Friday, February 08, 2008

Jalan penyelesaian buat rakyat Malaysia

Manifesto PAS yang bertemakan “Kerajaan beramanah, adil, bersih dan Negara Berkebajikan” telah mengenal pasti 8 masalah utama yang sedang mengancam dan menghantui rakyat Malaysia terutama sejak negara dipimpin oleh Barisan Nasional di bawah PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Masalah besar ini merupakan realiti sebenar yang dihadapi oleh rakyat kebanyakkan tanpa mengira agama atau bangsa. Melayu, Cina, India dan lain-lain semuanya terjerat dan terpaku belaka olehnya. Sesungguhnya masalah besar ini bukannnya sesuatu yang direka-reka atau sengaja diada-adakan tetapi ia diakui oleh semua rakyat Malaysia kerana ia berlaku secara zahir di depan mata-kepala kita semua.

8 Masalah Besar” itu adalah:

Pertama: Kos sara hidup yang semakin membebankan rakyat

Kedua: Keselamatan rakyat yang mengancam kehidupan

Ketiga: Tanggungjawab terhadap rakyat yang semakin terabai

Keempat: Jurang antara kaya dan miskin yang semakin melebar

Kelima: Khidmat kesihatan dan pendidikan diperniagakan untuk keuntungan

Keenam: Penyelewengan kuasa dan rasuah menjadi parah dan membarah

Ketujuh: Khazanah dan kekayaan negara terus dibolot olej kroni

Kelapan: prinsip demokrasi dicabuli dan hak asasi rakyat dinafikan


Lantas rakyat sepatutnya tidak terus membenarkan diri mereka dihimpit dengan masalah di atas ini tanpa mencari jalan penyelesaian. Kita bukannya berada ditahap buntu, tetapi kita boleh menyelamatkan agama. bangsa dan negara dari terus diperkosa oleh permasalahan ini.

PAS menawarkan kepada seluruh rakyat Malaysia jalan penyelesaian. Kita tidak ada pilihan lain selain mengangkat sebuah:

Kerajaan yang beramanah, adil, bersih yang memperjuangkan sebuah Negara Berkebajikan

PAS memohon peluang dari rakyat Malaysia. Sekiranya kita akui kesungguhan permasalahan di atas, dan sekiranya kita juga berazam mahu menyelamatkan diri dan keluarga dari terus diancam dan diperlakukan, maka kita perlu bangun dan menuntut perubahan.

Anda mampu melakukannya, undilah PAS dan Barisan Alternatif dalam PRU ke 12 ini untuk sama-sama kita membawa perubahan.

No comments: