Saturday, February 02, 2008

Maharaja Dollah

PM Dollah Badawi telah merasmikan sebuah lagi Komplek Membeli-belah di KL iaitu Pavilion. Sebelum ini bekas PM Tun Dr Mahathir telah merasmikan cawangan kedai rotinya iaitu The Loaf juga di komplek yang sama (The Loaf yang pertama dibuka di Langkawi).

Ketika itulah kalau sesiapa yang masih ingat, apabila pemberita bertanyakan Tun darihal apa yang sepatutnya OIC lakukan dalam kemelut rakyat Palestin di Gaza, kata Tun: “Jangan tanya saya, saya hanya seorang penjual roti”.


Berbalik kepada perasmian komplek berkenaan oleh Dollah, semasa uapacara perasmian Dollah telah turut merasmikan sebuah butik baru dikomplek itu yang diberinama:

The Emperor’s New Clothes

Butik tersebut dilaporkan milik anak perempuan dan menantunya iaitu Nori dan Khairy. Sempena majlis itu kedua-dua pasangan berkenaan telah menghadiahkan sebuah tshirt, berbelang hitam putih dengan simbol bagaikan salib di bahagian dada belah kiri.






Demikianlah betapa pembangunan Negara turut membuka peluang kepada anak dan menantu PM untuk turut terjun kebidang perniagaan. Pasti dalam musim lobi-melobi untuk menjadi calon BN ini maka ramailah bakal-bakal calon akan mengunjungi butik ini, mana tahu bukti resit pembelian dari butik ini annti akan menjadi dokumen sokongan yang boleh digunakan untuk menaikkan nama seseorang sebagai calon!

Apa ada pada nama butik ini?

“The Emperor’s New Clothes” samada disengajakan ataupun tidak adalah sama dengan sebuah buku “fairy tale” karangan seorang sasterawan Denmark yang terkenal iaitu Hans Christian Anderson yang dihasilkan pada tahun 1837. Ianya mengisahkan darihal seoang Maharaja yang telah mengambil dua orang “penyangak” untuk menghasilkan pakaian yang paling cantik baginya, mengalahkan tukang jahit yang lain.

Ringkas ceritanya kedua penyangak ini menyedari yang Maharaja itu pun bukan cerdik sangat orangnya, dan rakyat jelata pula terlalu takut dan sentiasa memberikan ketaatan membuta padanya, maka diambillah kesempatan menghasilkan kononnya satu pakaian yang paling isitmewa dan berharga, yang sebenarnya tidak ada apa-apa pun.

Kerana mempercayai pakaian itu luar biasa (sedangkan ianya palsu dan tidak dihasilkan apa-apa pun), Maharaja “bangang” tadi telah melucutkan pakaiannya dan menyarung kononnya sepersalinan pakaian, sedangkan hakikatnya beliau berbogel kerana ditipu penyangak tadi. Tidak ada siapa pun dikalangan pembesar dan rakyat yang ebrani buka mulut menegur, lalu beraraklah maharaja tadi ke tenagh pekan dengan pakaian barunya sedangkan sebenarnya beliau berbogel.

Semuanya berjalan tanpa seorang pun berani berkata yang beanar sehinggalah sebagaimana dicatatkan oleh penulis:

During the course of the procession, a small child cries out, “But he has nothing on!" The crowd realizes the child is telling the truth and begins laughing.

(Semasa perarakkan itu seorang kanak-kanak kecil berteriak, “Tapi beliau tidak menganakan apa-apa pakaian!” Barulah semua yang hadir sedar yang kanak-kanak tadi berkata yang benar dan seluruh rakyat mentertawakan maharaja tadi.)

Saya pasti tuan punya butik tidak bermaksud menamakan butiknya sebagaimana karangan Han Christian Anderson itu, jika tidak siapakah kedua penyangak dan siapa pula maharaja itu?

No comments: