Wednesday, February 13, 2008

Virus puaka yang perlu dibunuh rakyat

Keterangan bekas setiuasaha peribadi peguam VK Lingam semalam kepada Suruhanjaya Diraja yang menyiasat klip video kontroversi peguam itu bagi saya telah merencatkan seluruh saluran dan saraf sistem kehakiman dan agensi pencegahan rasuah kita, malah seluruh kerajaan boleh runtuh (jika di negara luar) kerana institusi pentingnya telah dicabul dan siapa tahu mungkin terus telah dan sedang dicabul!

Antara kejutan yang G. Jayanthi, 45, maklumkan kepada suruhanjaya itu semalam adalah:

PERTAMA: Lingam sendiri telah menyediakan keputsan penghakiman dalam kes Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun lwn Hassan Hamzah, Soh Eng Lim, (mendiang) MGG Pillai dan empat yang lain. Jayanthi sendiri telah menaipkan keputusan itu untuk disampaikan oleh hakim Datuk Mokhtar Sidin pada tahun 1994. Dalam kes itu Mokhtar memutuskan yang Vincent Tan diberikan pampasan RM10juta. Peguma Vincent Tan adalah Lingam!

KEDUA: Beliaulah yang telah menempah tiket untuk kedua-dua Lingam dan bekas Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin serta keluarga untuk bercuti ke New Zealand pada tahun 1994 sedangkan Eusoff adalah Ketua Hakim Negara ketika itu. (Sebelum ini Lingam dan Eusoff memaklumkan suruhanjaya bahawa mereka bertemu di New Zealand secara kebetulan, tanpa dirancang)

KETIGA: Pada tahum 1998 pihak BPR telah merekodkan keterangannnya sebanyak tiga kali berhubung pertuduhan terhadap hubungan Lingam dengan beberapa hakim kanan negara. Anehnya setelah tiga bulan kemudian BPR memaklumkan beliau yang fail penyiasatan itu terpaksa "DITUTUP" kerana melibatkan orang-orang kanan kerajaan dan BPR memberikan beliau RM3,000 tunai! (BPR merasuah!!!)




Mokhtar Sidin dan G. Jayanti (gambar Utusan Msia)


Utusan Malaysia melaporkan berita ini di muka depan dengan tajuk :

Kejutan besar

Bagi saya perkembangan ini sesuatu yang sangat mencemas dan memalukan dan sekaligus membuktikan yang badan kehakikam kita perlu kepada "overhaul" atau pemulihan besar-besaran kerana ia sudah terlalu tempang dan pincang dan jatuh ke tahap lebih rendah dari mahkamah negara mundur lain. Agensi pencegahan rasuah kita BPR terbukti mengamalkan "selective prosecution" dengan memilih-milih kes sekaligus melacurkan dirinya untuk kepentingan mereka yang berkuasa. Oleh itu apalah sangat mahu diharapkan kepada "perang rasuah" kerana nanti yang akan diperangi hanyalah mereka yang sudah tidak berkuasa atau tidak digemari oleh mereka yang berkuasa, itu sahaja.

Kerajaan BN perlu memikul aib ini dan tidak boleh lepas tangan. Benar peristiwa ini berlaku 10 tahun lalu tetapi virus puakanya tidak dicegah dan terus berulat dan mungkin juga terus digunakan pula untuk kepentingan mereka yang kini berkuasa.

Bagi saya memang pendedahan Jayanti ini suatu "KEJUTAN BESAR" dan rakyat Malaysia jangalanh sekadar terkejut besar sahaja, kita perlu pantas bertindak memperbetulkan kepincangan ini. Banyak kes besar sedang dan bakal didengari oleh badan kehakiman kita termasuklah kes "high profile" pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu. Jika virus ini terus kekal dalam badan kehakiman kita, mungkinkah keputusan kes ini juga boleh dimanipulasi?

Berdasarkan pendedahan Jayanthi ini apa pun mungkin.

Lalu pilihan yang tinggal pada kita rakyat Malaysia yang bertanggungjawab adalah memastikan virus puaka ini segera dibunuh dan dimatikan. Formulanya: "Say No to BN" dalam Pilihan Raya Umum ini, ayuh kita semua bangkit sebagai pembunuh virus BN ini demi menyelamatkan maruah dan harga diri negara dan kita semua!

No comments: