Sunday, February 03, 2008

BN peralat Tahun baru Cina untuk menang

Apakah maksud Kementerian Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan mahu memilih Kota Bharu sebagai lokasi sambutan Tahun Baru Cina secara besar-besaran kali ini?

Kita akui Tahun Baru Cina adalah perayaan terbesar masyarakat Cina di Malaysia, dan memang walaupun majoriti penduduk Kelantan adalah terdiri dari orang-orang Melayu namun terdapat juga sebilangan besar masyarakat Cina yang bertumpu di Kota Bharu khasnya di DUN Kota Lama dalam Parlimen Kota Bharu. Tetapi yang menjadi persoalan mengapa menteri berkenaan ketika membuat pengumuman turut menyatakan darihal penglibatan MCA Kelantan dan malah sambutan itu nanti akan dirasmikan oleh TPM Najib Tun Razak dan Presdien MCA Ong Tee Keat (maaf Ong Ka Ting).

Kalau ikhlas mahu merayakan perayaan masyarakat Cina itu, maka hormatilah kerajaan negeri. Dalam kerajaan negeri Kelantan terdapat seorang EXCO berbangsa Cina, sepatutunya pembabitan beliaulah diutamakan. Apakah menteri berkenaan tidak sedar yang MCA di Kelantan adalah parti pembangkang (yang tiada wakil pun dalam DUN)!

Kerajaan negeri Kelantan pada setiap tahun menyambut Perayaan Tahun Baru Cina dengan penyertaan MB dan pimpinan kerajaan negeri. Kalau benar ini perayaan bersama, maka terajunya mestilah kerajaan negeri, jangan nanti bagai rusa masuk kampong, silap-silap disiang dan dipanggang jadi lauk!




Bagi saya inilah bukti rasional Dollah Badawi memanggil pilihan raya pada musim Tahun Baru Cina. Iaitu untuk dipolitkkan bagi kepentingan BN. Saya yakin semua tuntutan masyarakat Cina di Malaysia akan diiyakan sepanjang tempoh ini walaupun perlaksanaannya belum tahu. Rata-rata kajian menunjukkan yang BN kini kehilangan sokongan masyarakat Cina, oleh itu jika masyarakat Cina boleh dibeli, maka inilah peluang terbaik untuk menjamin kemenangan BN.

Untuk itu saya menyarankan agar kerajaan negeri menolak cadangan kementerian ini dan sebaliknya mengadakan majlis sambutannya sendiri. Semalam pemimpin MCA menyatakan kiranya BN menang kembali di Kelantan, seorang ahli EXCO dikalangan masyarakat Cina akan dilantik. Beliau samada tidak tahu atau buta fakta, sejak PAS menang di Kelantan, Datuk Annuar Tan, seorang Cina dan bekas ahli Gerakan, telah dilantik menjadi ahli EXCO dan beliau kini adalah AJK PAS Pusat.

No comments: