Selangor haramkan Jom Heboh
Dewan Undangan Negeri Selangor masih bersidang hari ini. Semalam di Dewan EXCO Agama yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Hasan Ali menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan membenarkan konsert Jom Heboh TV3 dianjurkan dimana-mana lokasi di Selangor. Menurut beliau keputusan ini dibuat kerana stesyen TV berkenaan sentiasa berat sebelah dan tidak adil dalam membuat liputan berkenaan kerajaan negeri.
Malah kata beliau “hostess” TV3 juga berpakian tidak sopan ketika keluar di kaca TV.
Saya percaya langkah ini seiringan dengan resolusi Seminar Siyasah Syariah” yang dianjurkan oleh PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda Pusat baru-baru ini. Adapun resolusi kelima seminar itu berbunyi:
Perlu lebih giat dalam mengintai peluang melaksanakan Islam dalam ruang lingkup yang ada di negeri-negeri yang PAS mentadbir atau menyertai kerajaan yang memerintah. Ini berdasarkan kaedah fiqh yang berbunyi: “Apa sahaja yang tidak dapat dilaksanakan kesemuanya, maka tidak boleh ditinggalkan kesemuanya.”
Sesungguhnya kalau kita tinjau konsert “Jom Heboh” TV3 yang diadakan hampir di seluruh negara, tiada apa pengisian yang bermanfaat pun selain hiburan, menyanyi, menari dan melonjak-lonjak atas pentas oleh artis yangs esetengahnya berpakaian kurang sopan. Syabas Selangor kerana berupaya mengambil pendirian sedemikain.
Mudah-mudahan atas semangat seminar di atas, negeri-negeri lain yang kita perintah bersama akan mengambil langkah yang sama juga. Memang PAS bukan dominan dalam negeri-negeri tertentu namun apa yang cuba dibawa oleh PAS ini adalah berkait-rapat dengan Islam yang dianuti oleh sebahagian besar rakyat di negeri-negeri ini. Konsert TV3 ityupun kalau kita lihat rata-rata dikerumuni oleh rakyat yang beragama Islam, lantas atas dasar itu PAS bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu.
Yang penting moral rakyat terpelihara dan suasana yang aman, bermoral dan ceria dapat dilahirkan demi kebaikan semua.
13 comments:
Assalamualaikum,sekadar ingin memberi pandangan tentang perkara ini.
Pada pendapat saya, pendekatan Kerajaan Negeri Selangor harus lebih sesuai dalam menangani perkara ini. Pendekatan mengharamkan itu pada hemat saya, kurang sesuai, sebaliknya perlu diubahsuai sedikit.
Apa yang saya tahu, konsert Jom Heboh merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan dalam Karnival Jom Heboh.
Pada pendapat saya, apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan negeri ialah menggariskan panduan penganjuran Karnival Jom Heboh agar sesuai dan tidak melangkaui garis panduan syarak.
Saya merujuk kepada penganjuran program SUA RASA oleh TV9 di Kedah baru-baru ini. Program SUA RASA tersebut saya lihat agak mirip dengan konsep Karnival Jom Heboh, dan merupakan salah satu model yang baik untuk ditiru oleh penganjur Karnival Jom Heboh.
Buat pertama kalinya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Kerajaan Selangor, dan diakui mereka terpaksa menghadapi banyak kekotoran yang telah ditinggalkan oleh Barisan Nasional. Pendekatan "membaikkan" lebih efektif berbanding "mengharamkan", tanpa menggadaikan prinsip-prinsip dan sempadan syarak.
Ianya soal pendekatan dalam menangani permasalahan, yang berkait rapat dengan penyelesaian long term. Menarik rambut dari dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak. Masyarakat jahil perlu dididik dan mereka perlu diberi masa dan proses untuk keluar dari kepompong kejahilan.
Inilah masa yang terbaik untuk kerajaan negeri selangor untuk mengajar bahawa Islam tidak anti-hiburan, bahkan Islam mempunyai garis panduan dalam berhibur. Konsert boleh dianjurkan, tetapi mesti asingkan antara lelaki dan perempuan dll.
Itu pandangan saya. Jika ada yang berbeza dengan pandangan saya, boleh kemukakan hujjah masing-masing. Kita sama-sama mahukan yang terbaik untuk mengisi kemenangan Pakatan Rakyat pada 8 Mac yang lalu.
Terima kasih
Saya harap Datuk Dr Hassan Ali pun menasihatkan rakan-rakan dalam kerajaannya utk berpakaian sopan juga. Jgn tegur hostess TV3 saja, yg duduk-duduk sebelah pun kena panjang-panjangkan tegur juga.
eer... bila nak di'pindahkan' kilang Carslberg di Bt 3 tu....???
Perkara yang paling besar perlu dilihat ialah dimana sumber kewangan kerajaan negeri disimpan, samaada menepati syariah atau tidak. Ini adlah soal halal haram dan keberkatan.
Selangor memang kaya tetapi Allah boleh tarik kekayaan pada bila2 masa kerana tidak diuruskan mengikut kehendak Nya.
Banjir & ribut yang melanda selangor sejak kebelakangan ini, menyebabkan krajaan menghabiskan berpuluh-puluh juta ringgit harus dipandang dimuhasabah oleh semua pihak....
Jom heboh bagi saya bolih diteruskan tetapi dengan garisan panduan berakhlak Islam. Jom heboh bukan saja aktivit hiburan tetapi termasuk jualan bermacam-macam aneka barangan. Salah satu garis panduan ialah hanya artis yg berpakain sopan dan menutup aurat dibenarkan menyanyi. Lebihkan nasyid. TV3 nak terima atau tidak, itu masaalah mereka. Setidak-tidaknya kita open juga tetapi dengan syarat.
Kalau terus haram nampak macam keras. Faham ajelah, ada pihak akan mengunakan isu ini untuk kepentingan mereka kelak.
Dr Hassan Ali kena lebih pro aktif lagi. Banyakkan aktiviti masjid dan surau dan libatkan golongan belia. Set the priority. Mana yg perlu di dahului, dll.
sokong pandangan jerung sakti..amek yg membawa kebaikan..
yg buruk itu sewajarnya dharamkan..
jangan terlalu radikal
gembleng bijak pandai dan ilmuan ugama bagi mencari pendekatan yang paling baik untuk rakyat selangor khususnya dan rakyat malaysia amnya, nanti jika memerintah seluruh malaysia, panduan dan procedure dah ada, cuma nak dilaksanakan, siapa yang engkar, gunakan hukum mengikut Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan Qias, dan laksanakan hukum di khalayak ramai.....
depan cucu orang utan?... boleh......
saudara Roslan,
Saya bersetuju dgn saranan jerung sakit itu, iaitu janganlah kita haramkan secara total. Kita lihat ada juga aktiviti2 lain yg boleh memberi bermanfaat. contohnya peluang2 perniagaan dan promosi oleh pengusaha2 bumiputera kita.
Cuma apa yang saya rasa ter'over' sedikit ialah dari segi penganjuran konsert. Kenapa? tak ada konsert tak boleh ke? Saya kira adalah lebih berhemah jika kerajaan negeri selangor dapat mengarahkan pihak TV3 meniadakan program atau agenda konsert itu atau dipertimbangkan kaedah 'persembahan' lain yg lebih sesuai.
....itu pendapat saya..
sdr
saya hanya naka nyatakan sokongan kepada k'jaan selangor.syabas dan tahiah.TV3 memang dah melampau dan tak pernah belajar dari kesilapan,tak ada apa2 sumbangan tv3 untuk agama ,bangsa dan negara dan amat tidak rugi kalau tak dak jom heboh pun.negeri yang buat jom heboh tak kemana-mana.orang melayu tak pernah jemu-jemu dengan hiburan dan kesukaan.
sekian.
kalau orang buat dosa, kita tegur, itu tahap kedua.
tahap pertama dengan kuasa, buat perubahan.
tahap ketiga, diam , bisu. itu lemah.
kerajaan PR selangor stop sekejap jomheboh tu. nak kaji yang mana boleh dan yang mana tak boleh. TV3 pun satu hal yang menyakitkan hati orang. menyakitkan hati pun berdosa tu. tak ada ke orang yang faham ugama dalam TV3 tu, sampai perkara yang haram pun yang disiarkan, fitnah, adudomba, dan segala macam perkara yang dilarang dan di benci oleh Allah.
kalau buat ceramah tu berikan 1 jam uztas dari pas, dan 3 jam ustaz dari umno baru adil,kan nak juga dengan ceramah ugama. dapat pahala.
Menurut beliau keputusan ini dibuat kerana stesyen TV berkenaan sentiasa berat sebelah dan tidak adil dalam membuat liputan berkenaan kerajaan negeri.
---------
Merujuk kepada alasan yang dikemukan Dr. Hasan Ali, kenapa alasan tu yang dijadikan hujah utama beliau...hanya kerana laporan yang berat sebelah...sepatutnya hujah yang berkaitan sosial, seksi etc etc yg jadi main point...
tulus
saiful haizan
-saya hormat Yb Zul Kulim-
terasa nak meluahkan isi hati saya ni..saya pernah pegi jom heboh..pada saya ada jugak ilmu pengetahuan yang leh diambil di sana(ada kempen kesedaran etc)...if possible benarkan but with conditions,eg no more konsert..kena gune pendekatan yang lebih lembut...bila diharamkan terus nampak mcm terlampau strict sedangkan perkara ni boleh diubahsuaikan lagi...yang lebih penting ialah pokok bukan ranting nye...
aku rase dlm huraian roslan sms tuh hanya menyentuh konsert jom heboh.. adekah jom heboh sekali kena gam? aku xjumpe laporan nih, so xsure sgt.. mintak penjelasan..
kalo xsilap di ipoh konsert jom heboh nih dah lama diharamkan..dia hanya membenarkan jom heboh.. sila betulkan yer.. sebab selama 5tahun duk ipoh, saya xpnah dgr ade konsert jom heboh.. ade karnival saja.. tp as far as i concern, org2 ipoh xmati kelaparan pon xde konsert.. cina2 ipoh xpenah mengamuk xde konsert tuh..
life is like an inertia, everything need time to stop a movement as much as to start new
Post a Comment