Friday, October 03, 2008

Panggilan dari Mahaguru

Saya kini berada di Kulim, Kedah mengunjungi rumah adik ipar untuk berhari raya. Sambil berihat selepas solat maghrib dan melayari internet saya terperanjat kerana menerima panggilan dari rakan blogger Sdr Zainol Abideen atau Mahaguru. Terperanjat bukan apa, kerana tak sangka dipanggil beliau dalam musim raya ni.
Kata Sdr Zainol beliau sedang mencari-cari jika ada rakan blogger yang kelapangan Ahad ini untuk di “recommend” sebagai panelis rancangan BLOG bersama RTM1, siaran langsung. Belia bertanya adakah saya lapang. Saya terpaksa memohon maaf kerana hari Ahad itu saya belum pasti jam berapa akan tiba ke rumah di Subang Jaya (pastinya hari terkahir cuti raya sebelum sekolah buka esoknya akan menyakiskan lebuhraya sesak dengan kenderaan yang mahu pulang ke ibukota).

Alhamdulillah Sdr Zainol faham malah katanya beliau jangka ramai yang begitu juga maklumlah Hari Raya. Kata beliau tugasnya untuk mencari rakan blogger sukar kerana mereka yang seumpama kami ini “limited”. Memang ramai bloggers kebelakangan ini, tetapi kalau menulis sekadar untuk melepaskan geram apalagi menabur fitnah dan mengadu-domba, mereka itu bukan seumpama kami, sekurang-kurangnya itulah pandangan Sdr Zainol dan saya bersetuju.

Namun jauh disudut hati saya sebenarnya bersyukur dan berbangga kerana diiktiraf demikian oleh beliau. Kita menulis kerana mencari kebenaran, begitulah lebih kurang katanya tadi.

Saya harap Sdr Zainol berjaya dalam pencarian beliau itu. Nampaknya terlepaslah peluang saya untuk muncul “live” di TV sebagaimana Sang Kelembai, MSO dan Mahaguru sendiri, tak ada rezeki, lain kali mungkin.

Sebelum berpisah tadi kami sempat saling mengucap selamat hari raya dan memohon maaf seama kami. Pandu berhati-hati bila pulang nanti, pesan beliau. Terima kasih.

3 comments:

Anonymous said...

walaupun tak dapat nak muncul di tv, saya ucap tahniah buat saudara roslan sebab masuk dalam senarai juga...

blogger perlu ada kredibiliti. kebebasan bukan segalanya...

zman said...

tak perlu masuk bakul angkat sendiri. Biarlah orang yang menilai diri kita. Tak perlu kita jaja ke segenap alam bahawa kitalah manusia paling jujur.

Anonymous said...

Aaiii zman jealous nampak......tak der pun dia citer pasal bakul-bakul. Jangan sakit hati bro ni blog peribadi sukahati dialah nak cakap aper

Slamt Raya bang roslan......teruskan perjuangan mu and happy birthday mahaguru....lu dah tua lah :)

JAWA MERU