Sunday, February 03, 2008

Apabila rakyat mula biadap

'Mengambil tindakan mengoyakkan gambar Tan Sri Rashid walaupun sebagai gimik merupakan satu perbuatan biadab yang tidak boleh diterima. Tindakan itu memang melampau dan kalau ada undang-undang boleh mengenakan hukuman terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab, ia perlu diambil.”

Demikianlah reaksi PM Dollah Badawi terhadap tindakan pimpinan BERSIH yang baru-baru ini telah bertindak mengoyak gambar Pengerusi SPR Rashid Abd Rahman dihadapan para wartawan semasa satu sidang akhbar.





Sudah pastilah tindakan tersebut bersebab, dan takkanlah bertindak demikian juga bertentangan dengan undang-undang? Dahlah hak kebebasan rakyat untuk bersuara dan berhimpun dikekang dan disekat, bertindak mengoyak gambar pun mahu diambil tindakan, ini mengalahkan kerajaan diktataor kuku besi!

Pastinya tindakan mengoyak gambar sesiapa pun yang hidup atau yang mati adalah melampau dan memang boleh dianggap biadap, soalnua mengapa ianya dilakukan. Menurut salah seorang penggerak BERSIH Dr Dzulkifli Ahmad, tindakan tersebut diambil kerana Rashid selaku pemimpin yang bertanggungjawab dalam mengendali dan menguruskan pilihan raya telah gagal malah menghalang usaha-usaha untuk mereformasikan system pilihanraya dalam Negara.
Tambah Dr Dzul lagi beberapa tuntutan utama BERSIH masih tidak dipedulikan termasuklah menghapuskan undi pos, melanjutkan tempoh berkempen dan memberishkan daftar pengundi. Justeru tindakan mengoyakkan gambar beliau itu adalah simbolik kemarahan BERSIH yang mewakili rakyat Malaysia, terhadap beliau dan SPR.

Biadapkah tindakan itu?

Rashid baru-baru ini menggesa parti-parti pembangkang agar tidak menyertai pilihan raya jika tidak percaya kepada beliau dan SPR, siapa yang lebih biadap? Sebelum itu Rashid telah menghina Presiden PAS yang katanya berserban besar tetapi berbohong, siapa lebih biadap? Rashid juga pernah mendakwa bahawa PAS merasuah para pengundi dengan syurga, siapa lebih biadap?

Kalau PM Dollah Badawi juga bersekongkol dengan Rashid, maka Dollah pun sama seperti Rashid. Kalau BERSIH mengoyak gambar Rashid kerana protes terhadapnya, rakyat pula perlu bangun menolak BN sebagai protes menolak Dollah dalam pilihan raya umum nanti. Biadapkah rakyat?

No comments: