Isu perlantikan Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Madam Low Siew Moi, dibangkitkan dalam dewan undangan negeri Selangor sebentar tadi apabila wakil Kota Damansara dari Parti Sosialis, Dr Nasir mengingatkan semua pihak agar jangan terperangkap dengan isu kaum dan agama. Beliau menegaskan sebagai wakil dari parti sosialis, bahawa parti beliau tidak samasekali bersandar pada isu-isu sedemikian.
Akhbar-akhbar tempatan hari ini melaporkan darihal sikap PAS Selangor terhadap keputusan Dato Menteri Besar Selangor selaku pengerusi PKNS melantik Madam Low sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS.
Saya yakin apa yang PAS Selangor bangkitkan dan bawa kepengetahuan MB itu bukannya isu kaum atau agama. Jika parti sosialis yang diwakili Dr Nasir bukan bersendikan perkauman, PAS juga lebih dari itu. Islam tidak pernah menjuarai isu perkauman, yang penting disisi Allah adalah mereka yang bertaqwa.
Jika kita teliti kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Hasan Ali, bagi pihak ahli-ahli EXCO PAS dan ADUN-ADUN PAS bahawa yang dipertikaikan adalah kewajaran melantik Madam Low
dari sudut kelayakan, bukannya kerana bangsa atau anutan Madam Low. Kerana itulah sebagaimana dilaporkan oleh semua akhbar hari ini, Dato MB Selangor bersetuju dan malah bersedia jika PAS mempunyai calon yang sesuai untuk mengambil-alihan jawatan berkenaan serta-merta.
Sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian hari ini:
”Katanya (Dr Hasan Ali) PAS berbesar hati kerana dalam pertemuan baru-baru ini Abdul Khalid (Dato MB) menyerahkan kepada PAS untuk mencari calon yang mampu menguruskan dan mentadbir PKNS dengan baik sehingga berupaya mengembalikan peranannya dalam pembangunan ekonomi Bumiputera.”
Bermakna tidak ada siapa di sini yang terperangkap dengan isu kaum atau agama. Kedua-dua PAS dan Dato MB Selangor mahukan calon yang memiliki kemampuan serta keupayaan mengembalikan badan berkanun negeri ini supaya berperanan membangunkan ekonomi Bumiputera setelah ternyata ia gagal di bawah pentadbiran BN Selangor sekian lama. Dan apakah peranan ataupun objektif utama PKNS? Antaranya:
Meneroka dan menyertai bidang-bidang pelaburan dan perdagangan untuk mewujudkan penyertaan ekuiti dan pengurusan Bumiputera yang berkesan dalam perindustrian dan perdagangan.
Menyedia landasan ke arah mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera selarasn dengan Dasar Pembangunan Nasional.
Alhamdulillah hasil dari kebijaksanaan Dato MB Selangor, apa yang dikemukakan oleh PAS itu diterima dan kini kita sama-sama menunggu perlantikkan calon yang lebih sesuai yang dapat diterima oleh semua dan lebih penting lagi mampu dan berupaya menggerak dan melaksanakan agenda yang telah ditetapkan dalam dasar dan obketif PKNS itu.
14 comments:
Salam...
Ingin saya mengutarakan persoalan disini, bagi orang melayu, di singapura, apakah keadaan orang melayu disana yang berada dibawah pemerintahan bangsa lain? Adakah seperti kita disini? Kita sayang pada pemimpin, tapi sayang kita perlulah bertempat. Kita sayang negara, kerana sinilah tanah tumpah darah kita. Kerana orang melayu itu, kalau terbakarlah tanah melayu ini, kemana kita akan pergi? kalau bukan disini tanah tumpah darah kita? Hidupnya disini, matinya juga disini...
Realitinya, selama saya berkerja di Malaysia ni tak pernah jumpa Boss yg akan bagi kelebihan pada bangsa lain. Biasanya dia akan bagi lebih pd bangsanya sendiri.
Mcm kita juga, kita akan bagi lebih pada sedara mara kita.
salam...cme mtk MB slangor ni brhati2 ckit dlm hal2 yg sensitif..wlau pn e2 bdng kuasa MB tp apa salahnye mtk pndgn dr mereka yg lbh arif...kdg2 tgk MB slgor duk bangga dgn pngalaman sbg CEO..bguih la tu tp tan sri memimpin kompeni dgn negri byk bezanye...tp alhamdulillah PAS slangor cpat brtindak tp byk lg isu d slangor yg perlu di tangani dgn ckup brhemah tp tanpa meminggirkan dasar prjuangan islam..so Tan sri MB pkir2 la ckit ye...
Ishhhh malas le nak layan isu perkauman ni. Sampai bila pun bangsa melayu takkan maju. Selagi pemimpin melayu dan orang melayu penuh dengan kemelayuannya selagi itulah kita akan ketinggalan. Yang satu golongan melayu terlalu longgar terhadap bangsa lain sehingga meninggalkan bangsa sendiri lagi satu hal. Nabi kan dah ajar kita, BERSEDERHANA...kenapa susah sangat nak faham.Bangsa lain hormat kat kita selagi mana kita hormat pada mereka. Amal lah islam dengan sesempurnanya, insyaallah akan selesai segala masalah.
salam anonymos...yang membakar dan menjual juga menggadai melayu selama 51tahun selma ni sapa..bukankah umno..sekarang baru sedar kah...memang dasar tak sedar diri..!!! masa umno ambik tanah org melayu...gantikan bahasa pengantar matematik sains dari bahasa melayu ke bahasa inggeris..hapuskan tulisan jawi..hapuskan biasiswa kepada bumiputra melayu...kenapa tak bising..pandai pulak jawab untuk bina bangsa melayu yang kompetatif konon..sekarang kenapa melalak dan menyalak macam anjing nampak hantu..!!!! manusia umno memang bangsa tak sedar diri...saya taui anonimos ni UMNO..!!! UMNO tak ssedar diri..!!!
kalau Mdm Low telah berkhidmat 33 tahun di PKNS & berkemampuan, apa salah nya jadi GM?
kalau Mdm Low boleh majukan PKNS & mencapai KPI yg ditentukan, apa salah nya?
PKNS guna dana Rakyat Selangor, bukan macam Tabung Haji...
takde lagi pilih krn warna kulit, nie lah maksud Ketuanan Rakyat!
Salam.
Kepada pro melayu. dalam hal ini aku rasa kita tak boleh nak salahkan MB selangor. Sebab MB Selangor bukan dari Parti Melayu. Juga Bukan dari Parti Islam.
Kita juga kene terima hakikat, DAP Perak yang mendapat mejoriti besar di PERAK tetapi tetap akur dengan kehendak Sultran Perak mahu MB dari PAS.
Dalam hal ini perlu kepada kebijaksanaan kita terutama dari kalangan pendokong gerakan Islam. Jangan terlalu melenting dalam hal ini. Adakah takut kerana akan "dibakar" oleh UMNO? Hal ini wajib kita muhasabah kenapa PAS tak dapat mejoriti kerusi di Selangor? Kerana selama ini kurangnya kerja sebagai gerakan Islam, tetapi lebih kepada pari politik.
Gema politik lebih dahsyat kedengaran dari gema Islam. Membuatkan orang Islam pun susah nak undi PAS. Sekadar ceramah, tetapi kurang pengisian Ilmu maka susahlah nak menang.Tok-tok guru di selangor bukannya sedikit. Tetapi lebih suka duduk di bilik aircond. Tunggu dijemput. dalam suasana sekarang tak boleh dijemput. Tetapi berdakwah bukan dakwah dijemput. Dakwah pun bukan sekadar guna suara depan khalayak sahaja. Tetapi bertemu bersalam, ajak umat ke masjid. Tetapi ramai yang cemuh cara jamaah tabligh. Tetapi cara kita betul sangat ke? lebih malang menghalang jemaah tabligh imarahkan masjid-masjid. Kita perlu lebih terbuka, saling menutup lompang, kadang-kadang satu lompang itu kita tak mampu tutup tapi jamaah lain tutup, kadang-kadang jamaah lain tak mampu tutup lompang itu, tetapi kita berjaya menutup.
kesimpulannya kita perlu bijak mendepani cabaran akan datang.
Kalau kita nampak dia sebagai satu perkauman, maka perkaumanlah dia.
kekadang 'kita' ni selalu atau terlampau nak jaga hati pengundi, takut yg kaum lain tak beri undi lagi pada 'kita',
hendaknya kaum lain akan beri undi kepada kita buka diatas sesuatu isu tapi biarlah diatas kemampuan serta keadilan kita mentadbirkan negeri atau negara.
isu akan datang dan pergi, perjuangan untuk mengujudkan negara berkebajikan mesti diteruskan. keadilan hanya ada pada islam.
Assalamualaikum w.b.t.
Y. Bhg. Prof Dr./ Dr./ Tuan/ Puan,
RAYUAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MELAKSANAKAN MISI KESUKARELAAN KE SRI LANKA
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) akan menghantar sekumpulan sukarelawan daripada Grup Pengkaji Tamadun Dunia (http://gptd-info.blogspot.com/) ke Sri Lanka untuk melaksanakan misi kesukarelaan. Oleh yang demikian, sumbangan daripada Y. Bhg. Prof Dr./ Dr./ Tuan/ Puan amat diharapkan bagi memastikan kejayaan misi ini.
Berikut merupakan butiran mengenai misi tersebut;
Tarikh : 12 November 2008 sehingga 30 November 2008
Tempat : Colombo, Kurunegala, dan Hambantota
Peserta : 6 orang delegasi (2 lelaki, 4 perempuan)
Anggaran kos : RM4000 seorang
Sumbangan boleh disalurkan terus ke;
Butiran akaun - Nama : Tabung Kebajikan dan Pendidikan ABIM
No. Akaun : 14-023-01-0011188
Nama Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
Bersama-sama ini disertakan sekali kertas kerja bagi rujukan pihak Y. Bhg. Prof Dr./ Dr./ Tuan/ Puan. Sebarang pertanyaan boleh dirujuk pada Ain Najwa Badrul Amin (019 226 9005).
Segala bentuk sumbangan yang dihulurkan amat kami hargai dan semoga Allah membalasnya dengan ganjaran yang setimpal. Jazaakallahu khairan kaathiraa, wassalam.
Yang Benar,
Ain Najwa Badrul Amin,
-Ketua Misi Kesukarelaan ke Sri Lanka
-Setiausaha Kewangan GPTD
aku akan pilih ketua yg se agama... jgn jadi mcm kilang2 yg x membenarkan pekerja solat jumaat atas alasan efficiency..
assalamualaikum,
Kalau dah madam tu layak, apa salahnya dia jadi GM?
Kalaulah orang melayu yg dipilih, agaknya PAS akan pertikai atau tidak kelayakan calon GM ini? Saya rasa perkara ini tak jadi isu. Jika perlantikan ini dipertikaikan, maka banyak lagi jawatan lain dlm syarikat kerajaan negeri yg boleh juga dipersoal, tapi tidak mendapat perhatian PAS.
Makluman: Saya orang Melayu dan ahli PAS di Perak.
Apa guna GM Melayu selama 44 tahun lingkupkan ekonomi Melayu dan United Malay National org pun berpura pura jadi juara orang melayu tapi hanya kosong, mambong!Tapi hakikatnya pemimpin melayu mudah melutut tak kira PR, UMNO ataupun PAS, tak gitu?
salam bro,
ingin saya betulkan komen saudara HAMZAH di atas,
Dana PKNS tidak datangnya dari Dana Rakyat Selangor. "Dana Rakyat Selangor" apa barang tu?Modal perniagaan PKNS adalah hasil dari keuntungan perniagaan. Hasil keuntungan ini di sumbangkan kembali kepada kerajaan negeri selangor.
Isunya bukan bangsa, tanya staff PKNS yang 100% membantah perlantikan Low jadi GM PKNS.
Fikirlah dengan tenang jgn di ganggu emosi, kalau cina low ini ikhlas nak bantu PKNS dia dah buat 35 tahun dahulu, bukan sekarang. Dia lah kepala perancang kepada pengswastaan projek PKNS yang merugikan PKNS. Keuntungan 500juta PKNS yang separuh drpnya datang dari perolehan luar biasa sapa punya idea tu? sendiri mau ingat la! Sepekara lagi hal ini semua bukan perancangan satu malam. Kalau MB masih lagi KHir rasanya Low jugak akan jadi GM PKNS.
menyebok umno ni...........
Post a Comment