press conference at its headquarters in Kuala Lumpur.







In the recently launched BN manifesto for the March 8 general election, its section on ‘Law and Order’ features BN chairperson Abdullah Ahmad Badawi inspecting a police guard of honour.
Walking one step behind Abdullah is a stern-looking Musa.

"Has Musa given his approval to be a model gracing the BN manifesto or what?" asked Roslan.
"PAS is of the view that the use of the Inspector-General of Police’ photo is misusing the image of the civil service for a political campaign. "Is BN hoping the postal votes of police personnel and officers will be cast for the coalition if it uses the face of the IGP?" he added.

Also featured in the manifesto is Anti-Corruption Agency chief Ahmad Said Hamdan in the manifesto’s section ‘Reducing Corruption and Improving Governance’.
Said is similarly depicted walking behind Abdullah as the latter inspects another guard of honour mounted by ACA officers.

Debate on manifestos

Yesterday, Roslan raised a similar issue when he cited BN deputy chairperson Najib Razak’s campaign in the Desa Pahlawan armed forces base in Kok Lanas, Kelantan invoking his position as defence minister.

On another matter, Roslan said the party had set aside March 4 and 5 next week for its deputy president and president to take on their counterparts in BN in a debate on their respective manifestos."PAS believes this debate will prove to the world the extent of openness in Malaysia to democracy and the conduct of proper and clean elections," he added.

It follows a war of words between BN and opposition leaders, with those from the former dismissing the latter’s economic plans as ‘undoable’ and liable to bankrupting the nation.The opposition, however, argues that it is the BN’s mismanagement of the economy and corrupt practices that largely contribute to the wastage of public funds.

(Kenyataan yang dilaporkan di atas diambil dari Sidang Media Harian Sekretariat Media PRU12 PAS Pusat hari ini)

Sidang Media PRU12 PAS Pusat

Khamis 28 Febuari 2008


Kempen PRU ke 12

Sedutan kempen PRU ke 12 oleh parti-parti pembangkangs ekitar Lembah Kelang. Terbitan WTV8





http://www.youtube.com/watch?v=kvhWOd2pHOE

Antara Haji Hadi dan Dollah Badawi

Setelah diasak dengan barang naik, jenayah berleluasa, kerajaan yang lemah dan pimpinan yang korap, Umno dan BN kini menggelupar. Tambah pula pendedahan demi pendedahan berkenaan kepincangan dan ketempangan SPR dan kebangkitan serta kesedaran masyarakat awam. Akhirnya Umno yang lemas dans esak nafas itu terpaksa main kotor.

Segala kekuatan media arus perdana yang berada di bawah kukunya kini menghamburkan propaganda fitnah dan nista terhadap parti-parti pembangkang. Tidak cukup dengan hanya menonjolkan iklan “undilah BN” di radio dan akhbar-akhbar, kini mereka membuat serangan dan fitnah pula.

Kalau kita baca Utusan Malaysia hari ini serangan-serangan mula ditumpukan ke arah Presiden PAS. Kenyataan dari ceramah politik diceduk dan dikatakan merupakan “fatwa” Hj Hadi. Tidak cukup dengan itu, fitnah yang dilambungkan mereka, diulas pula oleh Presiden Umno kononnya untuk menambah kukuhkan lagi serangan mereka. Lalu berkata Dollah Badawi:

Saya hairan mengapa Presiden parti Islam boleh membuat fatwa yang macam itu. Sebenarnya ini adalah perbuatan yang ditegah oleh agama kita. Takkan dia tidak faham, tapi dia masih lakukan. Jadi nyatalah walaupun dia memimpin parti Islam, dia memimpin dan mengajar orang buat (perkara) tidak betul.

Amboi, buruknya gambaran yang diberikan terhadap Presiden PAS. Seolah Hj Hadi itu seorang jahil, seorang kaki maksiat, kaki belit, penipu, tidak berilmu. Yang pandai, bijak, cantik dan molek, Dollah sahaja.

Sedangkan hakikatnya isitlah “fatwa” itu adalah bikinan pihak Utusan, malah isitlah “mengumpat” pun tersasar dari mesej utama yang mahu diutarakan oleh Presiden PAS itu. Isunya sebenarnya adalah mendedahkan keburukkan seseorang yang menwarkan dirinya menjadi pemimpin, agar rakyat tidak tertipu dan tersalah pilih. Jika calon itu memiliki rekod yang tidak diketahui rakyat, maka menjadi tanggungjawab kita memberitahu agar tiada yang terpedaya.

Apakah Umno mahu kita semua lupakan rekod calon-calonnya yang lepas-lepas. Fikirkan yang akan datang sahaja, begitu?

Kalau ada calonnya yang pernah menyelewngkan AP dengan terlibat dalam pengklonan AP sehingga mengakibatkan negara kerugian jutaan ringgit, apakah mendedahkannya menjadi dosa besar? Jika ada calon Umno yang pernah ada hubungan dengan isteri orang, pernah ditangkap di rumah urut dengan gadis-gadis comel dari Negara Cina, pernah mengugut seseorang dengan mengacukan pistol, menipu kelayakkan akademiknya, apakah salah kalau kita mahu selamatkan rakyat dari orang seumpama ini?

Dollah, Najib dan lain-lain janganlah berpura-pura bagai keramat hidup, tiba-tiba menjadi alim dan warak lalu menyerang orang seperti Presiden PAS yang tidak pernah setitik pun minuman atau sebutir pun nasi dari punca yang haram masuk keperutnya atau keperut anak-isterinya. Mungkin kerana sibuk berkempen masing-masing sudah tiada masa untuk melihat wajah sendiri dicermin

.

Thursday, February 28, 2008

Sidang Media PRU12 PAS Pusat
27 Febuari 2008






http://www.youtube.com/watch?v=G2VB7JOETaA

SPR terus diragui!!!

Tahukah anda terdapat 8,066 pengundi berdaftar yang berusia lebih dari 100 tahun. Terbanyak di Sabah.

Di Negeri Selangor sahaja, bagi Parlimen Petaling Jaya Utara dan Parlimen Kuala Langat terdapat dua orang pengundi (800311086231 dan 801018775059) yang dilahirkan pada tahun 1880 bermakna mereka berusia 128 tahun. Sedangkan manusia tertua di dunia berusia 114 tahun!

SPR mendakwa mereka memiliki daftar pengundi yang bersih dan telus, harap mereka dapat menjelaskan bagaimana dalam daftar mereka yang ebrsih dan telus itu boleh terdapat 8,066 pengundi yang semuanya berusia lebih 100 tahun!

Memang ada diantara mereka mungkin masih hidup, tetapi takkanlah yang sudah 128 tahun itu hidup juga? Bagaimana yang 8,000 yang lain itu? Apa yang kita bimbangkan yang mereka ini sebenarnya telah tiada tetapi pada hari mengundi akan ada orang yang muncul mengundi bagi pihak mereka!

Kita tinggal 10 hari lagi sebelum Hari Mengundi, harap SPR melakukan sesuatu sebab saya percaya setelah kes ini dibongkar oleh pelbagai pihak, dan SPR seakan lembab dan mati akal dalam membuat sesuatu, jangan terkejut apabila parti-parti yang bertanding bertindak mengikut perkiraan mereka sendiri.

Jadilah pemegang amanah yang bermaruah.

Wednesday, February 27, 2008

Siapa dia calon BN di Parlimen Baling (1)

Berikut saya terbitkan semula artikel saya dalam blog ini bertarikh 21 Jun 2005 mengenai calon BN bagi kerusi Parlimen Baling Azeez Abd Rahim:

Dalam laman web Agendadaily di http://www.agendadaily.com/ dimuatkan wawancara eksklusif bersama Ketua Putera Umno yang baru ditubuhkan iaitu Abdul Azeez Abdul Rahim. Putera Umno, iaitu Biro dari Pergerakan Pemuda Umno ini diberikan tugas menawan anak-anak muda sekitar 18 hingga 25 tahun dan mereka ini mahu dilatih dan diberikan pendedahan agar menjadi instrument kearah mencapai cita-cita Malaysia maju pada tahun 2020.

Menurut seorang sumber yang menghubungi kami sebahagian besar dari jawapan Azeez terhadap wawancara ini adalah bohong dan palsu belaka. Menurut sumber tadi sesiapa yang tidak mempercayainya bolehlah melakukan siasatan sendiri samada melalui pendaftar syarikat ataupun mana-mana pihak yang berkaitan.Beliau memberi contoh Azeez ada berkata:








Itulah mulanya saya berjaya sehinggalah saya dapat jual kereta pada mat salleh dan saya ada 7 showroom . Saya ada di tapak Gaint Kelana Jaya sekarang, Jalan Kelang Lama dan dalam Subang Parade, itu ada jual kereta mewah.

Di dalam Subang Parade tidak ada showroom kereta. Kalau ada pun berkala pada musim-musim tertentu, tidak ada showroom yang kekal. Takkanlah Azeez nak mendakwa showroom seumpama itu sebagai sebahagian dari kononnya 7 showroomnya itu.

Satu lagi pembohongan yang lebih serius (dalam wawancara itu) adalah:

Kemudian saya beli syarikat Almarhum Sultan Selangor iaitu syarikat Wilayah Arm, setelah maju dalam berniaga, saya mula memberi bantuan kepada mereka yang tidak bernasib baik, pada rumah anak yatim, badan kebajikan, sekolah agama, sekolah anak yatim, Belia 4B, Pandu Puteri.


Menurut sumber syarikat tersebut bukannya milik Almarhum Sultan Selangor, tidak masuk akal Almarhum Tuanku memiliki sebuah syarikat sedemikian rupa. Barangkali pemilik lesennya adalah kerabat di raja Selangor tetapi BUKAN Almarhum Sultan, mengapa Azeez menjual nama Almarhum dalam hal ini? Dan Azeez tidak pula memberitahu yang syarikat itu kemudiannya telah beliau jual dan kini pemiliknya bukan lagi beliau!

Dan lebih serius lagi Azeez mendakwa:

Sejak dulu lagi saya memberi sumbangan dan bantuan, kemudian saya sambung belajar, saya buat Masters di sebuah Universiti di Amerika.

Menurut sumber Azeez tidak pernah memasuki mana-mana universiti di Amerika apalagi berjaya mendapatkan ijazah sarjana di sana.

Dalam wawancara ini Azeez turut berkata:

Sesuatu yang salah tetap saya kata salah, haram tetap haram halal tetap halal prinsip saya jelas, saya tidak mahu kerana kawan saya nak pusing cakap, itu saya tak mahu! Bagi saya apa mak cakap adalah benar belaka.

Dan dalam hal ini berdasarkan kenyataan sumber sebagaimana yang telah dinyatakan, tidaklah salah kalau kita mula meragui kenyataan Azeez di atas. Kalau yang salah itu benar-benar salah, maka banyak yang perlu diperbetulkan oleh Azeez dan sedih melihatkan Umno akan menyerahkan nasib anak-anak muda kepada seorang yang kredibilitinya sangat-sangat dipertikaikan.

Demikianlah karekter calon BN di parlimen Baling yang akan menentang bekas Imam Besar Masjid Negara Ustaz Taib Azamuddin dari PAS. Orang Baling kena berhati-hati, jangan tersilap sekali lagi.

Rakyat Kelantan perlu tegas dalam membuat pendirian

Negeri yang terus menjadi tumpuan dan perhatian para penganalisa dan pemerhati politik dalam PRU kali ini adalah Kelantan. Adakah kerajaan PAS Kelantan dapat bertahan untuk penggal kelima? Adakah rakyat Kelantan akan beralih selera memberi mandat kepada Umno dan BN pula kali ini untuk memerintah mereka?

Ternyata sejak tahun 1999 Kelantan telah menyaksikan perubahan dalam gaya atau ”style” kepimpinan selepas mereka mengangkat seorang tokoh ulamak iaitu Tok Guru Nik Abd Aziz Nik Mat sebagai MB.

Siapa pun tidak boleh nafikan setelah Tok Guru mula menerajui negeri ini dan menyusun barisan EXCO nya yang terkini, terdiri dari gabungan ulamak dan profesional dari pelbagai disiplin, Kelantan telah melalui satu transformasi yang tidak pernah ia rasai sebelum ini. Yang jelasnya sejak 18 tahun lalu seluruh pimpinan negeri dan wakil-wakil rakyatnya bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa atau sebarang jenayah moral.







Memang dari sudut pembangunan fizikal Kelantan agak terbatas berbanding negeri-negeri yang dikuasai BN yang lain, tetapi ini berlaku bukan kerana ketidakcekapan pimpinan negeri, ianya berlaku kerana sekatan dan kekangan dari kerajaan Pusat yang dikuasai Umno.

Atas dasar inilah rakyat Kelantan perlu kini bijak membuat perhitungan. Kelantan di bawah Tok Guru telah berjaya membina apa yang gagal dibina di negeri-negeri lain, iaitu saf kepimpinan yang beramanah dan bertaqwa. Dari situ tugas seterusnya bukanlah untuk menurunkan pimpinan ini dan digantikan dengan mereka yang sudah sedia terpalit dan pincang dengan rasuah dan kemungkaran, sebaliknya adalah untuk memastikan yang mereka yang berkualiti ini terus kekal dan dimenangkan dengan majoriti yang lebih besar.

Rakyat Kelantan perlu menghargai hakikat ini. Cara untuk memastikan yang Kelantan terus makmur dan maju, ”Membangun Bersama Islam” adalah dengan memberikan kekuatan politik kepada PAS. Menangkan PAS di negeri dan di parlimen dan pastikan Umno tidak ada runag lagi untuk bernyawa di Kelantan. Ketika itu kerajaan Pusat, siapa pun mereka, perlu serius dan bekerjasama dengan kerajaan Kelantan.

Kekuatan politik PAS di Kelantan ini nanti akan mengajar Umno bahawa rakyat Kelantan lebih menghargai akhlak dan keperibadian pemimpinnya mengatasi janji dan tawaran yang manis dan enak-enak. Apabila sudah tidak ada wakil Umno lagi, atau ianya dikurangkan pada tahap paling minima maka ianya menjadi petanda bahawa itulah kemahuan rakyat Kelantan dan lantaran itu kerajaan Pusat perlu akur dan menghormatinya. Umno telah cuba, tetapi 5 penggal berturut-turut rakyat terus menolak mereka, maka kesimpulannya rakyat mahu terus dipimpin oleh kerajaan yang sedia ada.

Ketika itu seluruh negara dan dunia akan terpaksa memberi pengiktirafan pada hakikat berkenaan. Maka kekallah Kelantan dipimpin oleh saf kepimpinan yang paling berkualiti dalam negara, dan rakyatnya senang dan makmur kerana sedar bahawa kemungkaran politik dan ekonomi sudah luput dan pupus samasekali di Negeri Serambi Mekah.

Undilah PAS dan Selamatkan Kerajaan ”Membangun Bersama Islam”

Jangan biarkan maruah dan harga diri kita tergadai

Kini sudah jam 1245 malam hari Rabu, bermakna oleh kerana kesuntukkan waktu lantaran kesibukkan tugas, saya tidak berkesempatan update blog ini sepanjang hari Selasa. Maaf kepada mereka yang setia mengikuti blog ini.

Kempen pilihan raya umum terus hangat membahang.

Saya perhatikan pihak BN buat pertama kalinya kini mengeksploitasi sepenuhnya media yang sememangnya berada di dalam cengkaman mereka. Kalau pada pilihanraya yang lepas-lepas media diperalatkan untuk kepentingan mereka, kini ia terus terang-terang menyeru rakyat mengundi mereka. Di akhbar, di radio apalagi di TV termasuk Astro, para pembaca, pendengar dan penonton dirayu mengundi Barisan Nasional! Kalau bulan dan bintang serta matahari pun boleh turut dilacurkan untuk kepentingan BN saya yakin ianya juga tidak akan terlepas. Demikianlah betapa terdesaknya BN.

Tentunya sikap rakus dan buruk BN ini membelakangkan apa sahaja amalan demokrasi yang memberikan akses dan kebebasan media kepada semua pihak yang bertanding di dalam sesuatu pilihanraya. Yang penting Umno dan BN mesti menang, bukan sekadar menang tetapi menang besar. Persetankan apa sahaja amalan dan konvensyen yang pentingnya pembangkang mesti dikalahkan. Kalau perlu media dieksploitasi dan dilacurkan, maka BN akan lakukan. Kalau perlu perkudakan media untuk tabur fitnah terhadap pembangkang, maka medialah perkakasnya.
Sayang kita kononnya mendabik dada sudah lebih 50 tahun bertuan di bumi sendiri, sayangnya bumi merdeka ini mengamalkan peraturan lebih buruk dan kuno dari yang dipaksa ke atas kita oleh penajajah asing yang tidak berhati perut.

Kini segala-galanya terletak di atas hati dan kemahuan rakyat. Jika walaupun diasak dan diterkam oleh media yang sudah punah kewarasannya ini, rakyat tetap mahu dan cintakan kebenaran dan keadilan, maka berbelanjalah BN berapa juta RM sekali pun, rakyat akan tetap menolak mereka. Akan tetapi kiranya rakyat terus termakan tuba dan racun mereka, maka punah dan jahanamlah negara. Ketika itu kemanuasiaan dan maruah sudah tidak ada nilai lagi, yang dipandang mulia adalah pangkat dan kuasa semata-mata, kita akan terus-menerus hina di atas bumi yang kita dakwa tanah air kita yang tercinta.

Monday, February 25, 2008

Hari Penamaan Calon Parlimen Gombak & Titiwangsa



Liputan Hari Penamaan Calon PRU ke 12 bagi kerusi Parlimen Gombak dan Titiwangsa. Dibawakan khas oleh WTV8 http://wtv8.tv/ Saluran Alternatif Anda






http://www.youtube.com/watch?v=aety2qS8pmQ

Selangor semakin bermasalah buat BN

Sebelum ini Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo dengan sombong menolak mentah-mentah pandangan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang menyatakan Selangor adalah salah sebuah negeri "hot spot" bagi BN selain Pulau Pinang dan Kedah.

Pernah Khir mengatakan kalau pun ada masalah bagi BN di Selangor, ia hanya tertumpu di kawasan Parlimen Petaling Jaya Utara iaitu kawasan parlimen yang lebih 83% pengundinya terdiri dari masyarakat bukan Melayu. Bermakna cuma 1 kerusi parlimen (dari 22) dan 2 DUN (dari 56) iaitu Kg Tunku dan Damansara Utama yang menjadi masalah kepada BN yang selebihnya termasuklah semua kerusi-kerusi Umno selamat belaka. Malah kedua-dua kerusi DUN milik DAP iaitu Sekinchan dan Sg Pinang pun akan BN sapu bersih kata beliau. Hebat sungguh BN dan Umno Selangor.

Tiba-tiba selepas penamaan calon semalam senarai Khir itu bertambah. Menurut NST Khir berkata selain DUN Sekinchan dan Sg Pinang (dulu kata sapu bersih) BN menganggap 6 buah kersui lagi bermasalah baginya itu di Batu Caves (ditandingi calon PKR Amirudin Shari), Teratai ( ditandingi tokoh muda DAP Cik Janice Lee), Chempaka (ditandingi Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad), Gombak Setia (ditandingi Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Hasan Ali), Bangi (ditandingi Dr Shafie dari PAS) dan Bukit Gasing (ditandingi Edward Lee dari DAP).
Nampaknya makin banyak pula kerusi yang goyang bagi BN dan Umno bermakna semakin sahihlah pendapat Tun Daim itu.

Saya rasa bukan hanya kerusi-kerusi yang Khir sebutkan itu malahan seluruh Selangor dirasakan bergegar setelah rakyat melihat barisan calon-calon yang mantap dan berwibawa yang dikemukakan oleh PAS, PKR dan DAP di Selangor. Terpulanglah kepada rakyat samada mahu terus setia membuta kepada calon-calon BN tanpa memperdulikan rekod atau kelayakkan peribadi mereka atau rakyat sudah mahu menuntut perubahan, dan mahukan calon-calon yang berkualiti, bersih dan cekap.

Semoga Selangor terus mengorak langkah membawa perubahan total yang diperlukan oleh rakyat. Selangor Terus Maju bawah BA!

SPR melacurkan diri untuk kepentingan BN

Sekali lagi SPR terbukti tidak efisyen dan malah kelihatan menyebelahi pihak BN!

Pada 21 Febuari lalu pihak SPR melalui surat yang ditandatangani Setiausahanya Dato Kamaruzzaman Mohd Nor memaklumkan bahawa Akuan Berkanun (Borang 5 untuk Parlimen atau 5A untuk DUN) yang dikemukakan oleh calon-calon semasa Hari Penamaan Calon 24 Febuari wajib dikenakan duti setem. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan Pegawai Pengurus SPR berhak melalui Peraturan 4(7) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, menolak kertas pencalonan calon-calon berkenaan.

Parti-parti pembangkang yang menerima arahan bertulis bertarikh 21 Febuari itu telah merakamkan bantahan masing-masing namun terpaksa juga mengusahakannya kerana bimbang kertas pencalonan mereka nanti akan ditolak jika tidak berbuat demikian. Kesemua calon-calon BA telah bergegas melaksanakan arahan itu sebelum Hari Penamaan Calon.

Anehnya semasa Hari Penamaan Calon, pegawai-pegawai SPR menyatakans ecara lisan kepada calon-calon PAS dan PKR bahawa arahan tersebut telah ditarik-balik. Mereka mengemukakan satu surat abru yang ditandatangani Setiausaha SPR yang sama kononnya menarik balik arahan 21 Febuari itu. Mengapa ini berlaku?

Punca yang masuk akal, kerana calon-calon BN kahsnya yang ditukar disaat akhir kebanyakkannya tidak sempat mematuhi arahan itu. Oleh itu dari ditolak kertas pencalonan emreka maka SPR yang ternag-terang adalah perkakasa BN sejak dulu lagi telah menarik balik arahan itu!

Bantahan yang dikemukakan oleh calon-calon PAS dan PKR terhadap kegagalan calon-calon BN mematuhi arahan 21 Febuari itu telah ditolak mentah-mentah. Jika arahan 21 Febuari itu dipatuhi saya yakin lebih 5)5 (atau mungkin lebih lagi) calon-calon OPAS dan PKR akan disiytiharkan menang tanpa bertanding.

PAS dan PKR bukannya mahu menuntut kemenangan percuma tetapi soalnya mengapa SPR mengubah-ubaha arahan mereka sendiri sesuka hati. Jika pada hari pertama Penamaan Calon SPR telah terang-terang menyebelahi pihak BN, bayangkan apa lagi yang mungkin mampu mereka lakukan selepas ini.

Sunday, February 24, 2008

PAS menang tanpa bertanding di DUN Kijang

Calon Muslimat bekas Senator Wan Ubaidah bt Omar merupakan calon PAS pertama yang berjaya melangkah masuk dengan panji-panji kemenangan Islam iaitu di Kelantan. Menurut sumber beliau disiytiharkan menang tanpa bertanding di sana.

Allahuakbar

Sementara rakan saya yang sama-sama menuntut di UITM (dulu ITM) Azalina Othman sekali lagi menang tanpa bertanding di kawsan Parlimennya.

Saturday, February 23, 2008

Utusan Malaysia terus mahu membunuh PAS

Saya membaca sambil tersenyum rencana pengarang Utusan Malaysia hari ini. Sdr Zulkiflee Bakar menulis di bawah tajuk:PAS lupa perjuangan bentuk Negara Islam

Saya yakin tujuan utama Sdr. Zul itu adalah untuk memaklumkan kepada orang-ramai bahawa PAS kini bukan lagi PAS yang dahulu. PAS kini sudah tidak berjuang Islam lagi kerana PAS kini sudah berubah dan beliau petik ucapan Tun Guru Hj Abd Hadi Awang semasa melancarkan Manifesto PAS baru-baru ini untuk kononnya mengukuhkan hujah beliau:

Dalam politik perubahan sentiasa boleh berlaku.

Sesungguhnya kalau beliau jujur beliau akan menjelaskan bahawa ungkapan Tuan Guru di atas itu tidak langsung merujuk kepada Negara Islam tetapi dibuat ketika memberikan respon terhadap kerjasama PAS dan DAP (licik sungguh Sdr Zul dalam kerja-kerja memutar!)

Berbalik kepada isu Negara Islam, kalaulah benar PAS menggugurkan perjuangan untuk menegakkan Negara Islam sebagaimana yang cuba dijual oleh Sdr Zul itu, mengapa Umno (parti Melayu/Islam terbesar dalam Negara) tidak pula sebaliknya memperjuangkannya? Kerana seluruh penulisan beliau seolah menggambarkan yang perjuangan menegakkan Negara Islam itu sesuatu yang wajib sehingga menyentuh perjuangan rakan-rakan di Indonesia, soalnya kenapa hanya wajib pada PAS, Umno bagaimana?

Bagi saya rakyat Malaysia khasnya masyarakat Melayu tahu akan dasar dan matlamat perjuangan PAS, usia PAS pun sudah melangkaui 50 tahun. Kita tidak perlu seorang seperti Sdr Zul untuk tiba-tiba membuat cerita bahawa Negara Islam sudah tiada lagi dalam agenda PAS, hanya semata-mata kerana tiada dalam manifestonya. Barangkali Utusan tidak pernah menghantar wartawannya untuk kursus-kursus politik sehingga tidak tahu membezakan antara manifesto dan perlembagaan parti.

Malah sebenarnya dalam Manifesto PAS kali ini yang bertajuk: Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih - Menuju Negara Berkebajikan itu disebut pada Teras 1:

Menegakkan penghayatan Islam sebagai aqidah yang sejahtera dan cara hidup (ad Deen) bagi umat Islam di negara ini.

Menjamin perlaksanaan peruntukkan-peruntukkan Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan

Rakyat Malaysia yang celik dan faham politik akan selama-lamanya tahu (walaupun cuba dikelabukan oleh Sdr Zul) bahawa PAS adalah sebuah parti Islam. Selagi ia parti islam maka selagi itulah matlamat dan dasar perjuangannya jelas (kalau Sdr Zul kurang maklumat email sahaja pada saya insyallah saya boleh kirim melalui tangan Perlembagaan PAS). Dalam Perlembagaan PAS fasal-fasal mengenai dasar, tujuan dan seruan parti itu tidak pernah dipinda-pinda sejak penubuhannya lebih 50 tahun lalu.

Kalau benar-benar berniat mahu memadamkan PAS, satu-satunya parti yang mempertahan dan memperjuang Islam dalam Negara kita ini, Sdr nampaknya perlu bekerja lebih kuat lagi. Nanti kalau berjaya bolehlah Sdr berbangga bahawa Parti Islam ini mati hasil kerja tangan Sdr., teruslah mencuba.

BN terus memperlihatkan kelemahannya

Seingat saya perkara sebegini tidak pernah berlaku dalam BN sebelum ini. Biasanya kalau calon-calon telah diumumkan oleh samada Pengerusi BN Negeri atau Pengerusi BN Pusat, itulah calon-calon yang akan bertanding atas tiket BN pada hari penamaan calon kelak. Kecuali satu dua kes yang luarbiasa, biasanya BN hebat dari sudut itu.

Berlainan dengan parti-parti pembangkang, sejak dari dulu lagi pasti akan ada pertukaran disaat-saat akhir, kerana mereka bukan hanya menghadapi masalah kesukaran mendapatkan calon-calon (siapa mahu menempah susah) tetapi juga pihak lawan yang sibuk dengan pancing masing-masing mahu memancing calon-calon pembangkang supaya mereka menang percuma. Pernah dalam satu pilihanraya di Sabah, Ketua Menteri Sabah ketika itu berjaya membeli semua calon-calon pembangkang sehingga hampir keseluruhan kerusi Parlimen negeri itu jatuh ketangan Perikatan secara percuma.

Apa pun kini nampaknya parti-parti pembangkang khasnya BA dan DAP lancar dan licin susunan calon-calonnya. Sehinggakan kawan saya Wee Choo Keong (yang keras itu) dari parti serpihan DAP iaitu MDP dapat dipujuk dan setuju bertanding atas tiket PKR di Wangsa Maju dan bekas ADUN BN dari Gerakan dapat ditawarkan kerusi DUN Derga, Kedah dan bakal bertanding atas tiket PKR setelah meninggalkan Gerakan.

Kesimpulannya pembangkang nama lebih tersusun berbanding BN dalam mengemukakan senarai calon-calon.

Beberapa calon BN termasuklah dari Umno dilaporkan terpaksa ditukar disaat-saat akhir walaupun setelah pengumuman calon-calon dibuat. Kita sudah pasti telah mendengar darihal kekalutan yang berlaku di Perlis sehingga Shahidan terpaksa berjumpa Dollah Badawi sebanyak 7 kali dalam sehari sebelum berpuashati. (Malah setakat artikel ini ditulis BN Perlis masih belum pun mengumumkan nama calon-calonnya).

Di Kelantan dua orang calon BN yang telah diisytiharkan namanya bertanding atas tiket BN difahamkan sedang memikir semula samada bersetuju atau tidak.

Ini semua bagi saya membuktikan betapa lemah dan longgarnya kepimpinan Dollah Badawi rupanya beliau bukan hanya lemah sebagai PM malah sebagai Pengerusi BN dan Presiden Umno pun beliau kelihatan kalut dalam menyelesaikan masalah. Berbeza dengan pimpinan BN dan Perikatan sebelum ini.

Mungkin ini adalah isyarat awal kemerosotan BN, mudah-mudahan begitulah. Parti-parti pembangkang khasnya BA dan DAP perlulah bekerja lebih kuat lagi dan terus m,eyakinkan rakyat bahawa tarikh luput BN rupanya adalah pada 8 Mac 2008 ini, oleh itu sama-samalah kita semua tukar kepada yang baru!

Friday, February 22, 2008

Siapakah PM BA dan bagaimanakah bentuk kerajaannya nanti?

Nampaknya para pembaca BLOG ini sudah sampai ke tahap interaktif dan mahukan saya respon secara spesifik terhadap satu-satu soalan yang mereka bangkitkan. Terima kasih atas minta anda. Dalam rungan komen saya menerima soalan berikut:

Saudara Roslan,Disebabkan saudara roslan telah menjawab soalan 'NAK TAHU', jadi saya juga berharap saudara Roslan dapat sangat menjawab soalan saya ni. Saya dah lama tertanya-tanya...Kita tahu untuk mengalahkan BN dan menubuhkan kerajaan BA adalah agak mustahil pada PRU 12 ni. Tapi Allah maha berkuasa, dan andainya Allah kata 'jadi' maka 'jadilah'. Soalan saya andainya BA yang memerintah selepas PRU 12 ini, siapakah yang akan menjadi PM dan bagimanakah nanti bentuk kerajaan campuran tersebut?Terima kasih

2kali5 02.22.08 - 2:47 pm

PAS bertanding sebanyak 65 dari 222 kerusi Parlimen atau kira-kira 30% kerusi. Selebihnya ditandingi oleh rakan PAS dalam Barisan Alternatif iaitu PKR. PKR pula membentuk kerjasama pilihan raya dengan DAP, lalu kerusi yang tidak ditandingi PAS iaitu kira-kira 157 ditandingi oleh samada PKR atau DAP.

Sasaran PAS adalah untuk menafikan 2/3 majoriti BN di Parlimen, dengan itu parti-parti pembangkang perlu memenangi sekurang-kurangnya 75 kerusi. Jika angina perubahan rakyat benar-benar kencang kali ini ianya tidak mustahil berlaku.

Walaubagaimanapun sebagaimana yang disebut “2kali5” di atas kiranya ditakdirkan Allah swt BA berkuasa bagaimana? Siapakah yang akan menjadi PM? Apakah bentuk kerajaan campuran itu nanti?

Sekiranya BA secara bersendirian dapat mengumpulkan cukup kerusi untuk membentuk kerajaan, ketika itu sudah pastilah sebagaimana dijelaskan oleh Presiden PAS, lanskap politik Malaysia akan berubah. Kalau PAS contohnya menang katakanlah sehingga 40 kerusi yang dipertandingkannya, sudah pastilah yang kalah adalah Umno. Ketika itu kemanakah saki-baki ahli parlimen Umno akan pergi, apakah mereka akan kekal dalam Umno apabila Umno sudah tidak menjadi terjau politik Melayu lagi?

Bagaimana pula dengan PKR, katakanlah PKR juga memenangi sejumlah besar kerusi yang dipertandingkannya, sekali lagi yang akan kalah adalah Umno dan rakan-rakan komponannya. Dan sekali lagi semakin berbezalah lanskap politik Malaysia.

Berbalik kepada persoalan saudara, siapakah yang akan menjadi PM (soalan yang sama diajukan oleh Khairy Jamaluddin dalam TV3 sebentar tadi), maka sudah pastilah mana-mana parti yang memiliki kerusi terbanyak. Jika PAS maka PAS lah jika PKR maka PKR lah, memetik kata-kata Presiden PAS kita akan fikirkannya apabila tiba ke sana nanti.

Akhirnya apakah bentuk kerjaan campuran itu nanti, PAS bukan pertama kali akan membentuk kerajaan campuran jika menang kali ini, semasa penubuhan BN dahulu PAS pernah duduk dalam kerajaan campuran BN. Yang pastinya kerajaan campuran BA nanti akan berdiri atas prinsip menegakkan keadilan dan meruntuhkan kezaliman. PAS sudah pastilah akan menuntut perlaksanaan Manifesto Pilihanrayanya disamping “Tawaran Bersama” yang dijanjikan oleh PAS dan PKR.

Dan sudah pastilah dinegeri-negeri yang PAS menjadi teraju maka Islam yang PAS perjuangkan akan ditegakkan sebagaimana di Kelantan dan di Terengganu sebelum ini. PAS mensasarkan untuk bertahan di Kelantan, menebus kekalahan di Terengganu dan berusaha memeprolehi Kedah (dan Perlis).

Bagi PAS sendiri untuk Pilihan Raya Umum ini sekali lagi ditegaskan, kita bekerja ke arah menafikan 2/3 majoriti BN di Parlimen.

Adakah Kelantan mahukan MB dari Umno?

Dengan megah Umno Kelantan mengisytiharkan calon Menteri Besarnya jika Umno/BN berjaya merampas Kelantan dari tangan PAS. Bekas Penolong Gabenor Bank Negara dan Timbalan Menteri Kewangan Dr Awang Adek Hussin akan bertanding kerusi Parlimen Bachok dan DUN Perupok dan jika BN menang akan dinobatkan sebagai MB Kelantan yang baru.





MB Kelantan dari Umno yang terakhir adalah Mohammad Yaakob yang kecundang pada tahun 1990 iaitu kira-kira 18 tahun lalu. Adakah Kelantan akan melihat kembalinya Umno menjadi MBnya kali ini?

Memang Awang Adek mungkin memiliki kelayakkan akademik dan pengalaman dibidang kewangan yang luas, tetapi PAS Kelantan juga kaya dengan mereka seumpama itu dalam kerjaan negeri. Husam Musa dan Zulkifli Mamant masing-masing lulusan ekonomi dan kewangan yang telah selama ini menyumbang dengan baik kepada kerajaan negeri dan rakyat Kelantan.

Dalam erti kata lain kalau sekadar mahukan seorang professional untuk memimpin Kelantan, bukan hanya Umno malah PAS pun kaya dengannya.

Hakikatnya diwaktu ini di Malaysia tidak ada seorang pun MB atau Ketua Menteri umpama Nik Aziz, seorang ulamak dan ilmuan yang dikagumi, disegani dan diiktiraf oleh kawan dan lawan. Beliau bukan sekadar memiliki kelayakkan akademik dibidang Islam tetapi mampu mempamirkan akhlak dan keperibadian seorang pemimpin yang saya berani mengatakan tidak boleh ditandingi oleh mana-mana pemimpin pun di Malaysia apalagi Awang Adek.

Kepimpinan Nik Abd Aziz telah berjaya menyuntik roh dan semangat Islam dalam kerajaan dan rakyat. Kelantan kaya dengan akhlak dan moral pemimpinnya yang dibayangi agama. Apakah kerana semata-mata mahu mengejar sesuatu yang belum pasti maka kita mahu merobohkan segala yang terbina dan mengundang kembali segala kemudharatan yang kaya di negeri-negeri pimpinan Umno/BN itu?!

Saya yakin rakyat Kelantan belum bersedia mahu menggantikan kepimpinan yang berslogankan Membangun Bersama Islam dengan sesuatu yang lain. Awang Adek mungkin boleh dinobatkan sebagai bakal MB Kelantan, tetapi untuk menjadi MB, mungkin belum lagi selagi rakyat Kelantan mahukan kepimpinan berteraskan Islam. Tinggallah beliau sebagai “Bakal” MB, dulu, kini dan selama-lamanya.

Mat Tyson KO sebelum masuk gelanggang

Setelah diwar-warkan akan bertanding kerusi Parlimen di Selangor, tiba-tiba bekas MB Selangor yang juga Ketua Penerangan Umno, Muhammad Mohd Taib, tidak langsung tersenarai namanya dalam senarai yang diumumkan oleh BN Selangor.

Dua hari lepas sisipan akhbar The Star, Metro (Central) meletakkan karikatur Mat Taib di muka hadapannya dengan tajuk:





Back with a punch

Muhammad Taib popularly known as Mike Tyson, looks ready to enter the fray with his name tipped for the Kuala Selangor parliamentary constituency and his chances look good.

Tiba-tiba belum pun terjun gelanggang, Mat Tyson telah KO! Mungkin beliaulah antara nama yang tidak bebas dari tapisan BPR. Kalau berdasarkan publisiti yang diberikan oleh media arus perdana memang Mat Tyson bakal kembali sebagai wakil rakyat, mungkin orang yang paling gembira dengan perkembangan ini adalah Khir Toyo, yang sudah pasti terancam kedudukannya di Selangor kiranya Mat Tyson menang.

Hairan Abd Aziz Shamsuddin yang sudah berusia 70 tahun yang bukan pun terlibat dalam Umno bahagian di Selangor boleh terus dicalonkan di Shah Alam, tetapi tokoh Umno Selangor ini yang menyandang jawatan Ketua Penerangan Umno Malaysia tercicir!

Sekurang-kurangnya rakyat Selangor terselamat dari dipimpin oleh orang yang bermasalah, syukurlah. Soalnya apakah Umno terus perlukan orang bermasalah memimpin mereka?

Pertandingan “All in the family”

Dalam akhbar The Star hari ini terdapat satu ruangan menarik di muka enamnya yang bertajuk “All in the family”. Ia menyenaraikan calon-calon BN dan pembangkang yang ada kaitan kekeluargaan samada dengan sesame calon atau bekas wakil rakyat yang pernah bertanding.

Bagi parti pembangkang sendiri, keluarga yang bertanding adalah keluarga Lim iaitu Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng (saya tidak pasti samada isteri Lim ADUN di Melaka akan bertanding lagi atau tidak) iaitu pimpinan DAP. Kemudian adalah anak beranak Karpal dan Gobind Singh. PKR kali ini akan melihat ibu dan anak perempuan iaitu Datin Seri Dr Wan Azizah di Permatang Pauh dan Nurul Izzah di Lembah Pantai.

Ada juga seakan bertanding bagi mengekalakn rekod dinasti masing-masing. Anak-anak bekas Menteri Ling Liong Sik (MCA) dan Lim Keng Yaik akan bertanding kerusi Parlimen. Yang kecundang dan diselaputi rekod moral seperti Chua Soi Lek dan Zakaria Md Deros juga terus menwariskan kerusi mereka. Dr Chua akan mewariskan kepada anaknya Chu Tee Yong di parlimen Labis manakala Zakaria buta menantunya Roselinda di DUN Pelabuhan Kelang.

Rekod pimpinan tertinggi Umno, anak masing-masing bertanding setelah ayah m,engundurkan diri akan dikekalkan oleh Mukhriz Mahathir setelah Najib dan Hishamuddin sebelum ini mewarisi kedudukkan arwah ayah masing-masing. Cuma kali ini rekod tadi akan dipecahkan apabila menantu Presiden Umno, Khairy Jamaluddin (parlimen Rembau) bertanding serentak dengan bapa mertuanya di Kepala Batas, semasa bapa mertuanya masih hidup!

Untuk makluman anak lelaki kepada pimpinan tertinggi PAS iaitu Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat iaitu Dr Khalil Hj Abd Hadi dan Ustaz Nik Abduh Nik Abd Aziz masing-masing turut tersenarai di peringkat kawasan masing-masing. Namun nama-nama mereka digugurkan atas desakkan ayahanda masing-masing. Itulah cara PAS, yang berlainan dengan Umno.

Thursday, February 21, 2008

Macam mana PAS mahu hapus
tol?

Saya melihat dalam ruangan komen BLOG ini seorang pengunjung “NAK TAHU” telah mengemukakan persoalan:

salam nak tahu macam mana BA nak kurangkan atau hapuskan tol seperti yang dicanangkan? tolong saya! bakal pengundi BA insyaAllah!siapa2 yg ada jawapan sila beri; link ker aper ker...tq

Saya berterima kasih atas pertanyaan tersebut, minat saudara dan pengakuan saudara sebagai bakal pengundi BA. Berikut saya petik, apa yang berada dalam Manifesto PAS yang baru dilancarkan oleh Presiden PAS petang tadi yang merujuk kepada isu ini iaitu:

Menghapuskan tol dengan kerajaan membeli dan memiliki kembali lebuhraya-lebuhraya dari pemilik konsesi.

Cadangan ini pernah disuarakan oleh ahli parlimen JB Shahril Samad satu ketika dahulu, dan inilah yang akan dilakukan oleh PAS dan BA bagi tujuan menghapuskan tol berkenaan. Walaubagaimanapun terhibur juga saya apabila membaca komen sdr “KEMBARAKITA” dalam isu yang sama yang menyebut:

kepada "nak Tahu" yang bertanya macamana BA akan turun/hapuskan tol? caranya kalau nak tahu undi BA bagi dia menang, tengok macamana dia turunkan tol, sebab kita tak pernah tanya BN macamana cara dia naikkan TOL!!!

Terima kasih atas sokongan anda semua.

“Kepala” Mat Rempit langgar lari “Ustazah Glamour”

Benarlah telahan saya sebelum ini bahawa “Ustazah Glamour” yang telah menggulingkan bekas Imam Besar Masjid Negara pada tahun 2004 lalu akhirnya terguling pula. Baru sepenggal berkhidmat selaku ahli parlimen Baling beliau tidak dipilih lagi oleh Umno/BN untuk bertanding bagi mempertahankan kerusi tersebut dalam PRU kali ini. Dr Mashitah Ibrahim bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa hari ini diketepikan kerana mahu memberi laluan kepada “kepala” Mat Rempit Malaysia!







Siang tadi Pengerui Badan Perhubungan Umno Kedah mengumumkan nama Azeez Abd Rahim sebagai calon Umno/BN untuk kerusi Parlimen Baling. Bayangkan seorang ahli akademik dan “Ustazah Glamour” dipintas bagi memberi laluan kepada seorang yang tidak pernah melangkahkan kakinya ke IPT pun kecuali membeli sijil-sijil dari universiti yang diragui!

Bagi saya ini menunjukkan betapa berjayanya Khairy Jamaluddin memasang rangkaian politiknya dengan menaikkan mereka yang dikeliling-kelalangnya untuk memastikan beliau nanti pula dapat naik dengan selesa.

Azeez ini memliki rekod yang sangat buruk yang pernah saya dedahkan dalam blog ini beberapa tahun lalu. Janganlah orang Baling menaikkan orang yang memiliki karekter seumpama ini dan membelakangkan Ustaz Taib Azamuddin, seorang ulamak yang disegani.

Blog ini akan mengulangi rekod buruk Azeez sebelum ini bagi memberi amaran kepada orang Baling khususnya akan apa yang menunggu dihadapan mereka kiranya Azeez ini naik sebagai ahli parlimen.

PAS kemuka dua calon bukan Melayu

PAS bukan parti perkauman. Sekali lagi menjelang PRU ini PAS membuktikan hakikat itu apabila tampil mengemukakan dua orang calon bukan Melayu bagi bertanding di Kelantan dan Perak. Mereka adalah AJK PAS Pusat Datuk Anuar Tan yang akan mempertahankan kerusi DUN Kota Lama nya di Kelantan, manakala seorang algi calon adalah Dr. Khalil Idham Lim Abdullah di DUN Titi Serong, Perak.

Alangkah sejuk mata dan senang hati kita melihat betapa saudara-saudara kita dari kaum selain Melayu boleh sama-sama memegang panji-panji perjuangan, bagi menegakkan keadilan dan merobohkan kezaliman ini.

Mudah-mudahan dengan penampilan sahabat-sahabat kita ini akan membuka keinsafan dihati umat Islam yang lain dalam negara kita agar meninggalkan perjuangan yang sia-sia dan bersatu di bawah panji-panji kebenaran ini.

Perkembangan mutakhir ini menunjukkan bukan hanya masyarakat Islam dikalangan bukan Melayu malah masyarakat bukan Islam pun sudah turut sama menghadiri dan mengikuti program dan aktiviti PAS kerana mereka yakin perjuangannya. Tinggal lagi kita yang di kampong dan di bandar yang masih menafi dan menolaknya. Buanglah yang keruh ambil yang jernih.

Dinasti Zakaria Md Deros terus berkuasa di Klang

Sebentar tadi seorang wartawan akhbar berbahasa Inggeris meminta reaksi saya darihal pencalonan Puan Roslinda Abdul Jamil sebagai calon BN/Umno bagi kerusi DUN Pelabuhan Kelang, Selangor. Ketua Puteri Umno bahagian itu akan menggantikan Zakaria Md Deros, Ketua Umno bahagian Klang yang terkenal kerana memiliki mahligia RM8juta itu.

Nampaknya Umno berusaha untuk mencuci kekotoran yang telah dipalitkan oleh Zakaria berikutan kes mahligai itu dan beberapa kes lain yang membabitkan beliau. Malangnya Umno tidak mampu melihat keluar dari lingkungan rumah tangga Zakaria. Seolah tidak ada calon yang lebih layak selain yang berada dalam rumah tangga, tokoh yang pernah memukul ADUN DAP di ruang lobi Bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor satu ketika dahulu.



Roslinda adalah menantu Zakaria, berkahwin dengan anak lelakinya yang juga Ketua pemuda Umno bahagian Klang. Bagi saya pencalonan Roslinda membuktikan yang nepotisma masih menjadi amalan dalam Umno Selangor dan akan terus memkana parti itu dari dalam. Kesimpulannya penduduk di DUN berkenaan berhadapan dengan calon baru Umno yang hakikatnya terus akan dibayangi oleh mambang besar bernama Zakaria yang masih bersembunyi dibelakang kelibat calon baru itu.

Kepada pengundi Pelabuhan Kelang: Cuba-cubalah yang baru!

"Giant Killer" akhirnya terbunuh di Marang

Pada Pilihan Raya Umum 2004 lalu, Umno/BN Terengganu telah berjaya merebahkan kerajaan PAS di negeri tersebut yang hanya bertahan satu penggal.

Pelbagai faktor diberikan terhadap kekalahan PAS itu tetapi yang jelasnya di Terengganu ketika itu jumlah pengundi yang keluar mengundi begitu luarbiasa sehingga hampir mencecah 90%. Antaranya di Hulu Terengganu 89.5% dan di Marang 88.3%. Fenomena luar biasa ini menyeluruh di Terengganu dan dibeberapa kerusi parlimen di Kelantan, Kedah dan Perlis. Negeri-negeri lain terus mencatat peratusan yang biasa umpamanya yang tertinggi di Wilayah Persekutuan hanyalah 74.5% di Kepong.


Apa pun itulah keputusannya di Terengganu sehingga majoriti 28 PAS dan 4 BN di Terengganu akhirnya berpusing pada PRU 2004 ke 28 BN dan 4 PAS.
Antara yang terus bertahan di kerusi DUN adalah Presiden PAS Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang di DUN Rhu Rendang yang berjaya dipertahankannya sejak mula-mula berjaya pada PRU1982. Walaubagaimanapun Tuan Guru gagal mempertahankan kerusi parlimen Marang. Beliau tewas kepada calon BN Rahman Bakar.
Rahman memperolehi 28,076 undi berbanding Tuan Guru yang memperolehi 27,913 undi iaitu majoriti 163 undi. Anehnya bilangan undi rosak berkali ganda lebih besar dari majoriti iaitu 866 undi.
Bagi para penganalisa politik kejayaan Rahman pada PRU berkenaan dianggap istimewa kerana yang berjaya dilakahkannya adalah Presiden PAS, walaupun cara kemenangannya terus dipertikaikan. Rahman dilabel sebagai "giant killer" atas kejayaannya itu.
Tetapi semalam semasa mengumumkan nama-nama calon BN untuk PRU ke 12 ini nama si "giant killer" ini tiba-tiba tidak tersenarai. Pengerusi BN Negeri Idris Jusoh rupanyan menganggap perkhidmatan Rahman (walaupun beliau "giant killer") sudah tidak diperlukan lagi dan Rahman tidak pula ditawarkan kerusi DUN bermakna menurut "standard" Umno berkahir dan tamatlah karier politik si "giant killer" ini.
Saya mendapat panggilan dari seorang rakan malam semalam, bahawa Rahman sukar menerima penggugurannya itu, seolah Umno negeri tidak mengharagi jasa-jasanya. Malah Rahman difahamkan telah berbisik kepada kawan-kawan yang beliau bersedia mengarahkan penyokong sedianya memberikan undi kepada PAS kali ini. Malah NST melporkan hari ini para penyokong Rahman mengancam mahu membakar bendera parti mereka dan berarak ke Wisma Darul Iman!
Begitulah berkahirnya nasib si "giant killer" ini. "Giant" yang beliau bunuh dalam PRU lalu insyallah akan terus menebus kekalahannya kali ini tetapi malangnya beliau (Rahman) yang terbunuh dan terkubur terlebih dahulu!

Wednesday, February 20, 2008

Inilah demokrasi ala Malaysia

Saya petang tadi telah ditemuramah oleh TVONE Indonesia yang datang membuat laporan tentang proses Pilihan Raya Umum ke 12 di Malaysia. Kedua-dua wartawan muda yang hadir ke pejabat saya begitu berminta mahu mengetahu senario politik di Malaysia dan persiapan parti-parti pembangkang khususnya PAS.

Saya maklumkan kepada mereka yang penting diperingkat ini adalah bukannya tahap persiapan parti-parti pembangkang, yang penting untuk diketahui masyarakat luar khasnya saudara-saudara serumpun kita di Indonesia adalah darihal demokrasi di Malaysia. Saya katakana kepada mereka demokrasi di Malaysia pincang dan tempang, diparahkan dengan SPR yang tidak telus dan adil.






Parti-parti pembangkang bukan hanya berhadapan dengan BN dan Umno tetapi seluruh kekuatan jentera kerajaan yang terus-menerus diperalatkan untuk kepentingan politik mereka termasuklah SPR. Saya nyatakan kepada mereka betapa kita cemburu dengan demokrasi di Indonesi pada hari ini.

Memang parti-parti pembangkang tidak ada pilihan lain selain berhadapan juga dengan gergasi politik yang mabuk dan bengis ini, harapan kami adalah kesedaran para pengundi selain bantuan Allah swt.

Saya terangkan darihal tekanan yang dikenakan terhadap parti-parti pembangkang, sehinggakan apabila sudah menang pun terus dipinggir, ditekan dan dikesampingkan. Memang Malaysia sebuah negara demokrasi, mungkin lebih baik dari Singapura, tetapi kalau mahu dibandingkan dengan Indonesai, dimana debat secara terbuka antara calon-calon dianjurkan oleh stesyen-stesyen TV yang tidak berpihak, ternyata kita jauh kebelakang.

Tinggal lagi harapan terletak kepada kesedaran dan kewarasan rakyat. Pernah Datuk Harris Salleh semasa memimpin Sabah di bawah nama kerajaan BN/Berjaya, merasakan tiada siapa dapat menggugat atau menyentuh beliau. Tetapi akhirnya PBS yang belum sethaun ditubuhkan berjaya merobohkan Berjaya dengan Harris sekali turut kecundang. Begitu juga kerajaan Umno/BN yang roboh di Kelantan pada tahun 1990, semuanya berlaku apabila rakyat sendiri bangun menuntut perubahan. Itulah yang kita harapkan, semoga berjaya kali ini insyallah.

Calon-calon BA Selangor menggemparkan

Kejutan calon-calon Barisan Alternatif yang bakal dikemukakan pada hari penamaan calon 24 Febuari ini saya yakin akan memaku dan memukau BN, dan diharapkan rakyat khasnya para pengundi tidak akan membazirkan lagi undi mereka dengan mengundi BN.

Tengahmalam tadi saya dikejutkan dengan kunjungan seorang pemimpin PKR bahagian Kelana Jaya, sahabat saya Kashminder Singh. Beliau berkunjung ke studio WTV8 untuk memperkenalkan kepada saya bakal calon PKR untuk Parlimen Kelana Jaya. Kerusi parlimen ini milik MCA.

Alangkah terkejut tambah gembira saya apabila diperkenalkan kepada seorang anak muda yang sebelum ini telah menggemparkan dunia dengan pendedahan berani beliau. Anak muda itu adalah Gwo Burne. Siapakah Gwo Burne, kalau anda semua masih ingat beliulah yang telah merakamkan video kontroversi VK Lingam yang telah mendedahkan keboborokkan institusi kehakiman kita (termasuk BPR dan polis). Anak muda yang berani ini sanggup demi masa depan Malaysia muncul kehadapan untuk mengakui bahawa beliaulah yang merakamkan video itu sehingga tertubuh Suruhanjaya Di Raja yang ada pada hari ini yang telah mendedahkan apa yang selama ini tidak kita ketahui.

Gwo Burne adalah calon PKR untuk Parlimen Kelana Jaya. Kashminder bertanya pandangan saya, apakah PAS dapat terimanya? Belum pun sempat beliau mengabiskan ayatnya, saya memaklumkan bahawa Presiden PAS telah memberitahu saya bahawa Majlis Syura PAS memutuskan yang PAS perlu membantu PKR dalam pilihan raya ini tanpa mengira anutan atau kepercayaan calun PKR itu, kerana PAS bertahaluf dengan PKR atas dasar menegakkan keadilan dan meruntuhkan kezaliman BN/Umno.

Gwo Burne datang dengan ayahnya Loh Mui Fah yang menyatakan kepada saya bahawa mereka sekeluarga sangat kagum dan menghormati Tok Guru Nik Abd Aziz sebagai MB di Kelantan. Demikianlah perkembangan ataupun kejutan baru yang bakal berlaku dalam PRU ke 12 nanti.

Sementara itu di Selangor, barisan calon-calon PAS saya perhatikan sangat mantap dan boleh sangat membanggakan parti itu dan seluruh rakyat Selangor. Setakat maklumat yang ada pada saya antara calon-calonnya adalah 5 doktor perubatan iaitu Dr Siti Mariah Mahmud di Parlimen Kota Raja, Dr Salahuddin di DUN Morib, Dr Yunos di DUN Sijangkang, Dr Rani Osman di DUN Meru dan Dr Halimah Ali di DUN Selat Kelang. Selain itu mereka ada 3 doktor lain iaitu Dr Hasan Mohd Ali (Phd), yang tidak payah diperkenalkan lagi yang akan bertanding di DUN Gombak Setia, pakar toksikoloji dan penganalisa politik Dr Dzulkifli Ahmad di Parlimen Kuala Selangor dan bekas pensyarah UTM dan lulusan syariah Dr Osman Sabran di Parlimen Sg. Besar.

Disamping doctor perubatan dan Phd, PAS Selangor juga mengemukakan dua orang jurutera iaitu Ir Maki di Parlimen Sepang dan Ir Khalid Samad (adik Datuk Shahrir Samad) di Parlimen Shah Alam. Iskandar Samad seorang arkitek bertanding di DUN Cempaka, bekas pensyarah Akademi Islam, UM Ustaz Ghani Samsuddin di DUN Sg Burong dan peguam dan AJK PAS Pusat Hanipa Maidin di Parlimen Tanjung Karang.

Siapa kata PAS atau BA tidak layak. Itu pun belum lagi digandingkan dengan calon-calon PKR yang diketuai Tan Sri Khalid Ibrahim dan Dato Dr Zainal Abidin. Rakyat Selangor tidak seharusnya melepaskan peluang ini, inilah peluang terbaik untuk kita memastikan yang negeri ini berada dalam tangan mereka yang layak, berwibawa dan amanah, yang insyallah akan menjamin nasib dan kebajikan rakyat dan negeri bertuah ini.

Katakan “Selamat Jalan” kepada Khir, Zakaria dan lain-lain.

Tuesday, February 19, 2008

Video Samy dan Khir menerima padah rakyat

Sebelum ini saya ada menulis berkenaan dengan Samy Vellu dan Khir Toyo yang dimaki hamun rakyat jelata di Kg Lindungan, Kelana Jaya. Mungkin kita tidak dapat menggambarkan scenario itu, mujurlah dengan perkembangan teknologi kita kini dapat melihatnya dengan mata kepala kita sendiri.

Saksikan “Samy dan K. Toyo diserang rakyat” terbitan WTV8 di


Kalau bukan “orang hutan”, apa?

Halusnya budi-pekerti dan lenggok gaya pimpinan Umno yang ditemuramah TV3 semalam. Mereka masing-masing kecewa dan sedih berikutan kenyataan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat yang menyamakan mereka bagai “orang hutan yang tidak tahu undang-undang”.

Pada dasarnya bahasa yang digunakan oleh Tok Guru itu kasar bunyinya, malah ada kalangan penyokong pembangkang pun turut merasakan ia begitu.

Bagi yang menyokong, yang memberi simpati apalagi yang memusuhi sudah pastilah kenyataan itu dilihat akan merugikan PAS dan pembangkang. Ia boleh dijadikan modal untuk Umno dan BN menyerang PAS dan pembangkang. Tetapi haruskah ianya begitu?

Memang nampak “damaging” kenyataan itu, tetapi mengapa perlu kita “apologetic” dan berpura-pura dalam keadaan memang musuh politik kita tidak pernah menghormati undang-undang yang mereka sendiri bikin. Konsep Federalisma yang sepatutnya mereka patuh apabila berkuasa diperingkat Pusat, tidak langsung mereka hormati. Mereka pinggirkan Kelantan, mereka rampas royalty petroleum dan kepong Terengganu bila PAS berkuasa dahulu, malaikatkah mereka?

Lihatlah dalam hal pilihan raya yang akan kita hadapi ini, seluruh saluran media perdana TV, radio dan akhbar, namakan apa sahaja, radio IKIM, ASTRO, Harian Metro, habis semua mereka jadikan perkakas untuk berkempen bagi memenangkan mereka dan memburukkkan parti-parti lain. SPR bukan lagi diperkudakan malah dilacurkan untuk memindah-mindahkan pengundi bagi keuntungan mereka (kes undi pos di DUN belantek sehingga hari ini tidak selesai). Lalu malaikatkah mereka?

Dalam keadaan mereka adalah “caretaker government” atau “kerajaan sementara” mereka terus memperalatkan jentera kerajaan untuk kepentingan mereka. Peruntukkan dan projek dijanji dan dilancarkan atas nama kerajaan BN, apakah dalam keadaan begitu mereka bagaikan malaikat?

Kata Tok Guru mereka laksana orang hutan yang tidak tahu undang-undang, dan saya terpaksa bersetuju kerana jika mereka tahu undang-undang mereka akan menghormatinya, tidak memperalatkannya untuk kepentingan politik mereka. Himpunan Rakyat yang aman mereka serbu dan leraikan dengan ganas kerana mengancam kedudukan politik mereka. Mereka memberi lessen kepada pihak berkuasa menggunakan kekerasan terhadap rakyat sendiri, jangan lupa di Batu Burok sehingga senjatapi ditalakan kea rah rakyat yang tidak berdosa, kalau bukan orang hutan, siapakah mereka?

Lihatlah perkembangan siasatan Suruhanjaya Di Raja dalam isu video VK Lingam, institusi kehakiman diperkosa oleh individu yang berkepentingan, mereka yang berkuasa boleh mengarahkan siasatan BPR ditutup dan BPR pula yang sepatutnya merupakan agensi pencegahan rasuah, menyuap pemberi maklumat! Kalau bukan orang hutan, siapakah yang buat kerja-kerja macam ini?!

Memang membahasakan orang alin dengan panggilan “orang hutan” itu kasar, tetapi kita tidak rasai apa yang Tok Guru rasai. Di Kelantan Umno membina kerajaan dalam kerajaan seolah-olah merendah dan tidak mengiktiraf mandate yang diberikan rakyat kepada kerajaan negeri sepanjang 18 tahun PAS memerintah. Tok Guru beliau biasa ditawarkan rasuah, tetapi menolaknya, lalu mereka hantar BPR menyiasat Tok Guru sedangkan dikalangan mereka yang bukan hanya ditawar malah hidup dengan rasuah, selesa, sihat dan bebas, jika bukan orang hutan manusia apakah mereka ini?

Rakyat Malaysia perlukan pemimpin yang menjamin keamanan dan keselamatan mereka, pemimpin yang jujur dan tidak bermuka-muka. Pemimpin yang pandai buat peraturan dan undang-undang tetapi dalam waktu yang sama mematuhi dan mentaatinya, dan tidak menjadi seprti orang hutan dirimba yang membelakangkan hal-hal seumpama ini.

Orang mungkin marah dengan kenyataan Tok Guru itu, tetapi redhakah mereka kepada hakikat ini?

Najib baru hari ini mahu bantu pelajar miskin di MRSM

Bunyi sahaja PAS memperkenalkan manifesto dengan tema Negara Berkebajikan, Umno dan BN mula tidak senang duduk. Berbagai serangan dan kritikkan dilancarkan terhadap manifesto yang sebenarnya belum pun dilancarkan secara rasmi oleh PAS. Menurut jadualnya Presiden PAS akan melancarkan Manifesto: Kerajaan Beramanah, adil dan bersih - Menuju Negara Berkebajikan pada hari Khamis ini 21 Febuari jam 2.30 petang di Lobi Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, KL.

Bagaimana Umno dan BN menyerang sesuatu yang belum pun dilancarkan? Bermakna mereka bagaikan bertumbuk di dalam gelap, tidak tahu mana arah musuh dan ke mana perginya penumbuk mereka!

Semalam semasa di Parit, Perak Timbalan Presiden Umno Najib Tun Razak mengisytiharkan kerajaan akan menanggung sepenuhnya perbelanjaan golongan pelajar miskin yang menuntut di MRSM menerusi program Bantuan Khas mulai tahun ini. Mereka yang layak adalah pelajar yang dari keluarga yang berpendapatan di bawah RM650 sebulan.

Bermkana selama berpuluh tahun kerajaan Umno/BN memerintah dan sejak penubuhan MRSM, baru hari ini kerajaan mahu membantu pelajar miskin di MRSM, itupun bagi mereka yng dari keluarga miskin tegar. Mengapa RM650, mereka tidak RM1,000 atau RM1,500 yang sebenarnya juga susah dan menghadapi kesulitan hidup dalam negara "Barang Naik" (BN) ini.
Kerana itulah Negara Berkebajikan yang mahu dipelopori oleh PAS itu penting. Saya yakin jika PAS tidak melambung-lambungkan idea ini, pasti kes pelajar di MRSM ini tidak berbangkit. Di sinilah kita mesti bijak membuat perhitungan. Dalam manifesto PAS, bukan sekadar peljara yang berkenaan sahaja yang akan dibantu, malah digariskan bahawa pendidikan di semua peringkat sehinggakan ke IPTA akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Bermakna pendidikan di Malaysia akan menjadi "percuma" di bawah Negara Berkebajikan PAS!

Apa gunanya kita megah dengan pembangunan fizikal, dengan pelancaran koridor disetiap ceruk negara, tetapi kos pendidikan bagi membina dan melatih anak-anak kita dibebankan ke atas ibu-bapa sehingga menyempitkan kos hidup mereka.

Disinilah keutamaan Negara Berkebajikan PAS ternyata berbeza dengan keutamaan Negara Kapitalis/ Kronis dan Opportunis Umno/BN

Beringat-ingatlah kita jangan biarkan diri dan keluarga kita terus terkena.

Monday, February 18, 2008

Calon-calon terbaik dari PAS buat rakyat Malaysia

PAS mula memperkenalkan calon-calonnya untuk Pilihan Raya Umum kali ke 12 ini. Bayangan beberapa calon "high profile" yang mempunyai latabelakang akademik dan pengalaman yang mantap membayangkan betapa seriusnya Parti Islam Se Malaysia ini dalam melaksanakan perjuangannya.

Tidak ada gunanya kita berkobar-kobar menggalas perjuangan tetapi akhirnya tidak mampu mengemukakan calon-calon yang berkaliber dan berwibawa. PAS menentang sebarang bentuk kepimpinan yang mungkar dan longgar akhlaknya. PAS sepatutnya hanya mengemukakan calon-calon yang terbaik, untuk disuakan sebagai pilihan terbaik buat rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan agama.

Negara kita yang tercinta ini akan selamat dan sejahtera di bawah pimpinan yang bermoral, berakhlak dan lebih penting lagi bertaqwa. Elemen taqwa inilah yang akan melahirkan pimpinan yang jujur dan bersih serta meletakkan nasib dan kepentingan rakyat mengatasi agenda peribadi atau kroni. Negara yang kaya dan makmur ini hanya dapat menjana kesejahteraan kepada rakyat jika ia ditadbir oleh pimpinan seumpama ini.

Semalam di Perlis, Presiden PAS telah mengisytiharkan calon-calon PAS bagi kerusi-kerusi Parlimen dan DUN. Salah seorang calon yang diisytiharkan malam itu adalah, Prof Dato Dr Haron Din.

Adakah orang Melayu khasnya di Perlis yang tidak kenal Dr Haron Din?

Bekas Pensyarah Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam UKM. Sarjana Syariah Universiti al Azhar, Doktor Falsafah dalam bidang syariah dari Universiti Kaherah dan Diploma Pendidikan dari Universiti Ain Sham, Kaherah. Beliau sebelum ini adalah pakar rujuk Islam di beberapa badan termasuklah Majlis Fatwa serta Bank Negara dan bank-bank perdagangan yang melaksanakan kaedah syariah.

Tidakkah mantap dan cantiknya kelayakkkan dan ketokohan beliau? Apakah calon seperti ini akan ditolak oleh rakyat? Bayangkan betapa besarnya sumbangan yang boleh beliau berikan kepada agama, bangsa dan negara kiranya diberikan peluang bersuara di Parlimen.

Selain itu turut disenaraikan sebagai calon PAS di Parlimen adalah dua orang calon wanita yang turut hebat kelayakkan dan kedudukkannya. Mereka adalah di Parlimen Parit, Perak, anak kelahiran tempatan Dr. Najihah Ahmad. Kelulusan doktor perubatan ini mempunyai sebuah klinik di Pekan Bota Kanan, dan sangat dikenali oleh penduduk Parit. Dr Najihah malah lepasan Sekolah Cina di Parit dan sudah semestinya fasih bertutur dalam bahasa Mandarin.

Seorang lagi doktor perubatan yang turut bertanding sebagai calon PAS adalah Dr Lo'lo Dato Ghazali, bagi kawasan parlimen Titiwangsa di Wilayah Persekutuan. Lulusan Fakulti Perubatan UKM ini adalah seorang aktivis PAS sejak usia mudanya.

Pastilah kedua-dua tokoh wanita ini bersedia memberikan khidmat dan sumbangan terbaik kepada rakyat di Parit dan Titiwangsa. PAS mengemukakan mereka setelah mereka berjaya mempamirkan tahap kepimpinan yang cemerlang dalam parti dan kini mereka menawarkannya pula kepada rakyat di kedua-dua kawasan itu.

PAS memerlukan bantuan anda untuk mempromosi nama-nama ini dan banyak lagi nama yang akan diperkenalkan mulai hari ini sebagai pilihan terbaik kepada masyarakat Malaysia, pastikan anda membantu, insyallah.

Politik perkauman di Pulau Pinang terserlah

Hakikatnya selama-lama selagi tidak berubah lanskap demografi pengundi dan kerusi-kerusi di Pulau Pinang, selagi itulah Pulau Mutiara tersebut akan menyaksikan Ketua Menterinya dari kalangan masyarakat Malaysia keturunan Cina. Umno sendiri sebagai satu-satu parti Melayu yang dominan di negeri tersebut tidak bertenaga untuk menuntut kerusi Ketua Menteri dan sekadar berpuas hati dengan kerusi Timbalan.

Kerana itu jika pun bertukar kerajaan di Pulau Pinang kita terpaksa akur dan berpuas-hati bahawa kerusi Ketua Menteri negeri tersebut akan tersu dipegang oleh seorang Cina.

Walaubagaimanapun Ketua Menteri Pulau Pinang itu siapa pun dia, seharusnya insaf dan sedar bahawa dia adalah Ketua Menteri untuk seluruh rakyat Pulau Pinang yang terdiri dari bukan hanya masyarakat Cina tetapi juga Melayu dan India. Kerana itu saya melihat perkembangan terbaru di Pulau Pinang seolah membayangkan hanya kriteria kepentingan masyarakat Cina sahaja diambil kira untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dalam akhbar hari ini disiarkan kenyataan Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang (Penang Chinese Town Hall) Tan Sr Lim Gait Tong, seorang penyokong kuat parti Gerakan, bahawa calon Ketua Menteri Pulau Pinang yang bakal menggantikan Dr Koh Tsu Koon perlulah fasih dalam bahasa Mandarin, Inggeris dan bahasa Melayu disamping mempunyai hubungan baik dengan masyarakat Cina dan masyarakat peniaga tempatan.Isu ini disensaikan dalam akhbar-akhbar berbahasa Cina.

Masalahnya, mengapa tidak ada syarat bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang juga perlu faham dan tahu akan adat dan budaya masyarakat Melayu serta agama Islam? Mengapa cuma perlu ada hubungan baik dengan komuniti Cina, mengapa tidak dengan orang-orang Melayu dan India? Bagi saya syarat-syarat ini menggambarkan betapa Gerakan dan BN negeri masih mengamalkan "politik perkauman". Parti Gerakan dalam satu waktu beria-ia menyokong konsep bangsa Malaysia tetapi dalam waktu yang sama, dalam hal jawatan KM Pulau Pinang ini mahukan calonnya hanya mempunyai hubungan dan pengetahuan tentang masyarakat Cina sahaja!

Apa agaknya komen Umno Pulau Pinang dan Umno dilain-lain tempat?

Kita tidak gemar kepada politik perkauman tetapi rupa-rupanya BN yang kononnya menjadi juara masyarakat pelbagai kaum masih melambung-lambung dan bermain isu ini.

Sunday, February 17, 2008

Renungan buat kita semua sebelum mengundi

Tanggal 8 Mac ini setiap kita warganegara Malaysia yang berdafatar sebagai pengundi akan diberi hak untuk membuang undi. Kita akan diberikan suara untuk menyatakan kemahuan kita dalam menentukan pemimpin pilihan kita. Ianya suatu tugas dan tanggungjawab yang sangat besar, bukan kerja main-mainan. Sesiapa yang kita pilih itu jika memperolehi suara terbanyak maka dialah yang akan mewakili kita dan jika parti atau kelompok beliau yang memiliki kerusi terbanyak maka merekalah yang akan membentuk kerajaan.

Bermakna jika kita silap, kurang periksa dan tidak berhati-hati akibatnya yang pincang yang akan naik, dan kitalah yang bakal menanggung beban, derita dan azabnya.

Pada tanggal 23 April 1995 dua hari sebelum Pilihan Raya Umum 1995 bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke IV Kota Bharu sempena Perhimpunan Rakyat Kelantan Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat telah menyampaikan pesanan berikut:






Masalah pilihan bukan berlaku setiap lima tahun sekali. Pilihan berlaku setiap hari, setiap jam, setiap saat kerana manusia itu ditakdir oleh Allah swt hidup di muka dunia ini diapit dan dikapit oleh malaikat di sebelah kanan, syaitan di sebelah kiri. Tidak kira orang ini Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat, Yang Amat Arif. Tiap-tiap manusia di muka dunia ini diapit dengan kiraman katibin, dengan malaikat yang mencatit amalan baik, malaikat yang mencatit amalan jahat.

Bila berdepan dengan sesuatu perkara , manusia secara otomatik terpaksa memilih samada hendak menurut kehendak malaikat, hendak turut kehendak syaitan, samada sedar atau tidak. Setiap saat, setiap masa, setiap jam, manusia terpaksa memilih. Memilih samada makanan, minuman, pakaian, duit, berniaga, memangkah. Memilih apa sahaja pun. Manusia terpaksa memilih, kerana memang begitu peribadi atau tabiat manusia.

Kita sebagai seorang Muslim yang akil baligh telah diberi panduan hidup oleh Allah swt supaya kita memilih barang yang baik. Tidak ada yang baik di muka dunia ini, kecuali perkara yang telah ditetapkan baiknya oleh Allah swt. Maka bagi kita orang mukmin tetap memilih perkara yang baik, dan tidak ada perkara yang baik, saya ulangi, melainkan perkara yang dikatakan baik oleh Allah swt:

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. (al Ahzab: 36)


Mudah-mudahan pesanan ini direnung dan diamalkan oleh semua kita semua dengan serius dan penuh tanggungjawab demi maruah dan masa depan agama, bangsa dan negara kita yang tercinta.

"Masihkah kau ingat" WTV8 (Part 02)

TOL NAIK!!! Apakah kita khasnya yang tinggal di Lembah Kelang telah lupa akan kenaikkan harga tol tempoh hari yang telah menyumbang ke arah kesengsaraan hidup kita.




Jangan kita menjadi generasi yang "Mudah Lupa" terutama terhadap isu yang mempunyai kesan langsung terhadap penghidupan kita. WTV8 mengimbas kembali isu TOL NAIK!!! ini dalam siri "Masihkah kau ingat" nya. Sama-sama kita saksikan di

http://www.youtube.com/watch?v=ZpuSCQOa624

Gelombang peralihan sokongan masyarakat India di Malaysia

Sekali lagi Samy Vellu diserbu dan dimaki hamun oleh orang-orangnya sendiri. Kali ini di dua lokasi dalam sehari iaitu di SJKC Chung Hwa Pusat 3 di Taman Senangin di Butterworth dan di Chai Leng Park ketika bertemu JK Rukun Tetangga dan Umno cawangan juga di Butterworth.

Dalam kejadian pertama Samy dikatakan telah dikunci di dalam bangunan sekolah berkenaan oleh sekumpulan besar masyarakat India yang mendesak agar beliau bertindak membebaskan lebih 100 tahanan yang ditahan oleh polis di KL kerana menghadiri demonstrasi anjuran Hindraf di KL pada sebelah paginya. Samy dikatakan berjanji akan campurtangan dan akhirnya apabila pihak polis tiba Samy berjaya diloloskan dari cengkaman kumpulan berkenaan.






Kemudiannya dalam majlis kedua ucapan Samy diganggu oleh sekumpulan masyarakat India yang lain yang jelas tidak berpuas hati dengan kepimpinan beliau dan MIC.

Samy dilaporkan berada di Butterworth bagi membantu jentera MIC yang akan bertanding mempertahankan kerusi DUN Prai miliknya. Prai mempunyai lebih 87% pengundi bukan Melayu dengan pengundi India sahaja seramai 35%. Dalam PRU ke 11 lalu calon DAP tewas Cuma dengan 583 undi.

Dengan perkembangan ini saya yakin kedudukan calon-calon MIC buat pertama kalinya dalam sejarah politik negara berada dalam situasi yang sangat meruncing. MIC kini mempunyai 12 kerusi Parlimen dan 19 DUN. Sepanjang pilihanraya yang lepas-lepas calon-calon MIC sentiasa memberikan kekuatan kepada BN, mungkin dengan perkembangan terbaru ini tidak lagi.

Malah Umno sendiri sepatutnya tidak meandang kecil perkembangan ini kerana kebanyakkan calon-calon Umno juga terutama di Pantai Barat bersandar kepada kekuatan sokongan dari masyarakat India yang selama ini taat dan setia pada BN. Jika berlaku lebih dari 50% “swing” atau peralihan sokongan dari BN ke pembangkang dari kalangan pengundi-pengundi India, tidak mustahil bukan hanya calon-calon MIC yang akan kecundang malahan calon-calon Umno pun akan terlentang terutama di Pulau Pinga, Selangor dan Perak.

Perkembangan yang tidak disangka-sangka ini jika berlaku 8 Mac ini akan mencetuskan gelombang kebangkitan baru lanskap politik di Malaysia. Kita mengharapkan agar pengundi-pegundi Melayu juga akan membuka mata masing-masing dan berani juga membuat keputusan yang realistik. Samada berpayung di bawah pimpinan yang tidak bermoral dan lemah atau beralih kepada yang lebih baik.

Fikirlah semasak-masaknya.

Saturday, February 16, 2008

Bomoh dan pawang semakin laris

Satu laporan oleh RSN Murali dalam akhbar The Star hari ini saya rasa patut direnung dan dibaca oleh semua rakyat Malaysia khasnya kita yang bakal keluar mengundi pada 8 Mac nanti. Artikelnya bertajuk:

Politician who seek help from “higher powers”

Ianya mengisahkan darihal usaha pihak-pihak tertentu dalam parti tertentu untuk melobi bagi menjadi calon partinya dalam PRU akan datang ini. Rupanya selain melobi cara konvensional, dengan menjual nama dan menggunakan kabel dan pelbagai, bakal-bakal calon parti berkenaan dilaporkan turut menggunakan khidmat bomoh, pawang dan dukun. Malah ia melaporkan bahawa seorang bomoh terkenal di Setiu, Terengganu kini merungut bahawa khidmat beliau semakin kurang dilanggan kerana rupanya bakal-bakal calon itu kini lebih yakin kepada bomoh dan pawang “luar” yang khabarnya boleh memberikan tangkal dan ramuan yang lebih kuat dan berkesan.

Khabarnya bomoh-bomoh “luar” itu sehingga memberikan satu jenis ramuan yang perlu dilumurkan di pipi penggunanya sebelum pergi berjumpa dengan ketua-ketua partinya bagi tujuan melobi.

Sesungguhnya perangai dan tabiat begini tidak asing dalam sebuah parti Melayu yang terbesar dalam negara kita. Bagaimana kita mahu lupa darihal seorang bekas ADUN parti berkenaan yang dikerat 18 tubuhnya semata-mata kerana mahu kebal dan berkuasa, beliau ketika itu terlibat dalam pemilihan dalam partinya. Begitu juga seorang bekas Spekaer DUN yang ditembak dengan cara pembunuhan “ritual” ditengah malam kerana kononnya beliau kebal. Beliau dibunuh kerana beliau menghalang kenaikkan seorang pemimpin dari parti yang sama.

Lalu kita tahulah parti mana yang cenderong menggunakan khidmat tahyul dan syirik ini semata-mata untuk menjadi calon demi mengejar kuasa. Ketika inilah bomoh dan pawang di Kepulauan Jawa, di Negara Thai di perkampungan orang asli tengah hutan, laris dan laku.

Dalam pada parti berkenaan sibuk menjaja gagasan fahaman Islam Hadhari kecerok kampong dan pekan, rupanya senyap-senyap pemimpin-pemimpin partinya yang mahu melobi menjadi calon, sedang sibuk menggunakan khidmat kuasa ghaib yang ternyata bertentangan dengan Islam.

Lawan penipuan SPR dan BN dengan gelombang kebangkitan rakyat

Semalam Presiden PAS mengirim “Warkah Banthan” kepada SPY Yang Dipertuan Agong. PAS walaupun telah menyatakan secara terbuka akan menyertai Pilihan Raya Umum ke 12 ini namun PAS merayu kepada Tuanku agar menggunakan apa sahaja kuasa yang ada pada Baginda untuk memastikan yang rakyat menyertai satu pilihan raya yang benar-benar bersih, telus dan adil.

Beberapa perkembangan mutakhir ini sangat membimbangkang kita. Pertama berkenaan manipulasi undi pos. Dalam “warkah Bantahan” berkenaan Tuan Guru Hj Abd HAdi Awang menyebut:

PAS mendapat bukti bahawa contohnya di Daerah Mengundi 01 Kota Aur/ DUN N23 Belantek/ Parlimen P013 Sik, Kedah pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah mewartakan penambahan sebanyak 1,031 pengundi yang terdiri dari pengundi pos dari kalangan anggota tentera. Mereka ini dipindahkan dari dua kem iaitu A Kompeni 19 RAMD Sungai Petani dan A Kompeni Batalion 304 AW, Kem Induk Gerik, Perak.

PAS kesal bagaimana tindakan “jahat” pewartaan ini boleh berlaku sedangkan mengikut Daftar Pemilik Induk suku ke 3 tahun 2007 tidak langsung menyenaraikan 1,031 nama-nama ini. Atas dasar itu PAS terus mendesak agar amalan undi pos ini dihapuskan sama-sekali.

Untuk makluman pada PRU 2004 PAS telah memenangi DUN Belantek ini dengan majoriti 51 undi, manakala pada PRU 1999 memenanginya dengan majoriti 525 undi. Ia terletak dalam Parlimen Sik yang PAS menang pada PRU 1999 (melalui SN Shahnon Ahmad) dengan majoriti 335 undi dan tewas pada PRU 2004 dengan majoriti 319 undi.



gambarajah Malaysiakini
Bermakna ia suatu kawasan yang hangat dan mampu condong kemana-mana pihak kerana bilangans elisih undinya sangat tipis tiap-tiap kali pilihan raya. Bayangkanlah apabila 1,031 undi pos dicurahkan ke sana!

Sehingga kehari ini pihak SPR tidak mampu memberikan suatu jawapan yang meyakinkan bagaiman undi pos yang sebegitu banyak boleh berada di DUN berkenaan.

Anehnya baru-baru ini apabila Ketua Umno bahagian Padang Besar, Perlis Zahidi Zainul Abidin mendakwa kira-kira 700 undi dari DUN Beseri (kawasan yang diwakilinya) telah dipindahkan oleh SPR ke DUN Titi Tinggi tanpa rela dan pengetahuan para pengundi berkenaan, SPR telah cepat-cepat bertindak. Menurut laporan The Star hari ini bagi Parlimen Padang Besar, SPR akan menggunakan daftar pemilih induk yang diwartakan setakat Disember 2007 sedangkan kawasan-kawasan lain seluruh Malaysia daftar pemilih yang akan digunakan adalah yang diwartakan setakat 5 Febuari 2008!

Begitulah “cekap dan telus” nya kononnya SPR.

Belum pun pilihan raya kita telah nampak taring penipuan dan konspirasi antara pihak-pihak tertentu dalam SPR dan Umno. Jika inilah amalan kotor mereka, mereka seolah memaksa rakyat untuk tidak lagi yakin kepada undang-undang dan peraturan. Jangan sampai rakyat bertindak diluar batasan angkara kerja-kerja jahat ini. Saya berharap jika kerana bantahan Ketua Umno bahagian SPR boleh akur, tunduk dan kecut, mengapa bantahan PAS dan BERSIH terhadap kes Belantek ini tidak boleh dilayan?

Lantaran itu kita perlu bersiap-siaga, pastikan seramai mungkin ahli-ahli, penyokong dan mereka yang bersimpati dengan kita keluar mengundi pada 8 Mac ini, jangan seorang pun tidak mengundi. Para petugas perlu berani dan tegas menghalang sesiapa sahaja yang merancang untuk menipu dari membuang undi. Penipuan ini hanya dapat dimatikan diperingkat ini dengan gelombang kebangkitan rakyat melalui keberanian, kesedaran dan senjata undi.

Friday, February 15, 2008

Mari kita main nombor

Saya lihat sejak Presiden Umno Dollah Badawi dipengaruhi dengan "lucky number" 13 lalu memohon pembubaran Parlimen pada tarikh tersebut maka ramailah yang lain-lain turut bermain dan mendakwa mereka juga terikut-ikut dengan nombor kegemaran atau nombor bertuah masing-masing. Dalam akhbar The Star hari ini MB Selangor Khir Toyo turut "bermain-main" dengan nombor. Nombor kegemarannya 8 yang katanya "ong" menurut orang-orang Cina.

(agaknya sebelum ini tidak siapa yang berani menyebut hal nombor-nombor ini tetapi apabila Imam Hadhari pun sudah menyataknnya, maka yang lain pun rupa-rupanya memang gemar dan ada nombor masing-masing)

Selangor 8,000 km persegi keluasannya dengan 8 juta penduduk. Ini katanya tahun 2008 dan beliau dilantik sebagai MB pada bulan 8, hari ke 8. Hari lahirnya juga bulan 8 dan ini tahun ke 8 nya sebagai MB.

Presiden MIC, Samy Vellu pula mendakwa bahawa hari mengundi yang ditetapkan pada 8 Mac nanti adalah hari paling "bertuah" baginya kerana ianya adalah harijadinya yang ke 72.

Dalam akhbar The Star dilaporkan betapa mainan angka-angka bertuah ini kini mendorong segolongan rakyat Malaysia untuk mencuba nasib mereka melalui kedai-kedai judi yang "dihalalkan" oleh kerajaan. Ada yang menikam angka 8 dan turutannya dan ada pula bermain angka 13 yang digemari Dollah.

Selain menikam melalui kedai-kedai judi "halal" ini The Star trutu melaporkan amaran Ketua Polis Daerah Gerogetown agar jangan sesiapa terlibat dalam aktiviti judi "haram" kerana anggota beliau akan memantau dan mengambil tindakan.

Demikianlah betapa "lucky number" kini menjadi mainan para pemimpin BN termasuklah Pengerusinya yang sebelum ini merupakan pencetus kepada gagasan "Islam Hadhari"!. Mungkin Multaqa Sedunia Alumni al Azhar yang akan dirasmikan persidangannya oleh Dollah hari ini boleh turut membincangkan bagaimana amalan nombor-nombor bertuah ini boleh digunakan dalam gagasan "Islam Hadhari" (walaupun ISLAM menolaknya) yang bakal dinobatkan dalam multaqa itu. Mereka perlu mengkaji bagaimana gagasan ini di Malaysia berjaya mewujudkan kedai-kedai judi "halal" bagi mereka yang mahu berjudi.

Berapakah pula bilangan kerusi Parlimen dan negeri yang akan dimenangi pembangkang agaknya, tiada pula yang buat ramalan!

Kepala Batas terus pening kepala


Sebelum ini Presiden PAS pernah ditanya oleh para wartawan dalam beberapa majlis berasingan, termasuklah beberapa temuramah eksklusif dengan akhbar-akhbar Cina dan Melayu, apakah beliau akan bertanding dalam pilihan raya umum ini dan jika bertanding dimana?

Rekasi yang diberikan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, adalah reaksi berbentuk politik, bahawa beliau akan tetap bertanding namun tempatnya akan diputuskan oleh parti, walaubagaimanapun beliau bersedia bertanding dimana sahaja hatta di Parlimen Kepala Batas sekalipun.


Soalnya adakah benar beliau membuat kenyatan itu kerana takut dan bimbangkan kedudukannya di Terengganu?

Siapa sahaja yang cerdik dan celik politik akan tahu bahawa ianya bukan begitu. Ia sekadar satu kenyataan politik dan padanlah Presiden parti pembangkang Melayu terbesar dan tertua dalam negara menerbitkan kenyataan sebegitu terhadap Presiden parti Melayu yang terbesar dan yang memegang kuasa. Rasanya tidak pelik dan tidak keterlaluan pun kenyataan itu apalagi pula mahu membayangkan ketakutan dan kebimbangannya.
Presiden MCA boleh cabar Pengerusi atau Setiausaha Agung DAP atau sebaliknya, itu biasa dalam politik. Tetapi tidak masuk akal jika orang yang tidak ada "confodent" atau takut mahu mencabar orang lain. Logikkah cabaran Tuan Guru untuk bertanding di Kepala Batas itu dibuat kerana beliau takut atau bimbang tidak akan menang di kawasannya sendiri.
Bagi saya kerana beliau yakin boleh menang dikawasannya sendirilah maka beliau berani pula membuat cabaran begitu. Kerana itu saya pelik apabila Presiden Umno, Dollah Badawi memberikan reaksi yang agak kalut terhadap kenaytaan Tuan Guru itu. Kata Dollah:
Ertinya dia tidak yakin dah, dia kata dia nak ambil balik Terengganu tapi lari nak pi tempat lain. Apa cakap macam ni? Ertinya dia tidak boleh menang di Terengganulah tu, nak cari kawasan lain.
Dollah: Kalau Tuan Guru yakin tidak boleh menang, pastilah dia akan lari ke kerusi yang lebih selamat. Beliau Presiden parti dan sudah pasti ada kausa untuk memilih mana-mana kerusi PAS yang paling selamat (contohnya Utusan Malaysia hari ini mengklaskan Parlimen Pengkalan Chepa sebagai kerusi PAS yang paling selamat dalam negara) untuk dirinya. Jadi apabila beliau pilih Kepala Batas, kerusi yang paling selamat untuk Presiden Umno, bermakna beliau cuba memberi mesej yang PAS kini boleh menag dimana-mana sahaja!

Kerana itulah rekasi Dollah yang lemah dan kelabu-asap ini cuma dilontar dalam runagan kecil di sudut terpencil muka dua Utusan Malaysia hari ini!
Untuk rekod Tuan Guru Presiden PAS insyallah akan bertanding di kerusi Parlimen Marang yang beliau tewas dalam PRU 2004 dengan majoriti cuma 163 undi, dan 866 undi rosak (atau dirosakkan). Pada tahun 1999 beliau menang kerusi tersebut dengan majoriti 12,700 undi.

Thursday, February 14, 2008

Khairy seru rakyat Kelantan tolak Tok Guru Nik Aziz

Pemuda Barisan Nasional semalam melancarkan kempen untuk menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan. Di PWTC semalam Naib ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin melancarkan kempen “Pakat kelek ngundi” iaitu satu kempen bagi mengerah hampir 50,000 pengundi Kelantan yang berada di luar negeri tersebut agar kembali mengundi di Kelantan pada 8 Mac nanti.

Menurut Khairy para pengundi luar Kelantan itu yang hampir 60% terdiri dari penduduk di Lembah Kelang lebih terpelajar dan berilmu. Oleh itu adalah diharapkan mereka ini akan pulang mengundi di kampong masing-masing dan seklaigus mempengaruhi kaum keluarga mereka agar menolak PAS dan mengundi BN.


Turut dilancarkan dalam kempen tersebut adalah kempen “Pade Doh” iaitu untuk menerangkan kepada rakyat Kelantan bahawa mereka seharusnya serek dengan tempoh pemerintahan kerajaan PAS selama 18 tahun dan kini sepatutnya menolak mereka untuk membawa masuk BN yang akan membawa pembangunan yang besar ke Kelantan.

Bagi saya kempen ini merupakan satu penghinaan besar kepada rakyat Kelantan. Seolah-olah hanya mereka yang berada di luar Kelantan yang berpendidikan dan bermaklumat, sedangkan anak-anak tempatan tidak. Khairy juga seakan berani membuat andaian berdasarkan undi tahun 2004 dengan anggapan pengundi luar inilah yang membantu BN sehingga hampir menawan Kelantan. Tetapi bagaimana dengan pilihan raya 1990, 1995 dan 1999?

Khairy patut belajar dari orang lama seperti Tengku Razaleigh Hamzah. Ku Li pernah dalam satu ucapan ketika meresmikan suautu pesta anak Kelantan di KL menyatakan bahawa anak-anak Kelantan di KL ini sesungguhnya hanya pulang ke Kelantan apabila ada Raya, iaitu Hari Raya dan Pilihan Raya. Sambung beliau kalah semasa Pilihan Raya mereka inilah yang akan balik ke kampong dan semuanya mengundi PAS!

Apa pun soalnya sanggupkah rakyat Kelantan menolak Tok Guru Nik Aziz? Tok Guru yang di atas serba kekangan dan kepayahan telah membina negeri tersebut sejak 18 tahun lalu atas asas dan dasar Islam. Kerajaan beliau mungkinterbatas dari sudut sumber oleh kerana layanan “tidak demokratik” kerajaan Pusat, tetapi kerajaannyalah satu-satu kerajaan negeri yang paling bersih dan bebas dari rasuah!

Sanggupkah rakyat Kelantan menolak seorang MB yang berusaha siang dan malam untuk membentuk akhlak dan pekerti rakyat Kelantan agar berjaya bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat?

Kalau Khairy dan konco-konconya dalam pemuda BN sanggup dan ghairah mahu menolak kerajaan yangslogannya Membangun Bersama Islam, saya percaya rakyat Kelantan akan bangun mempertahankannya, insyallah.

Samy dan Khir dimaki-hamun masyarakat India

Benarkah pemimpin sesuatu kaum itu akan dijatuhkan oleh kaumnya sendiri?

Sebelum ini hampir setiap batang-tubuh kecil atau besar, tua atau muda mengenali Samy Vellu. Presiden MIC yang paling liat dan lama berpegang pada kuasa. Samy dikatakan bukan hanya memimpin partinya dengan gayanya yang “robust” dan kasar itu malah begitulah juga beliau dalam menjalankan tugasnya sebagai menteri kabinet dan ahli parlimen.

Pemimpin seperti ini bukannya dihormati tetapi disegani dan ditakuti oleh mereka yang di bawahnya. Saya pernah menghadiri perjumpaan beliau dengan para kontraktor Bumiputera kelas tertentu, semuanya menikus ketika Samy bersuara dan menegaskan kemhuannya. Itulah Samy Vellu.


Tetapi sejak kebelakangan ini taringnya semakin tumpul. Samy bukan hanya dimakan usia, tetapi populartinya turut jatuh menjunam. Isu peminggiran kaum Hindu yang dibangkitkan oleh Hindraf rupanya benar-benar merapukan paku terakhir buat kerandanya. Sejak itu Samy sendiri terus terpinggir dari peristiwa sejarah merosotnya penganut Hindu di Batu Caves semasa Thaipusam baru-baru ini sehinggalah keluarnya beramai-ramai masyarakat India diprogram-program anjuran pembangakang termasuklah PAS , ramai penganalisa menjangkakan Samy dan MIC akan kecundang teruk dalam pilihan raya kali ini.

Semalam di Kg Lindungan, Kelana Jaya, rupa-rupanya sahlah Samyu semakin dibenci dan ditolak oleh pengikut dan penyokongnya sendiri. Akhbar The Star melaporkan:

Angry youths surround and jeer Samy at school event

Manakala NST melaprkan:

Hecklers abuse Samy Vellu, MB

Samy Vellu dan MB Selangor Khir Toyo menghadiri majlis pecah tanah untuk pembinaan semula SJK (T) Seaport yang dipindahkan dari tempat asalnya di Kelana Jaya ke sini. Mereka yang dihadir dalam upacara tersebut dikatakan telah membuat bising keranan membantah penempatan semual sekolah tersebut yang dikatakan lebih kecil keluasannya dari sekolah yang asal.

Tolak-menolak dan suasana riuh tercetus sehinggalah beberapa pimpinan MIC campurtangan dan pihak polis hadir untuk “escort” Samy keluar dari tapak berkenaan. Turut menerima layanan yang sama adalah Khri Toyo yang kononnya cuba memarahi mereka yang memprotes tetapi beliau juga menerima nasib yangs ama.

Adakah ini satu petanda kejatuhan Samy? Adakah ini petanda pengundi India khasnya di negeri Selangor yang bilangannya antara 10 ke 30% dalam satu-satu kawasan Parlimen sudah bersedia untuk menolak BN? Sama-samalah kita saksikan pada hari mengundi 8 Mac nanti!