Isu calon impot PAS dan Umno
PAS sejak dari Pilihanraya Umum yang pertama pada tahun 1959 lagi telah pun tidak menghadkan batas sempadan geografi dan negeri untuk calon-calonnya. Lazimnya dari sudut strategi politik parti pembangkang terbesar dalam negara itu, calon terkanan akan ditempatkan di kerusi paling selamat bagi memastikan ia dapat memainkan peranan samada di peringkat DUN atau Parlimen.
PAS pernah meletakkan contohnya Ketua dan Timbalnnya (ketika itu Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua Agung) bertanding di Terengganu dan Kelantan iaitu Almarhum Dr Burhanuddin al Helmy dan Almarhum Prof Zulkifli Muhammad. Begitu juga pemimpin Muslimatnya iaitu Khatijah Sidek yang berasal dari Sumatera pernah bertanding dan menang di parlimen Dungun, Terengganu.
Begitulah seterusnya sehingga melihat Datuk Asri Muda bertanding di Kedah, Mat Sabu di Kelantan dan kemudiannya Kedah, Nasharudin di Kedah dan kemudiannya Terengganu dan Dr Hasan Ali di Parit Buntar.
Ini selain merupakan strategi PAS, juga turut membuktikan betapa jenteranya dan rakyat tidak menitik-beratkan isu kenegerian, tetapi sebalinya kelayakkan dan kewibawaan serta keupayaan pemimpin-pemimpinnya. Kerana itu tidak hairan jika dalam PRU ke 12 ini ramai lagi pemimpin-pemimpin PAS akan ditanam menuruti strategi ini. Nama-nama Ustaz Nasharudin (Timbalan Presiden), Mat Sabu (Naib Presiden), Salahuddin (Ketua Pemuda), Ustazah Nuridah (Ketua Muslimat), Dr Hatta (Bendahari Pusat), Dr Mujahid (AJK Pusat), Dr Dzulkifli (AJK Pusat), Hanipah Maidin (AJK Pusat) adalah antara yang disebut-sebut akan turun dan bertumpu di negeri-negeri tertentu.
Dan hari ini Umno pun mengakui mereka juga begitu.
Cumanya hari ini yang mengumumkan kesediaan Umno untuk meletakkan calon-calon impot seperti ini , samada dari satu bahagian ke satu bahagian lain atau satu negeri ke satu negeri lain adalah Ketua Penerangannya sendiri iaitu Mat Taib yang difahamkan akan turut terlibat dengan pertukaran dari bahagian Kelana Jaya (beliau Ketua bahagian yang tidak bertanding kerusi Parlimen atau DUN) ke Shah Alam (setakat hari ini, kecualilah tidak lulus tapisan BPR, polis dan lain-lain) (walaupun tapisan itu agak diragukan samada dalam bentuk besi kelului atau sarang labah-labah yang mudah diterobosi!)
Dalam erti kata lain Mat Taib mengambil kesempatan membuat pengumuman itu dengan harapan Presiden parti jangan pula lupa yang dimaksudkannya itu adalah beliau sendiri! Sebelum ini Mat Taib turut mengumumkan yang Dollah tidak ada “anak angkat” untuk dilobi oleh mana-mana pihak, dan hari ini dalam kenyataannya Dollah turut menafikan kehadiran “anak angkat” seumpama itu. Cuma yang semua orang tahu Dollah ada “anak menantu” yang sangat kuat dan berpengaruh sehingga Mat Taib tidak jemu-jemu mengekori kelibatnya dan mengangguk-angguk mengiakannya dengan harapan dapatlah kerusi kali ini, sekurang-kurangnya mahu juga jadi Menteri!
Kalau betul Mat Taib bertanding (setelah menedang Aziz Samsuddin) di Shah Alam, maka jentera BA perlulah bekerja kuat untuk memastikan tuan punya badan yang pernah terlentang jatuh dari kerusi MB Selangor ini (termasuklah mengundang murka Almarhum Sultan) jangan lagi dinaikkan melainkan kita bersedia untuk melihat berkilo-kilo wang tunai “yang diragukan” diangkut ke luar negara!
No comments:
Post a Comment