Thursday, October 30, 2008

Apabila Majlis Fatwa dipersendakan oleh penganut agama lain

Baru sahaja Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengharamkan perlakuan 'pengkid' atau wanita yang menampilkan diri menyamai lelaki, sama ada dari segi pergaulan, tingkah laku atau berpakaian. Saya melihat gejala ini semakin menjadi-jadi khasnya dikalangan wanita Melayu di kawasan-kawasan bandar. Mereka berani berperwatakan demikian secara terbuka, kerana mungkin tiada siapa yang berani melarang. Lebih malang lagi ada gadis-gadis yang terpikat dan selesa berpasangan dengan mereka yang jenis ini.

Artikel saya ini sebenarnya bukan banyak mahu mengulas darihal isu berkenaan. Saya mengharapkan ianya akan segera ditangani dengan penguatkuasaan memandangkan fatwa telah pun dikeluarkan. Apa yang mahu saya tonjolkan di sini adalah satu trend yang sangat tidak menyenangkan kebelakangan ini, khasnya dengan keprihatinan badan dan institusi agama dalam mahu memelihara aqidah dan moral umat Islam.

Saya melihat ada pihak tertentu khasnya kawan-kawan masyarakat bukan Islam yang seakan mempermain dan menyenda-nyendakan perkembangan yang melibatkan majlis fatwa ini. Oleh kerana hampir semua isu kebelakangan ini dipolitikkan, malangnya apabila majlis fatwa membuat pengumuman seumpama ini ada pihak yang tidak terlibat pun mahu menggatal mulut dan tangan untuk turun memberi komen dan pandangan.

Kalau sesama orang Islam yang berbuat demikian, tahulah kita bagaimana mahu menanganinya, akan btetapi apabila yang bukan Islam pun masuk campur, saya kira ianya sudah keterlaluan dan perlu dinsasihatkan agar tidak berterusan demikian.

Setelah isu “pengkid” kini majlis fatwa dikatakan akan mengeluarkan pula fatwa berkenaan “yoga”, iaitu kaedah senamana berbentuk meditasi yang diperkenalkan oleh orang-orang India dan kini menjadi amalan antarabangsa. Seorang pensyarah Fakulti Pengajian Islam, UKM, Prof Zakaria Stapa sebelum itu telah menasihatkan umat Islam yang mengamalkan yoga ini agar menghentikannya kerana bimbang amalan-amalannya boleh memsongkan aqidah.

Majlis Fatwa dikatakan akan mengeluarkan fatwa berkenaannya dalam waktu terdekat.

Apabila muncul isu “yoga” ini setelah keluar isu “pengkid” saya perhatikan sudah ada kawan-kawan kita mula berani mahu mengambil bahagian memberi ulasan termasuklah mempersendakan isu yang melibatkan umat Islam itu. Ini isu fatwa, dan fatwa seumpama ini punya kuasa undang-undang dan terpakai dikalangan umat Islam sahaja, mengapa ianya mahu dipolitikkan sehingga menjadi bahan oleh golongan yang tidak sama-sekali terlibat dengannya.

Seorang blogger G. Krishnan dalam blognya “IMAGINE” contohnya mempersendakan kerja-kerja majlis fatwa dengan membuat posting bertajuk:

“Fatwa on football”

Dalam mahu terlibat mengulas isu “yoga” ini beliau telah menyinggung keahlian majlis fatwa dan ulamak Islam sekaligus mencerminkan betapa beraninya beliau mempersenda agama lain sedangkan sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab beliau sewajarnya tahu akan batas dalama hubungan kaum dan agama yang telah sama –sama kita bina dan hormati sejak merdeka.

Contohnya beliau menulis:

You see the fact is, these Taliban like characters who very likely know next to nothing about the origins of the science of yoga - let alone its practice – seem completely at ease to cast aspersions about a complex and scientifically oriented method of mind and body conditioning. Indeed, these characters likely know as much about yoga as they do about quantum physics. Quite transparently, what we see unfolding here is more intent on regulating the lives of others than in respecting the rights of people to pursue their faith as they see it. Specifically, the subtext in these developments about potential fatwas against yoga and ‘tomboys’ seem to be more about patriarchal dominance – not religious sensibilities.

Saya tidak tahu apa pandangan anda, tetapi bagi saya penulis perlu sedar yang beliau telah melangkah masuk ke alam yang sangat sensitive dan mampu mencetuskan kemarahan umat Islam yang merupakan sebahagian besar dari rakyat dalam negara ini. Mungkin ada yang berpandangan bahawa penulis tidak tahu berkenaan Islam lalu kita perlu mendidiknya, saya tidak berapa setuju. Sebagai rakyat Malaysia penulis perlu akur dan tahu akan sensitivity kaum dan agama lain. Saya tidak bersetuju jika ada mana-mana orang Melayu atau penganut Islam yang mempersenda atau mempermain-mainkan fahaman dan kepercayaan penganut Hindu contohnya, lalu saya juga mengharapkan yang orang lain juga sepatutnya begitu.

Artikel beliau kini terselit di ruangan Top Blogs di Malaysiakini dan saya pasti kini telah dibaca oleh puluhan ribu manusia ! Tahniah G. Krishnan you are a good example of a tolerant and understanding Malaysian, hope you are happy with what you have stirred!

12 comments:

Anonymous said...

Kafir bila di biarkan kurang ajar, mereka menjadi jadi dan G. Krishnan tu mungkin hindraf atau ultra hindu tapi malangnya ramai urang Islam tu jahil...apa kejadah nak yoga bila ada tahajjud, taraweh dan bermacam macam jenis solat yang jauh lebih baik dari Yoga satu amalan songsang? Bagaimanakah tindakan pihak berkuasa yang berteraskan united malays national.org? Ommm....sudah?

AnakMelaka said...

agama lain? baca aje penganut Muslim sendiri

"...If they have ever found any Muslim who has converted out solely because of yoga, they should produce evidence instead of speculating on the 'weakness' of our faith..."

good point tak?

buka minda sikit di http://rantingsbymm.blogspot.com/2008/10/tomboys-yogawhat-next.html

Anonymous said...

Assalamu'alaikum wbt

Saudara Roslan, saperti saya selalu sebut ianya bukan InterFaith tetapi Interfering in Faith.

Wassalam.

Abu Qamar.

TULIS ONLINE said...

Salam Blogger,

Semoga terus mengekalkan penulisan HEBAT Tuan ini dalam dunia politik yang serba mungkin ini.

Saya sentiasa akan melawat blog Tuan dari semasa ke semasa.

Semoga hubungan blogger ini akan berkekalan dalam mencambahkan lagi pengetahuan, sokongan dan pengajaran.

Salam ziarah blog anda yang HEBAT ini.


Ikhlas,

Sarfarizmal Saad
http://Sarfarizmalsaad.blogspot.com

Anonymous said...

yang kamu pi ucap tahniah tu buat apa??
pi la lawan balik dalam blog dia tu..
pi sound direct kat dia..
terangkan kat dia jangan melampaui batas sangat nak sibuk2 urusan agama kita...
jika tak buruk padahnya nanti!!!

Anonymous said...

ada betulnya juga 'rantingmm' tu. stakat ni orang menerima yoga sebagai a form of exercise, saya yakin mereka tidak terlintas pun difikiran yg yoga tu originate dari agama lain.

saya cuma berharap orang 'kuat' islam memikirkan cara menguatkan iman/pegangan orang2 islam...mana silapnya sampaikan orang islam mudah terpengaruh sedemikian rupa?
sbg contoh, kenapa buku2 harus dibanned...apa teruk dan bodoh sangatkah orang islam sampaikan kalau dibaca, akan terpesong akidahnya? mungkin orang islam zaman kini bodoh agaknya. (tidak termasuk saya & keluarga)

satu lagi persoalan, kenapa orang 'kuat' islam di malaysia bersikap chauvinistic? pengkid tidak boleh tapi lelaki berpakaian/berkelakuan seperti perempuan tidak apa? iya, perempuan harus menjaga aurat, tidak boleh berpakaian seksi..tapi mana peginya nasihat untuk lelaki supaya menjaga nafsu? bodoh sgt kah lelaki ni sampaikan perempuan yg harus menjaga kelakuan supaya lelaki tidak menjadi binatang?

janganlah orang islam menyusahkan agama islam. janganlah orang islam bersikap bias dan chauvinist. agama islam itu agama lengkap dan senang.

~anon11.55
sum_wan2000@yahoo.com

Anonymous said...

Salam,

Dalam isu yoga ini, aku dh lama dah nasihatkan ahli keluarga dan org2 terdekat supaya tidak terbabit dlm aktiviti ini. Banyak lagi senaman2 lain dlm masyarakat kita yang lebih baik daripada yoga spt solat (fardu dan sunat),senaman tua, silat dan sebagainya.

akhu_hurairah said...

salam.
aku refer tulisan anonymous yg paling atas sekali..

kenapa pula la perlu dikaitkan dengan hindraf?

anda muslim. agama Islam. janglah tiba keluar percakapan yg mcm tu.
ketua hindraf tu tak kata apa2 pun.

Anonymous said...

Salam. My 1 cent comment. Dah lama kami diberitahu oleh Ustazkami di MRSM dulu yang amalan yoga yang melibatkan meditasi ni haram sebab kita kena kosongkan minda dari memikirkan apa-apa. Mana boleh org islam kosongkan Minda. Kan kita kena sentiasa ingat kat ALlah. Kalau Yoga setakat senaman tu, tak de hal nyer. Tu aje...

lankapo said...

sum_wan2000@yahoo.com,

awat marah sgt dengan majlis fatwa. isu pengkid, bapok,pondan dll tak payah tunggu fatwa pun. semua orang tahu ianya haram.budak kecik pun tahu menda salah.

oo keluarga ko lah yang pandai dan alim2 yer.lagak ko macam dah hafal al quran dan hadis. cakap jangan sedap mulut.membodohkan ulamak.

kalau korang tengok Contender Asia. Sukan Muai Thai Realiti show ada seorang pak arab dri uae. Sebelum nak berlawan ada tarian, dia cakap orang islam tak buleh buat tarian itu kerana ia memohon semangat dan kekuatan dari roh nenek moyang.

so dekat sini kita dah nampak, walaupun muai thai hanya lah seni mempertahan kan diri, still ada yang kita tak buleh buat yang bercanggah dengan akidah umat Islam.

Aku pantang betul bila orang Islam sendiri yang kutuk ulamak dan mufti ni macam pandai sangat tentang Islam. Hadis pun tak hafal nak sedap mulut bagi pendapat dia.

Anonymous said...

majlis fatwa dipermainkan???....umat islam di malaysia ni terlampau bertolak ansur or dah terlampau lemah dek duniawi??? saya tertunggu2 akan ada someone yang akan menegakkan kputusn majlis fatwa...if ada la fatwa atas kepala someone..ada ke lagi org yang berani???

Anonymous said...

diorg ni xpaham ada sebab fatwa difatwakan...bukan nak suka2 hati je majlis ulama nak wat mcm tu...akai ada x mo pakai,suka2 hati mau hentam sama majlis ulama...boikot je the star....wat paper jawi...semarakkan semangat islam di malaysia ni....baru la kafir laknat x berani nak lebih2...