Wajah MB dari hitam menjadi putih
Bukti Selangor Maju
Kulit hitam atau putih, kuning langsat atau sawo matang, semuanya anugerah Allah swt belaka. Tidak ada siapa yang minta dilahirkan hitam atau putih, segalanya ketentuan Allah swt. Setahu saya, sepanjang pengalaman hidup ini, manusia yang saya lihat berjaya menukar kulitnya dari hitam menjadi putih adalah penyanyi pujaan ramai Michael Jackson.
Itupun setelah melalui rawatan “skin belaching”, barangkali Michael tidak mahu mewarisi kulit hitam yang baginya kotor dan tidak cantik. Itu Michael Jackson.
Di muka depan Utusan Malaysia hari ini Menteri Besar Selangor, Khir Toyo menafikan yang beliau menggunakan rawatan “botox” atau sebarang pembedahan ke atas wajahnya. Untuk rekod Khir ini asalnya berkulit hitam manis, tetapi kini wajahnya telah berubah dari hitam menjadi putih kemerah-merahan, sesuatu yang bagi saya “luar biasa”.
Menurut Utusan lagi:
Beliau dalam nada berseloroh berkata rahsia mukanya yang kini semakin tampak lebih muda dan berseri adalah kerana gemar memakan tempe yang menjadi hidangan utama masyarakat Jawa.
Beliau menambah:
Tempe selain mempunyai kandungan protein yang tinggi ia juga mempunyai khasiat melawan kanser berikutan penyediannya yang melibatkan proses fermantasi.
Itulah petua beliau iaitu makan tempe, dan segala fitnah yang mengatakan beliau menggunakan botox atau pembedahan baginya adalah fitnah pembangkang.
Saya merasakan kenyataan Khir ini satu pembohongan besar. Kalau sekadar makan tempe, bukan beliau sahaja malah ramai lagi yang memakannya, tetapi tidak pula wajah mereka secara tiba-tiba bertukar dari hitam menjadi putih! Sebelum ini ketika ditanya pemberita Khir juga pernah menyatakan bahawa perubahan wajahnya itu disebabkan pemakanan yang beliau amalkan.
Saya tidak berani mengatakan yang Khir telah menjalani rawatan umpama Michael Jackson, atau menggunakan botox dan pembedahan, tetapi saya menganggap jika amalan memakan tempe sahaja boleh menajdi putih, Khir terang-terangan berbohong dan memperbodohkan rakyat!
Apa pemakanan yang diamalkan? Berapa kilo tempe beliau telan sehari, dan selama berapa lama? Kalau beliau jujur sila nyatakan. Biar selepas ini, bukan beliau sahaja malah seluruh rakyat negeri Selangor yang berkulit gelap juga boleh sama-sama amalkan agar menjadi putih kemerah-merahan seperti beliau. Mungkin selepas ini Selangor Maju boleh buka industri rawatan muka, bagi mereka yang gelap mahu jadi putih, silalah ke Negeri Selangor. Tidakkah ini nanti membawa pulangan hasil kepada negeri ini.
Cakap betul-betul Khir, kalau ya katakan ya, tetapi janganlah sampai berbohong dan memperbodohkan rakyat jelata!
No comments:
Post a Comment