Sudah-sudahlah Berita Harian
Kita semua menghormati konsep kebebasan akhbar, tiada siapa sepatutnya menggunakan kuasa menghalang atau menyekat pihak media dari membuat laporan atau liputan. Walaubagaimanapun dalam hal yang sama pihak akhbar ataupun media perlu bertanggungjawab dengan membuat laporan atau liputan yang benar, tidak fitnah apalagi memutar-belitkan kenyataan.
Pihak akhbar dan media mempunyai sebaran yang meluas, bayangkan jika yang dilaporkan adalah fitnah dan penipuan, maka seluruh yang membaca akan terdedah kepadanya dan berkemungkinan sebahagian besar akan menerimanya bulat-bulat.
Satu contoh adalah penyiaran apa yang dikatakan manifesto calon Presiden Umno yang disiarkan oleh portal Malaysiakini. Ia didapati palsu dan kemudiannay pihak pengarang Malaysiakini terpaksa membuat permohonan maaf dan pemberitanya terpaksa meletakkan jawatan.
Demikianlah juga halnya dengan Berita Harian. Semalam Dewan Undangan Negeri Kelantan membuat keputusan menghalang wartawan BH dari membuat liputan persidangan dewan. Alasannya kerana BH Isnin lalu meletakkan tajuk utama muka depannya: ”Sultan murka kerajaan PAS gagal tadbir Kelantan”, sedangkan titah Tuanku Sultan sebenarnya tidak dituju khusus sedemikian.
Khairul diiringi keluar dewan
(gambar The Star online)
Menurut Speaker Dewan, Ustaz Nassuruddin Daud, pihak BH sepatutnya membuat pembetulan atau permohonan maaf tetapi tidak berbuat demikian. Oleh itu mengguna pakai Perkara 14 Peraturan Dewan, Speaker semalam telah menarik balik kebenaran BH membuat liputan persidangan dewan dan wartawan BH Khairul Anuar telah diiringi keluar dewan.
Memang langkahnya nampak drastik tetapi apakah lagi pilihan kerajaan negeri setelah difitnah demikian rupa? Jika Malaysiakini boleh bertanggungjawab memohon maaf dan wartawannya meletakkan jawatan saya tidak nampak apa istimewanya Berita Harian!
Mungkin ini tidak ada kaitan tetapi saya secara peribadi pernah mengalami situasi yang sama difitnah oleh Berita Harian semasa kempen pilihan raya umum lalu. Seriusnya fitnah mereka itu sehingga Ketua Polis Negara melalui Buletin Utama TV3 telah menyatakan yang suatu siasatan akan dilakukan ke atas saya sedangkan apa yang dianggap serius dan hasutan itu bukan bikinan saya tetapi olahan Berita Harian. Lalu saya disoal-siasat pihak polis Bukit Aman dan terpaksa naik turun balai tetapi akhirnya didapati tiada kes.
Saya mengakui wartawan Berita Harian rata-rata adalaha kawan-kawan saya belaka dan ramai di antara mereka yang saya kenali baik-baik belaka tetapi akan daya kehendaka Pengarang disaluti dengan kepentingan politik, itulah biasanya.
Semoga BH berubah dan seiringan dengan kehendak massa, kerana hari ini akhbar Melayu yang bebas dan bertanggungjawab sudah semakin pupus.
7 comments:
SALAM...
CADANGAN SUPAYA TUAN EDITOR BLOG NI BUAT SATU AKHBAR BARU YANG BEBAS DAN TELUS BERLANDARKAN PRINSIP2 DAN MORAL ISLAM.
:) tapi harap2 jgn wartawan saja yg dipersalah. sdr pun tahu prosesnya mcm mana, kan?
kepada wartawan wan zulkifli wan yaakob yg kata BH selama ini berlaku adil terhadap kerajaan kelantan, sekali lagi saya nak kata kepada dia (dalam bahasa kelantan); adil kkorok cik mu!!
wartawan BH dari kumpulan BNatang, mana tahu etika cuma orang saja perlu beretika tapi mereka tak payah beretika sebab mereka ada lesen boleh fitnah dan kebal tindakan mahkamah?
jgn beli berita harian. sinar harian pun sama.
aku punya kenalan drebar teksi sepertu aku juga. berhenti jadi polis kerana tak mau subahat makan rasuah dan jadi barua kerajaan. Alhamdulillah rumahtangga bahagia jugak!
komen nazmi yaakub di atas disokong.
Post a Comment