Monday, October 20, 2008

Pulangnya ke rahmatullah Shamsiah Fakeh

Saya mendapat maklumat melalui blog Sdr Amin Iskandar di http://aminiskandar.wordpress.com/ bahawa bekas pejuang tanahair Shamsiah Fakeh meninggal dunia pagi tadi. Alfatihah.

Saya sangat meminati perjuangan tokoh besar ini dan banyak membaca serta membuat kajian berkenaan latarbelakang beliau yang sepatutnya kini merupakan sebahagian dari rekod sejarah Negara. Saya berkesempatan berjumpa dengan beliau beberapa tahun lalu dengan bantuan Siti Nor Hamid Tuah.


Shamsiah (kiri) ketika berusia 13 tahun
bersama ibu dan adik lelakinya
Ketika itu WTV8 sempat membuat rakaman pertemuan tersebut dan telah pun meneribitkan sebuah dokumentari berkenaan perjuangan Allahyarham Shamsiah. Siapakah sebenarnya beliau, latarbelakang yang mendorong beliau lari ke hutan untuk meneruskan perjuangan, penyertaan beliau dalam PKM dan akhirnya kepulangan beliau ke tanahair dari Beijing sebelum dari Perjanjian Damai PKM dengan kerajaan Malaysia.

Kalau tak silap pertemuan kami itu berlaku dalam musim Raya juga. Insyallah saya akan cuba menyelongkar balik rekod pertemuan itu untuk dipaparkan dib log ini sebagai mengenang pejuang besar ini. Dalam pertemuan itu Shamsiah sempat menurunkan autograf/tandatangan beliau pada buku berkenaan beliau yang diterbitkan oleh UKM dan beliau juga sempat menuliskan satu perutusan khas buat saya dan kawan-kawan yang mengunjungi beliau pada hari itu yang ditulisnya dalam tulisan jawi.

Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya.


Tambahan:


Sebenarnya pada bulan Disember 2004 saya ada membuat dua posting yang berupa ulasan berkenaan buku terbitan UKM itu yang bertajuk: "Memoir Shamsiah Fakeh dari AWAS ke Rejimen ke 10". Ianya boleh dibaca di:


dan bahagian keduanya di:



5 comments:

Anonymous said...

sdr,
saya juga amat simpatidengan allahyarhamah Shasiah Fakeh,saya juga membaca dan meneliti latarbelakang perjuangan dan kehidupannya.beliau amat patut diberi penghargaan dan sanjungan yang sewajarnya.beliau adalah contoh serikandi sebenar dan watak dalam menentang penjajah.hanya mereka yang mengerti nilai perjuangan sahaja akan merasai dan menghurmati golongan seperti shamsiah fakeh.
al-fatihah.
sekian

Anonymous said...

Cite sebenar perjuangan Melayu, versi umno adalh versi bodek, jual bangsa pada British untuk tembolok beberapa ekor menteri umno yang kemarok berterusan hingga kini malah lebih parah, terbaru beli eurocopter, komisen aje berbillion!
Alhamdulillah PAS wujud untuk meneruskan perjuangan yang haq tolak yang batil!

Anonymous said...

saya mengkagumi pejuang pejuang rakyat yang jelas falsafah, komitmen mereka yang akhir hayat hidup mereka seadanya sahaja. tidak seperti perjuangan sebahagian pemuka umno alias bn mati mereka meninggalkan harta tujuh keturunan. alfatihah untuk ibu shamsiah fakeh.

Anonymous said...

AL FATIHAH utk shamsiah fakeh pejuang kemederkaan yg di lupai.. jangan lupa bumi pahang melahir kan ramai pejuang kemedekaan yg tersedut ke hutan menjadi gerila rejimen ke 10 di hutan lubok kawah temerloh. seperti ABU SAMAH, IBRAHIM CHIK, KAMARUZAMAN TEH,HASSAN SALEH dll..

Sekali sekaler baca lah pulak sejarah pejuang pejuang kiri..


FILEM REVOLUSI 48 dah keluar arahan fahmi

Sila lawati blog http://revolusi48.blogspot.com

Anonymous said...

salam,

dalam konteks sejarah negara, sumbangan sama-sama diberikan oleh so-called pejuang 'kanan' dan pejuang kiri. kenapa sejarah yang diajar di sekolah hanya menceritakan yg 'kanan'? dimanakah sumbangan2 oleh pejuang 'kiri' seperti Shamsiah Fakeh? mengapa dilempar banyak fitnah terhadap beliau?

saya rasa bersalah sangat2. rasa tiada erti dapat 'A' dalam sejarah PMR dan SPM dulu kerana diasuh dengan sejarah tidak telus.

saya sempat habis baca buku tulisan Shamsiah Fakeh ini less than 24 hours sambil tunggu bas, membuat kerja rumah etc. Rasa macam baru belajar sejarah semula (revisited, sejarah version reform).

saya tidak igt hadis penuh. pesan nabi apabila 2 pihak bertelagah, jangan kita membuat pendirian melainkan setelah mendengar hujah2 dari kedua2 belah pihak..

wallahuallam..